Entah apa malang, beli Galaxy note, pakai tak beberapa bulan, charger plak rosak. Dah pegi KL, cari charger, beli siap yang ori lagi, sampai umah jer, try try terus meletop terbakar charger tu... Apasal la malang sangat ?
Marin petang, nak pi amik external hd kat opis, hubby tak bagi pegi, aku pegi jugak, lepas tu, order burger, ambik barang kat opis lepas tu patah balik, kena plak laluan budak student ikut suka hati lalu salah jalan (aku agak la... ) dan aku pun salah juga sebab makan jalan orang... sudahnya dia langgar side mirror aku... dua dua budak pompuan naik motor tu tergolek.
Terpaksa la hantar ke spital.
Terlajak lajak la sampai lewat lewat kena balik dengan anak yang kelaparan. Sib baik aku singgah jugak amik burger yang diorder tadi, kalau tak, mau kebuluran anak anak (termasuk aku).
Budak tu siap tanya aku, kerosakan motor sapa nak bayar ? Aku tanya balik, dia yakin ker dia tak salah ? Dia kata dia yakin. Ok... aku kata, nanti dah perbaik, call aku dan bagi bill, aku bayar.
So, dah check kat spital, sib baik tak ada kecederaan serius, just sakit sebab motor tindih dan bengkak sana sini la... Kesian terjengkit jengkit jalan...
Mereka panggil pakwe kot datang... so, motor tu pakwe dia hantar perbaik (aku agak pakwe la kot... kalau adik beradik mereka, sorry la... aku tengok mesra jer... tak dapat nak agak !)
Aku masih menunggu mereka call utk harga perbaik motor mereka. Aku juga beritahu tempat aku kerja, incase ada masalah dengan telefon atau apa apa la.
Aku budget rendah jer (sebab tengok kerosakan tak teruk sangat... malahan aku rasa, side mirror aku lebih mahal daripada side mirror mereka dan mungkin tempat letak kaki motor mereka!). Jadi, kalau mereka claim yang bukan bukan, aku akan berkeras utk tidak bayar... Kalau mereka tuntut munasabah, ok... aku bayar la.
Jalan kat situ memang pening skit... mereka tidak sepatutnya lalu terus ke X, tapi kena pusing deretan kedai sebelah kanan tu... kena ke A, pusing, baru sampai ke X. Bukan redah gitu... Memang leceh la... tapi... yer la... one way memang nyusahkan... So, kami berlanggar ka X tu... adeh...
A >>>>>>>>>>>
DERETAN KEDAI ^ DERETAN KEDAI
^
--arah motor -->>>>> <<<<<<<<Z<<<<<
=================| X |====================
<----C----one way--- --------two way------>>>>
<--------------------- <<<<<< arah keter aku -
Gigih aku buat nih...
Padan muka aku... lawan cakap somi, dah kena .... Aku cakap kat hubby, kalau abang redha, tak ada la saya kemalangan... ekekeke...
Update :
Dua hari aku lalu kat jalan yang sama nak tengok kenapa terjadi kemalangan tu. Jalan dari arah motor tu boleh ke A dan ke X. Aku silap sebelum ni. Tapi dari arah keter aku tu, selalunya kereta akan ada kat tepi jalan, jadi, biasanya aku mengelak ke jalan bertentangan (selagi tak ada kenderaan dari Z.... sebab tak mungkin ada kenderaan dari C tu.) Dan selalunya aku memang makan jalan orang. Tapi kebiasaan aku naik kereta, aku akan berenti kalau aku dari arah motor dan pastikan jalan clear kat X, baru jalan. Sebab kat situ susah untuk ambil jalan tanpa makan jalan orang (simpang yang terlalu dekat dengan simpang satu lagi). Sat lagi aku cuba load dari google map !
nak gelak pun ada..bila tak dengar cakap,masa tu nak berlaku apa2..emm nasib lah .sib baik takde cedera teruk
ReplyDeleteItu la... asal lawan jer cakap dia ada la musibah. Ari tu dia tak bagi balik kuala ketil, akak lawan... last last kunci masuk dalam jamban... aduiii... padan muka !
DeleteTaraf SUAMI tu ada nilai tertinggi dalam hidup kita di sisi Allah ....
Macam kita dan anak kita... kalau kita larang anak kita, maksudnya sebab kita ada instint benda tu bahaya... bukan kerana kita ni ada kuasa... kan ???
Errr... pening !