Search This Blog

Thursday, March 23, 2017

Cuti sekolah plan berterabur...

Tiba tiba kak ani mai umah. Katanya nak jengok mak dan kakak @ aina.

Saya ok saja. Sebenarnya khamis terakhir sebelum cuti, saya marahkan kakak. Saya perlu mengajar untuk dia hormatkan saya. Dia yg marah marah kerana saya lewat 10 minit ke sekolah, membuat saya bengang. Saya hamburkan kemarahan padanya dalam kereta.

Dia merajuk dan berkecil hati. Lantas nak bawa diri kembali semula pada keluarga kandung. Saya tidak menghalang. Langsung tidak.

Saya tidak bertanya, saya tidak bersungut apa lagi memujuk. Itu membuat kakak bertambah tertekan.

Tapi akhirnya saya slow talk juga dlm wasap dengan kakak. Kakak luahkan rasa kecewa dengan sikap saya yg tidak faham. Saya berpura pura tidak faham. Sebab, saya telah penat. Penat menahan hati bila kakak buat perangai anak remaja yang memeningkan kepala saya, tambahan lagi, kakak ada tempat utk lari.

Hari ini, kakak ikut Kak Ani sekeluarga ke Langkawi.

Sukar untuk saya jelaskan kepada anak yg lain, kenapa kakak boleh ikut, dia tak boleh. Kenapa Kak Ani datang sini utk lihat kakak?

Bolehkah saya beritahu siapa kakak sebenar. Hmmm... Penat saya...

No comments:

Post a Comment