Pagi tadi, pagi pagi lagi somi marah marah tanyakan mengenai keropok yang dia beli, katanya Jan pesan.
Kelmarin, dia berikan dua bungkus, satu diletakkan atas table top. Itu orang punya dan satu lagi atas meja makam utk kita. Kata somi.
Tetiba pagi ini, dia tanya mana keropok yang letak atas meja tu.
Konpius saya sebab keropok tu saya dah goreng utk anak anak makan. Dia marah marah lagi. Katanya itu orang pesan. Saya kata ada dua bungkus yang dia tinggalkan, yang mana satu orang punya. Dia cakap yang dua bungkus atas meja. Saya beritahu yang satu lagi di atas table top tu saya dah beri pada isteri Jan kebetulan dia datang rumah Sabtu tu. Jadi, keropok yang satu lagi tu nak bagi pada orang mana lagi ?
Saya memang naik suara sebab dia marah marah pagi pagi dan mata jegil jegil buat muka garang garang.
Dia suruh saya pelankan suara jangan marah. Saya kata macam mana nak cakap lembut kalau dia pun marah marah.
Dia kata dia tak marah... Isk... apa tak marah, cuba tengok cermin, muka dah jadi muka setan. Betul tak abang ? Saya tanya anak saya. Abang mengangguk.
Hmmm... somi gelak gelak saja...
Saya dengan Kakak masih perang dingin. Dia tak bercakap, saya pun tak bersuara. Pagi pagi tadi, saya nak bagi duit belanja sekolah pada dia, dia tak mau. Dalam keter saya bebel bebel pada dia yang kata mengenai hal 'keluarga mama' atau ketidak adilan.
Kebetulan Kak Ya seluarnya terkoyak dia tak mau masuk sekolah. Saya dalam baran yang belum reda, pukul Kak Ya.
"Tengok... ada ke layanan mama pada kakak lebih teruk ?"
"Dari kecik sampai sekarang asik ungkit hal tak adil, tersisih terpinggir .... "
Kakak menangis sebelum keluar dari kereta. Dia kelihatan teragak agak.
Keluar dari kereta, kakak berhenti di pintu kereta, tidak menutupnya terus. Redup sahaja muka kakak. Saya tidak pasti samada dia rasa bersalah kerana saya pukul Kak Ya atau dia rasa bersalah pada saya dan nak minta maaf.
Saya hulurkan tangan jika dia nak minta maaf. Dia hanya berlalu dengan air mata masih dipipi yang semakin deras...
Hmmm... dan saya bawa kak Ya ke pejabat, saya punch dan balik semula ke rumah utk salin seluar kak Ya yang terkoyak.
Sampai sekolah, GB tunggu depan pintu. Saya jumpa GB dan jelaskan pada GB kenapa Kak Ya lewat.
Entah la... perasaan saya masih sukar untuk cool. Saya masih marah. Air mata saya gagal untuk turun. Ianya membuatkan dada saya sendat dan saya sukar bernafas.
Beberapa kali saya tarik nafas panjang panjang...
Semoga semuanya cepat berlalu... saya masih stress !!!
No comments:
Post a Comment