Tak lama lagi, cuti sekolah. Hari ini hari terakhir sekolah untuk tahun nih. Biasanya cuti sekolah adalah aktiviti potong memotong.
Dulu, aku pernah bawa anak ke satu kenduri kesyukuran anak kawan berkhatan. Anak anak teringin nak tengok apa yang di dalam kain yang tergantung. Aku bawa dekat, tapi mereka takut nak rapat.
Bila anak tanya, mereka kenapa ? Aku cakap mereka kena sunat.
Sunat tu apa ? Aku cakap potong anunya.
Kenapa kena potong ?
Soalan ni aku susah skit nak jawab. Aku diam sekejap, mereka ayat.
Kena potong sebab panjang sangat. Itu jawapan yang aku dapat.
Ko** mereka panjang mana kena potong ?
Aduiii... masuk pertanyaan lagi.
Sampai lutut. Spontan aku jawab. Ada lagi pertanyaan mereka. Kenapa kena potong bila sampai lutut ? Sebab panjang sangat, kalau pakai seluar, nanti nampak. Aku jawab bohong lagi. Hahahaha... suka suki jer aku jawab.
Sakit tak kena potong ?
Tak sakit kot. Abah dah sunat. Cuba tanya abah... itu saranan aku.
So, mereka pun diam... tunggu masa nak tanya abah mereka nanti.
Bila mereka dok saja saja, si anak lelaki aku akan menarik narik anu untuk tahu jangka masa bila masa mereka patut bersunat. HAHAHAHA....
Now, si Najmi dah sampai kat peha... (bila la nak sampai lutut nih ?) So, dia kata dia masih kecik, tak perlu sunat lagi.
Si Abang dah nak masuk darjah 3. Nak sunat ker tidak ? Rasanya, tak boleh tunggu Najmi besar. Kalau dari segi anunya, Najmi boleh sunat dah (bukan la sampai lutut... HAHAHAHA !), tapi dari segi perangai dia, masih kebudakan (anak bongsu !).
Malam tadi dia nangis tak mau sunat... dia kata dia takut sakit... Aku tengok dia makin kerap mengukur samada sampai ke lutut atau tidak anunya... aduiii....
Nanti ada peluang aku citer sebab sebenar orang Islam kena sunat....
adoi..kelakar la akak ni.ada pulak jawab macam tu
ReplyDeletehehe..
si abam kena sunat jugak cuti sekolah ni.so far dia cakap takut tp saya tahu dia nak kot.hehe,.sbb dia kata 'nak solat dengan orang dewasa.kalau tak sunat..kena suk belakang'
emm mgkin dia paham kot..
Akak fikir pun nak sunatkan si abang tu... tapi entah la... nak kena tanya lagi banyak kali. Sebab sebelum ni ingat nak buat sekali jer mereka berdua tu (selang 3 tahun mereka berdua !)
ReplyDelete