Hubby aku sampai... aku keluar dengan seberkas ubat kat tangan. Belum pun sempat aku nak telan ubat. Tadi bos dah cakap nak jumpa aku, tapi aku tak pegi jumpa lagi sebab aku nak makan ubat dulu. Now, hubby pulak sampai... dalam marah marah.
Dia marah aku tak angkat telefon. Dia marah sebab aku off hp. Dia marah sebab aku tak hormat dia. Dia suruh aku masuk dalam keter. Dalam kereta dia cakap tak berhenti menengking nengking aku sampai dia terbatuk batuk sebab cakap kuat sangat... hehehehe... adoiii la... penat la aku mendengar orang marah marah aku.
Mati cepat la aku macam nih.
Aku tak menjawab bila dia marah marah tu. Sepatah dua jer aku jawab bila dia tanya aku adakah aku ni pernah rasa dia ni sebagai suami ? Pernah tak aku rasa nak hormat dia bla bla bla. Aku cakap kat dia... 15 tahun kawin dia rasa aku tak hormat dia ker ? Bla bla bla... Lepas tu aku senyap semula.
Hmmmm... Penat kan ???
Lepas tu, hubby singgah kat rumah sewa kami. Ada si suami dok depan rumah kami. Aku tunggu dalam kereta sahaja. Aku tengok jer hubby cakap dengan budak tu. Elok jer orang lelaki bercakap... siap pegang pegang bahu cakap tak ada apa apa. Kiranya masalah orang perempuan la... gitu ler agaknya mereka cakap.
Lepas bercakap dengan budak tu. Aku tak tanya sepatah pun pada hubby. Kat rumah, aku makan ubat jugak. Sakit perut aku menyucuk nyucuk. Masuk rumah kami, aku masuk bilik, tengok dia telentang sambil baca paper. Aku cakap aku nak pegi opis semula. Dia hmmm kan ajer. Aku betul betul malas nak bergaduh. Pening paler aku.
Sampai kat opis, aku on hp. Tengok 6 miss call dari hubby. Ada msg cakap dia nak carik aku. Lepas seketika, aku jumpa dengan bos cakap itu ini. Bos suruh aku aktifkan fb syarikat. Dia cakap aku ni minah kepoh, tentu aku boleh buat itu ini kat FB. Aku pun cakap, aku dah nekad untuk jadi pendiam, tak mau bercakap dengan orang !!! Ala... dia kata taubat aku tak diterima. Dia suruh jugak aku jadi kepoh. Bos ni teruk kan ???
Tak apa la... aku pun dengan muka letih dan sakit perut dan tensen... pegi la wat kerja aku, mengepohkan FB syarikat.
Lepas tu, tetiba masuk call... sebenarnya dia buat miss call jer. Aku call la balik. Tetiba aku kena marah marah lagi. Kena bentak bentak lagi. "Akak dengar ni... saya nak akak bagi deposit kat saya... bla bla bla". Aku cakap la... memang aku nak bagi... kenapa dia marah marah nih ? Dia kata dia rasa macam lain ni... Marah marah ya amat la... giler punya marah. Kira marah sampai tak reti nak bercakap ulang benda yang sama yang tah hapa hapa aku pun tak faham. Aku tanya dia, apa dia sembang dengan hubby aku tu ? Kenapa tak tanya hubby aku tadi ? Kenapa tak minta dengan hubby aku tadi ? Dia masih marah marah bla bla bla...
AKU TAK FAHAM... aku dah pening !!!
Aku call hubby, cakap suami budak tu marah marah aku. Aku suruh dia pegi balik rumah sewa kami selesaikan. Hubby kata dia ngantuk. Petang nanti la...
Gitulah lebih kurang reaksi suami aku. Adoiiiiiiiiii laaaaa.....
Aku beri no telefon hubby aku suruh dia berhubung dengan hubby aku. Aku beri no telefon budak tu, suruh hubby aku uruskan. Aku betul betul dah tak tahan sebenarnya. Tambahan lagi dengan suami yang buat heran tak heran lepas tangan begitu...
Aku agak, tentu jiran aku yang namanya Mah yang buat jadi kelam kabut nih.
Hmmmm....
Belum sempat aku nak reda dari tensen aku kena marah, tetiba masuk lagi satu call. Call dari kakak budak lelaki tu... yang juga jiran aku. Aku tanya dia kenapa dengan adik dia ? Aku cakap kat dia... aku ni tak faham apa satu, sampaikan aku tak dapat tidor malam tadi... Dia siap pulak cakap, kenapa tak boleh tidor, small matter jer. Amboiii... lepas tu dia pun tengking tengking aku marah marah aku... Dia kata, dia suruh aku beri deposit rumah sewa kami tu pada adik dia. Aku cakap, aku memang nak bagi. Lepas tu dia kata, kenapa aku cerita pada Mah pasal aku dan adik ipar dia bergaduh ? Adui laaaaaaaa.....
Aku cerita la situasi aku... bla bla bla... pasal adik ipar dia cerita hal jiran mengata kat aku itu ini, jadi aku hanya ada no Mah, aku call la Mah nak tau tau apa masalah ker apa ker. Lepas tu dia cakap, Mah yang beritahu aku tak mau bagi deposit kat adik dia. Aku cakap, mungkin aku cakap gitu masa marah marah sebab adik ipar dia ada cakap sesuatu pasal aku. Jadi dalam marah marah aku tu, aku cakap la... "elok elok aku nak bagi deposit, karang aku tak bagi jugak la..." lebih kurang gitu.
(Aku tak cakap pada Liza ni pasal apa yang Mia/adik ipar dia cakap kat aku... mengikut versi Mah... Sebab bagi aku, aku silap sebab percaya pada Mah... )
Dia masih tak puas hati masih menengking nengking aku. Aku masih cakap lembut lagi, sampai satu saat... bila aku cakap, sebelum ni rumah penyewa lain tak ada masalah ? Dia cakap "SHUT UP U"
Tu dia... umur dia 30an... dan aku 40an... Dia boleh kurang ajar tengking tengking aku sedangkan adik dia menyewa kat rumah kami yang kami bagi sewa atas ihsan sebab malu kat dia dan bapak dia !!!!
Dia cakap, aku ni memang ada masalah dengan semua orang. Semua orang cakap gitu. Aku cakap, aku bukan berjiran sangat kat sana ? Dia pun cakap... hah bagus la.... Entah apa dia faham tak tau la... lepas tu dia cakap, kat rumah baru aku pun, patut la aku tak boleh masuk dengan jiran baru aku tu.... dalam marah marah dia cakap cam tu... macam la aku ni jahat sangat sebab tu aku tak leh masuk dengan jiran jiran baru aku nih.
Adoiiiii.... STRESS nya !!!!
"Aku tak masuk dengan jiran jiran baru aku ni sebab mereka jenis berkurung dalam rumah !!! Aku juga jarang keluar rumah pegi menempek kat rumah orang. Kalau orang lalu depan rumah aku aku tegur la... "
Aku tak cakap apa kat atas tu pada dia... tak important pun bagi aku. Entah apa pasal tah mereka kepoh sangat pasal aku tak bergaul dengan orang ? Jahat sangat kah aku kalau aku tak bergaul atau tak bertandang rumah orang pegi mengumpat dan sebagainya ????
Adoiiiiiiiiiiiiiiiiii... TENSEN !!!
Ada la satu topic dalam marah dia tu, dia suruh aku bayar balik sewa adik dia yang katanya masuk 15hb April dulu. Aku tanya dia, betul ker dia masuk 15hb ? Dia cakap, dia tahu la... sebab dia jiran mereka.
p/s : Masa korang baca nih, korang bayangkan ayat dia... aku cakap lembut dan dia cakap tengking tengking kat aku....
Lepas tu aku cakap, aku dah beri kunci pada dia awal bulan lagi.... kalau dia nak masuk tengah bulan, mana boleh ambil kira... Dia macam terkejut skit la... Kemudian dia cakap la nak marah adik dia balik la... lepas tu nak call aku....
Waktu akhir akhir tu dia dah cool skit... Yer la... sebab aku cuba untuk sejukkan dia... nak menerang semula apa yang berlaku sebab dia kata aku ni yang jenis marah tinggi diri sombong bagai la... Aku cuba nak cakap kat dia, aku bukan begitu... aku nak cakap kat dia... cara aku bercakap macam aku cakap ngan dia sekarang la... aku bukan reti sangat nak marah tak tentu pasal kat orang...
Lepas tu aku call hubby aku, aku cakap kat dia... Liza, kakak budak ni pun marah marah aku. Aku tak ingat apa yang hubby cakap dengan aku, tapi akhirnya aku dah tak tahan sangat sangat.... pecah jugak benteng air mata aku.... menangis sampai teresak esak... sampai menjerit jerit dalam tuala yang aku bawa kat opis. Sib baik semua orang waktu tu pegi lunch.
STRESS GILER !!!!
Lepas tu, hubby call semula... cakap nak selesaikan petang karang. Aku suruh dia selesaikan sendiri, sebab aku tak mau masuk campur dah... hubby tetap nak aku join sekali.
Sampai la petang tu, OTW balik umah, Ika call cakap si Mia (si isteri) datang cari aku kat rumah kami. So, tak apa la... Ika dah jawab aku belum balik lagi. Lepas tu... aku call hubby suruh dia balik cepat cepat. Aku sebenarnya rasa seperti putus asa nak berurusan dengan orang macam tu... pening paler...
Bila hubby sampai umah, kami pun pegi umah sewa kami. Hubby masukkan parang/sabit ker apa tah dalam keter... Aku sabarkan hubby aku. Aku tak mau dia buat giler kat sana, sebab aku takut kalau dia buat tuduhan kami mengugut atau apa apa la... tak pepasal masuk penjara....
Kami pun pegi la umah sewa kami....
Bersambung lagi... panjang cam novel !!!
geram pulak kat Mah tu ;)
ReplyDeleteapa la yg dia bawak mulut ni
lebih baik akak berdepan je senang citer
abis situ je
Dah baca entry ke empat kan ? Kami dah bersemuka... pun tidak selesaikan masalah sebenarnya !
ReplyDelete