Lama dah sebenarnya kursus ni, hari ni baru load dalam pc... so, hari la nak cerita yer...
Ini masa nak tubuh dan tetapkan visi,misi dll berkaitan dengan kumpulan... Ada 3 kumpulan berentap untuk dapatkan markah terbaik.
Kat situ juga akulah yang paling berumur... hehehe... Pn Syarifah aku rasa mungkin tua lingkungan 10 tahun kot dari aku...
Isi kandungan yang aku ingat :
1. Keperluan mengingat nama... huhuhu... sampai la ni aku susah nak ingat nama orang...
Sampaikan ada sekali tu, aku jumpa orang kat market, potong ayam. Muka sebijik macam Lek... Aku tengok lama skit muka dia... lepas tu dia pun cakap... "Betul la tu... tak payah fikir... !"... hahaha... aku pun gelak kat dia. Dia kata dia perasan aku dari mula aku masuk market... hehehe... (oh ya... aku jarang pi market... pi tu sebab nak teman Cu beli lauk !)
2. Catatan harian kerja.
Ini sangat berguna sebagai dairy, kalau jadi apa apa pada kita, catatan tu berguna. Pn Syarifah bagi contoh kawan sekerjanya yang kemalangan dan meninggal semasa outstation. Jadi, mereka semak dalam diary dan buat tuntutan perjalanan bagi pihak si mati. Kalau tak ada diary, tentu duit yang digunakan untuk outstation lebur gitu saja. Sekurangnya, duit claim tu boleh la ringankan beban isteri dia.
Lagi satu kes, sebab ada arahan yang kita dapat verbal. Catatan tu kena detailkan nama yang mengarah masa dan tarikh. Ini boleh dijadikan bukti jika ada apa apa isu berbangkit.
3. Minit mesyuarat.
Kita perlu simpan juga untuk rujukan kita kemudian hari dan sebagi dokumen rasmi.
4. Agihan sama rata
Kita selalu jeles kat kawan yang mungkin kurang kerja atau tak kerja banyak tapi gaji sama dengan kita. Tapi sebenarnya, majikan kita tak boleh buat apa untuk uruskan mereka. Mereka selalu dibiarkan kerana agenda lebih banyak lagi untuk diteruskan berbanding menguruskan mereka yang bermasalah.
Dan lain lain lagi la...
Jadi, sekarang aku ada satu buku untuk uruskan catatan harian aku. Sebelum ini pun aku dah buat catatan tu, tapi aku catat pada kertas kosong atau mana mana kertas terpakai. Selalunya kertas tu akan hilang bila aku nak cari semula.
Now, aku dah catit dalam buku.... proper. Apa yang aku buat seharian dan apa yang aku cadang nak buat esok. Segala kerja yang tak siap aku drag hari ke hari sampai siap, atau jika nak KIV, aku akan kalerkan supaya aku senang cari kemudiannya.
Eh... macam lesson plan pulak yer ??? Hahahaha... Apa apa la...
sy tulis diary dr tahun sy kawen 2001
ReplyDelete(yg seblom tu dah buang ler..cari penyakit nak simpan?)
smpi skrg dah 13 biji diary,,hahaha
jd khazanah utk anak2 kalau sy takde nnti
sedih pulak bila mmbayangkan
Bukan dairy peribadi... dairy kerja... dairy ni dok kat depan kita dan kita catit masa nak balik... Dairy peribadi hanyalah blog... :) Since 2005... dari sebelum tu (geocities/tripod) dah ilang/tak active lagi agaknya...
Delete