Pengukus ni saya beli melalui personal shopper... RM33.00 sekali dengan upah.
Saya teringin lama dah pakai pengukus yang boleh tengok kejadian kek dalam tu... hahaha... tah hapa hapa... tak puas tengok kek dalam oven.
Memang amik risiko untuk tidak menutup cup dengan plastik atau apa apa la... saya melihat tiada air menitik pada kek... ianya mengalir ke tepi. Penutupnya bergerak terangkat angkat... agaknya tekanan kuat sangat kut. Oh ya... saya tidak letak cup terus dalam kukus tu. Saya letak dalam bekas bulat dulu baru masukkan dalam tu. Bekas 10 inci muat elok jer.
Saya set masa 20 minit (set kat oven la... kukus ni tak ada timer... ekekekeke).
Kali ini saya ikut resepi sebijik seperti gambar kat bawah sekali tu... bila saya nampak kek dah nak terbongkang, saya terus keluarkan. Agaknya over cook kut... Tapi, kek tak masuk air... saya suka saya suka... hehehe...
Kali kedua... saya set masa 15 minit... pun nak terbongkang jugak. Hmmm... lepas ni agaknya kena set 10 minit jer...
Oleh kerana tak berapa nak reti agak... kek saya naik membukit... susah nak letak topping... hehehe... next time kena kurangkan lagi masa tuang kek dalam cup tu... letak separuh cup kut...
Oh ya... topping Ganache saya gunakan 200ml Whipped Cream dan 250gm Dark Chocolate (yang bulat bulat macam duit tu)
Masak Whipped Cream atas dapur tak perlu sampai gelegak dan campurkan dalam bekas Dark Chocolate. Dah sebati, boleh la tuang atas kek dalam cup...
Rasanya... anak saya kata dah ok. Bagi saya, so so saja. Saya suka lebih manis skit. Utk resepi di bawah, mungkin saya akan tambah susu (resepi 1/2 cawan, saya akan cuba tukar kepada 1 cawan... atau mungkin saya tambah gula jadi 1 1/2 cawan.
Next nak try buat dalam loyang terus. Nak try pengukus nih.
Resepi yang digunakan adalah :
(Klik utk lebih besar)
No comments:
Post a Comment