Search This Blog

Tuesday, July 28, 2015

Beberapa berita...

Berita 1 :

Kelmarin...

Dapat ucapan tahniah dari seseorang.  Aku jadi tercengang cengang.  Angin tak ada ribut tak ada, macam mana dia tahu ?

Oh... bukan aku peknen yer... hahahaha...

Rupanya, aku dapat APC kali ini.

Surat mai lambat.  Hari semalam la kena amik gambar, semalam la dapat surat dan semalam terus kena reply kehadiran.  Sapa tak hadir, tak dapat duit insentif... hahaha... gigih la hadir nak dapat duit katanya.

Jenuh fikir nak cari baju utk naik pentas nih.  Alahaiiii...

Ada yang tak tahu apa dia APC ? Ala... Anugerah Perkhidmatan Cemerlang...

Cemerlang la sangat... :p .  Saja la... lama dah tak dapat, dapat la pulak giliran aku.

Aku ni dah la tak biasa naik pentas... gigil lagi la nampaknya...

Berita 2 :

Anak anak ada jamuan raya kat KAFA dan sekolah.  Dua dua dalam minggu ni.  Menggelepar mak pak cari kuih raya... hahahaha... padan muka.  Kuih raya pun dah abis.


Berita 3 :

Tok Su tak dapat datang dah sebulan dua ni.  Katanya nak dok bersama anak dia.  Tak apa la.  Aku faham.  Tak kesah.  Asalkan mereka bahagia, aku tak apa.  Kalau ada apa apa nanti, dia nak datang semula, aku ok jer.  Cuma kelam kabut skit la nak ekjas hidup aku.

Aritu, masa dia tak datang sebulan, aku dah berjaya ekjas, lepas tu dia datang, aku jadi selesa, lepas ni kena la ekjas semula hidup aku la sekarang ni.

Kena la buat jadual kerja utk anak anak...

Tapi bagus juga... ada masa bekerja bersama sama anak anak.


Berita 4 :

Tak ada apa kut... abis dah !





No comments:

Post a Comment