RESEPI KEK COKLAT (dengan penambahbaikan dari resepi asal Diana)
bahan-bahan nya:-
1 cawan tepung gandum #
1/2 sudu kecil soda bikarbonat #
1/2 sudu kecil baking powder #
(# bahan di atas boleh gantikan dengan tepung naik sendiri)
1/2 cawan serbuk coklat (atau serbuk koko - lebih murah)
2 biji telur ayam (jika guna gred B atau C, tambah bilangan telur)
1 cawan gula halus (gula kastor)
1/2 sudu kecil esen vanila
1/2 cawan susu pekat
1 cawan minyak masak (minyak jagung)
* 1 sudu besar ovelete
* 2 sudu besar tepung jagung
* 1/3 cawan air sejuk peti ais
* pilihan sahaja, tak masuk pun tak apa.
Cara-caranya:-
Mula mula, panas kan oven, sapu mentega dan tabur tepung gandum sikit dalam loyang(ketepikan)
1- Jika menggunakan tepung tanda # Ayak tepung gandum,serbuk coklat ,baking powder dan soda bikarbonat (ketepikan), jika menggunakan tepung naik sendiri, tak perlu ayak.
2- pukul telur dan gula sampai putih.masuk kan esen vanila dan ovelete.
3- masuk kan susu pekat dan minyak masak..putar sekejap.cuma untuk sebatikan dia.
4- masuk kan tepung dan serbuk coklat serta tepung jagung...masuk kan sikit2 dan kacau..
* Selepas kacau sedikit, saya putar dengan speed perlahan. Tujuan kacau supaya tepung tidak berterabur semasa putar
5-masuk kan dalam loyang dan bakar. kalau untuk oven saya biasa saya bakar dengan suhu 175 selama 60 minit.
Untuk topping
***********
1/2 cawan susu pekat
1/2 cawan serbuk coklat/koko
1 sudu besar mentega
Masak atas api paling perlahan... dan siram atas kek yang telah sejuk. Hias suka hati.
Kredit utk : http://www.dianarashid.com/2015/09/resepi-kek-coklat-mudah-dan-sedap.html
No comments:
Post a Comment