Search This Blog

Monday, December 16, 2013

Cerita lama... sensitif kita tak sama...


Lidah Amalia... 

Lidah Najmi... 
Panjang betul lidah Amalia.  Sebab tu kuat menangis agaknya.  Menangis tahap meraung plak tu.  Stress jer dengar...

Ok, aku nak citer pasal cerita lama... hal sorang kakak kat opis.

Aku pernah cerita dulu, tentang betapa sensitifnya aku pada isu 'anak' pada waktu aku tiada anak.

Duluuuu... duluuuu... aku dok di jabatan lama ni.  Seperti hari ini, aku susah juga nak masuk dengan staf masa tu.  Sikap aku yang berbeza buat aku semakin dipinggir dan aku pula jadi semakin menjauh.  Dunia aku waktu tu adalah IRC, ICQ dan Kedai Kopi.

Siapa yang melalui zaman 1997 ke atas tentu tahu waktu tu sangat femes sosial network yang atas tu.
Sekarang ni orang tak main dah ICQ, IRC dan KK.  Orang dah ada FB, Wechat, Whatapps dll.

Ok, nak cerita, oleh kerana aku ni berbeza, penuhkan masa aku dengan internet.  Tapi ada sorang kakak yang baik dengan aku.  Dia juga join KK, jadi kami bersama sama meriuhkan suasana cyber dalam tu.  Dalam tu, kami jadi orang yang giler giler.

Kenyataan kat luar, aku penuh dengan masalah, sering menangis... Tak ada orang nak kongsi derita aku.  Jadi, aku gumbirakan hidup aku dengan menjadi orang lain di alam cyber.  Sama seperti kakak tu.  Kami sering bertukar cerita dan bergelak ketawa berkaitan dunia cyber kami.

Tapi... selain itu, aku yang tak punya baby, dan suami pula jauh, kakak tu pula punya anak yang kecik kecik dan juga asik mengandung saja.

Sesekali dia bercerita hal anak dia... betapa sukarnya hidup dia... stress dengan perangai anak... tapi dia bukanlah tidak menghargai anak anak dia.

Jadi, aku sebagai pendengar, kekadang tidak tahu apa patut aku jawab... dan sering kali aku jawab nanti dia balas balik dengan melukakan hati aku.  Yang sedihnya dia tidak pernah perasan yang hati aku terluka... mungkin aku sangat bijak menyembunyinya sedangkan luka dalam tu berkali kali kena toreh.  Atau mungkin juga dia tidak berniat nak melukakan hati aku sebab dia tak pernah tahu perasaan aku dan tidak pernah mengalaminya.

Jadi, waktu aku ingin mengelakkan hati aku jadi amat amat terluka dan aku rasa kalau aku teruskan, tentu aku jadi benci pada dia... aku ambil keputusan untuk menjauhkan diri dari kakak tu. 

Sehinggalah aku tinggalkan jabatan ni selama 10 tahun.  Selama 10 tahun aku menjauhkan diri dari kakak tu... tapi aku tak pernah benci dia.  Aku sayang dia sebenarnya...

Bila aku balik semula ke jabatan ni, kami kembali rapat semula.  Hilangkan semula semuaaaa yang aku rasa dulu sebab aku sendiri dah ada anak... hehehe... bukan seorang... tapi 4 orang yang aku banggakan... biarpun sesekali stress juga.

Tetapi, bebaru ini, kakak tu citer la berkaitan dengan dia sensitif... dan kecik hati dengan orang.  Ada orang yang dia baru kenal... tetiba beri komen mengenai namanya... 
Aku diamkan diri... bila dia sebutkan yang kami ni jenis sensitif... memang sukar difahami.

Kemudiankan aku terangkan pada dia mengenai kenapa aku menjauhkan diri aku dari dia... dan aku ceritakan tentang sensitifnya aku dengan word dia biarpun ucapan dia mungkin tidak punya niat apa apa... contohnya... "orang tak ada anak, tak apa la... senang... !" dan lain lain ungkapan seumpamanya.

Aku katakan, bagi orang yang tak ada anak... memang sensitif bila sebut bab anak.

Ianya berbeza dengan OKU, kita nampak dengan mata kita. Contohnya dia tak ada kaki, jadi kita tak cerita tentang kelebihan kita boleh berjalan dll.

Tapi, kekurangan tak ada anak ni susah orang nak faham...

Amat melukakan bila orang tak faham... dan kita tak boleh buat apa apa selain daripada terima dan menangis dan sedih.  Kekadang untuk mengubat luka tu, boleh makan seminggu dua... dan kekadang berbulan...

Dan aku sebutkan juga... word sorang kawan... yang punya anak ramai... cakap aku ni tak dapat anak sebab salah makan...


-----------------


Entry ni sebenarnya tak abis lagi... tapi biarlah aku berenti sampai kat sini jer... 
Posted by Picasa

11 comments:

  1. sy ada 2 perkara yg takkan sy komen
    -org lambat kawen
    -org xde anak

    sbb sy cuba pahami mereka, baca blog ni ada kelebihannya
    kita lebih prihartin ttg perasaan orang

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu... kita harap kita dapat fahami orang... dan orang juga fahami kita...

      Delete
  2. setuju dengan irfa..saya pun tak berani nak komen tentang dua perkara tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Akak berani jer komen... tapi sebab dah merasa... so, tau la cara nak tanya dan share pengalaman...

      Delete
  3. Dont worry izan

    I sgt memahami. Even dr dulu sampai skrg zar sgt sensitif hal.anak . Kdg2 ada status dlm fb.. bersyukurlah ada anak ramai.." org yg tak de anak atau anak sorang lagi kesian.". eh eh.. x de sapa minta simpati haih.. ko beranak ramai belalah anak ko baik baik.. aaihh geram.ni kengkadang manusia ni dia bukan riak tapi terlupa nikmat..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul betul betul... memang rasa gitu... hmmm... kita manusia ni ada hati... memang macam tu la...

      Delete
  4. Isu anak memang sensitif. Bila anak dah besar, sensitif bila dengar/tengok anak orang cemerlang pulak. Masuk SBP, MRSM..update kat FB. Terasa jugak kekadang...Hai..macam-macam..that's life.

    ReplyDelete
    Replies
    1. KAN?
      bila anak lepas exam.. result kuar
      orang sibuk tanya kol.sms tanya result anak kita
      kita x sibuk pun tanya hal anak org

      Delete
    2. Huhuhu... akak jeles anak irfa dapat 4A... boleh dak ?

      Delete
    3. xyah jeles,dia tak dapat tawaran sbp pun
      sekolah harian biasa jugak ;(

      Delete
    4. Kena jeles jugak... sebab mesti nanti dia dapat sekolah yang bagus... dan juga sebab dia anak yang baik...

      Delete