Esok dah start cuti.
Selamat bercuti dan balik kampung kepada yang ada bajet ... hehehe...
Kami tak tentu hala lagi... bajet ke laut... tak tau nak cari mana duit lagi nih...
Apa pun, yang pasti, raya pertama tu kami beraya di rumah sendiri. Ini kali kedua raya kat rumah sendiri kot.
Kalau tak, banyaknya beraya kat Perak... huhuhu... kuasa VETO somi la katakan.
Tahun ni, hmmm... kuasa dia menurun sebab bajet dia ciput... hahaha...
So, kuih yang dah tentu ada tahun ini adalah :
1. Rempeyek...
2. Makmur
3. Apa tah lagi kerepek dan benda benda goreng...
Rancangan nak beli lagi beberapa kerepek khas utk makan makan budak budak.
Pagi raya tu, rancangan aku, selain dari rendang ayam/daging, ketupat pulut, ketupat nasi, mungkin nasi biasa jer...
Resepi banyak kat internet, tunggu gugel jer, dapat la resepi... simpan resepi ni utk masak hari khamis nanti yer...
http://hanieliza.blogspot.com/2009/09/kuah-kacang-aka-kuah-satay.html
Tetambah dah ada piuk NOXXA ni, semangat lain macam skit... hahahaha...
Rasanya, petang atau malam ni nak mula masak kuih... Kek segera tu memang pasti la. Tambah lagi satu kerepek bawang... hahaha... penat kalu, aku kasi satu bekas satu orang anak aku uli. Ramai pembantu la katakan...
Hari tu, si Najmi dan Hakimi berdua buat kek tu...
Utk raya juga, cadar baru aku beli... kaler macam baju raya... hahaha...
Tahun ni ada improvement skit dari segi kerajinan memasak dan buat kuih sendiri. Kalau tahun sebelum sebelum ini, aku beli, si maid aku jer masak dengan anak anak. Kali ini, harap aku dapat belajar masak dan buat kuih dengan lebih banyak lagi...
Masak apa yang anak anak dan somi aku suka saja la...
Ok itu saja hapdet pasal raya aku tahun ini.
Tambah skit... gambar fotoshot unit aku...
Selamat Hari Raya kak Wani!
ReplyDeleteSelamat hari raya Lina.... :)
Delete