Search This Blog

Friday, September 11, 2015

Kek terlebih masa...

Ini kes saya ikut cara orang lain, sediakan oven panas sampai 15 minit, lepas tu letak kek sampai 45 minit, lepas tu... cucuk tak masak plak... huhuhu... tak tau kenapa.
(normal saya panaskan oven 5 minit atau 10 minit jer !)

Tambah lagi 5 minit, cucuk lagi, pun tak masak.

Tambah lagi 10 minit... keluar bilik... tengok gini rupanya... hahahaha...


 
Kesian kat kek... hahahaha


Tapi lepas letak topping, cantik la... terlindung keburukan mukaku dengan solekan... eh !!!



Mungkin ada beberapa kesilapan yang saya buat

1. Masuk bilik main FB, tak dengar dia bunyik TING.
2. Oleh kerana lama sangat dok dalam tu biar pun dah padam lampu cukup masanya, kek jadi hangit (kes lewat keluarkan ?)
3. Patutnya saya dok kat area dapur dan jeling jeling oven tengok sambil main FB... kan ?


Entah la... tak pasti.  Nak buat lagi sekali cara gini, tak best plak... hahaha... bior jer la teori jadi teori yer.

Tapi, untuk membuat kek gebus dan lembut tak berkerak kat atas, saya cuba slowkan dan pastikan suhu kat tanda kuning tu jer nanti.  

Kalau buat adunan penuh dan bekas kecik tinggi, dia ada masalah skit.  Adunan yang kembang sangat membuatkan kek dekat dengan api atas yang katanya lebih panas dari api bawah.

Nak juga try guna api bawah saja, tapi takut kek tak masak plak !

Alahai...

Sabor jer la... dua dua kek hari ini hangit... kek coklat pun berkerak kat atas... kes sama jugak... tak hangit, tapi keras.... saya tak suka !!!

Kek coklat... tinggi dan gebus...

Keras dan rangup kat atas... hahaha..
Adoii la...


Mungkin bukan hari terbaik saya.  Buat kerepek bawang pun tak berapa menjadi hari ini.

Malam ni buat aiskrim.  Harap harap menjadi la hendaknya...

p/s : Kek coklat tu simpan dalam peti ais, jadi sedap plak... tak keras sangat dah atas dia.  Agaknya saya lapar kot... HAHAHA !

No comments:

Post a Comment