Bila tak bahagia sangat, wajah pun memang buruk dan huduh. Penampilan pun macam mak nenek. Hahahaha...
Walaupun wajah macam mak nenek, bahagia tak rasa, tapi suami masih kekal di sisi. Yer... mungkin dia ada sebab tersendiri. Biarlah kita fikirkan positif bab ini.
Awal tahun 2011, anak masa in belum besar mana. Kami pun ada maid. Tapi, masih tak reti bergaya. Tak reti nak pegi facial bagai...
Lihat saja wajah wajah naif saya... 2010..
Ni masa bertunang, mungkin tahun 1995/1996. Masa ni penampilan masih terjaga, sebab masih bujang masih tidak menderita... hahaha...
Oh ya... saya cuba cari gambar lama lama saya berdua dengan suami. Macam kurang. Hahaha... agaknya dia kurang suka bergambar dengan saya.
Tahun 2010.
Awal tahun 2011
Pertengahan tahun 2011, saya telah mula jaga penampilan.
Pada awalnya, saya banyak duit, tapi semuanya saya habiskan untuk rumah tangga. Sampai satu masa, saya fikir, saya tidak boleh kedekut untuk diri saya...
Jadi, saya pun mula pentingkan penampilan dan mula buat penjagaan diri dan muka. Saya ke facial dan beli produk produk sana sini. Memang ada yang tidak berjaya, tapi saya cari sehingga bertemu yang serasi. Oh ya... saya tak mahu perkenalkan produk kecantikan. Saya bukan agen pun.
Kemudian, saya mula berubah sedikit demi sedikit penampilan kepada yang lebih 'muda' sedikit, tidak la mak nenek sangat... ades !
2013
Suami saya sentiasa bergaya. Sentiasa ingin segak. Pernah suatu masa dia beli produk kesihatan untuk tujuan body builder. Saya memang bergaduh sebab untuk maintain sangatlah mahal harganya, sedangkan kenyataan dia tidak la mampu.... saya bukan tak suka dia bergaya atau sihat dan saya bukan marah apa, saya marah kerana saya sendiri tidak mampu/kedekut demi kecantikan dan kesihatan diri saya, senang senang dia berhabis duit untuk dirinya... huhuhu...
Pada waktu ini, saya sudah tidak lagi kedekut pada diri sendiri. Pada lawatan kali ini, suami nampak lebih errrr... caring... hahaha... sabor jer la... gaduh gaduh la jugak, tapi dia tidak malu untuk memegang tangan saya sewaktu saya ingin berjalan naik bot contohnya atau tidak lagi malu untuk memegang saya waktu bergambar.
Mendapat sokongan dari keluarga sendiri, menyebabkan saya tahu, saya perlu sayang diri saya sendiri sebelum sayangkan orang lain.
Waktu ini tahun 2015, saya dan suami. Dia dah tidak lagi malu, kan ?
2017. Yer, saya patut syukur, kami sihat.
Saya akan hargai diri saya sendiri. Tidak lagi kedekut. Sesekali saya buat facial dan sesekali juga saya hadiahkan diri saya barang yang saya beli dari internet.
Best kan ?
Jika tiada orang nak hargai diri kita, hargailah diri sendiri.
Terima kasih kepada orang yang hargai diri saya dan membuat saya sayang pada diri sendiri. Dengan rasa diri dihargai dan disayangi, hidup kita lebih ceria. Senyuman kita lebih manis bila dalam hati ada taman...
HAHAHA... ok... panjang entry kali ini.
Terinspirasi dengan cerita sorang isteri yang berubah (dengan nasihat kepada suami, jangan tinggalkan isteri masa hodoh).
Saya tidak la berubah jadi cantik sangat. Tapi berubah lebih yakin dan lebih menghargai diri.
kelinci99
ReplyDeleteTogel Online Terpercaya Dan Games Laiinnya Live Casino.
HOT PROMO NEW MEMBER FREECHIPS 5ribu !!
NEXT DEPOSIT 50ribu FREECHIPS 5RB !!
Ada Bagi2 Freechips Untuk New Member + Bonus Depositnya Loh ,
Yuk Daftarkan Sekarang Mumpung Ada Freechips Setiap Harinya
segera daftar dan bermain ya selain Togel ad juga Games Online Betting lain nya ,
yang bisa di mainkan dgn 1 userid saja .
yukk daftar di www.kelinci99.casino