Hari ni nak belajar bahasa pula
"Empathy means 'the ability to understand and share the feelings of another' (as in both authors have the skill to make you feel empathy
with their heroines), whereas sympathy means 'feelings of pity and
sorrow for someone else's misfortune' (as in they had great sympathy for
the flood victims)"
"Empathy vs. Sympathy. Empathy is the ability to experience the feelings of another person. It goes beyond sympathy,
which is caring and understanding for the suffering of others. Both
words are used similarly and often interchangeably (incorrectly so) but
differ subtly in their emotional meaning. "
Pernah jadi di opis ni. Kami diarahkan berpindah tempat, daripada pejabat di bawah, disuruh naik ke tingkat atas (guna tangga sahaja).
Saya ada kawan yang ada masalah kesihatan selepas kemalangan. Dia sembahyang di tempat duduknya biarpun tempat solat selesa ada di atas. Dia juga tidak keluar makan di kantin. Dia banyak berada di tempatnya kecuali ada mesyuarat di tempat lain.
Oh... sebenarnya saya juga begitu, selalu mengadap komputer tidak bergerak ke mana mana kerana nature kerja sebagai PROGRAMMER memang macam tu... hahaha...
Sebagai kawan... saya kenal dia seorang yang memang jenis slow motion. Walaupun sebelum dia kemalangan, dia adalah jenis jalan slow, cakap pun slow. Duluuuu... masa saya muda (sekarang ni dah tua), saya sangat stress dengan orang yang slow slow ni.
Tapi, disebalik sikap dia yang serba serbi slow ni, dia sangat sangat baik... tidak pernah mengumpat, tidak pernah mengata orang, tidak pernah menyakiti hati orang. Selalu tersenyum. Sangat sukar mencari kekurangan dia tambahan lagi dia sangat cantik. Cuma dia slow jer... hahahaha... masa saya ada jumpa bos lama saya, dia pun merungut, sebab kawan saya ni buat kerja slow. Saya tak tahu la tahap slow tu... sebab mungkin dengan bertambah pengalaman, slow dia dalam membuat kerja telah dapat diperbaiki. Cuma slow dia dalam sifat dan peribadi tetap maintain... dan bertambah lagi selepas dia kemalangan.
Jika kami ke satu satu tempat yang jauh, dia perlukan peneman untuk memegang tangan dia agar dia dapat seimbangkan diri.
Berbalik pada EMPATHY atau Empati (ada ker word tu?) tu, sewaktu arahan utk dia berpindah ke atas, saya terpaksa meluahkan rasa pada bos kami tentang apa yang saya lihat... dan saya letakkan diri saya ditempatnya. Betapa dia sukar untuk naik tangga pagi pagi nanti, dan tidak la setiap masa orang ada untuk membantu dia.
Dan akhirnya dia tidak dipindahkan.
"Saya akan menurut perintah saja, tetapi, saya harap mereka memahami saya", katanya pada saya.
Itu adalah Empati, di mana kita letak diri kita di tempat orang lain.
Lately ni, ada saya bersembang dengan seseorang yang tidak ada sifat EMPATI yang kekadang buat saya rasa JENGKEL !
Ades ... biasanya jika dia tidak boleh meletakkan diri di tempat orang... membayangkan rasanya.... simpati sudah memadai.
Tetapi, jika dua dua tu tiada... hmmmm...
Saya tidak mengatakan saya bagus... sebab dulu pun saya tiada EMPATI juga. Tetapi, bila telah berusia, dengan pengalaman dan dugaan dalam hidup, membuatkan saya rasa pandangan berbeza tentang kehidupan.
Ada orang... bercerita tentang pengalaman hidup, berdasarkan pembacaan dan pengalaman orang lain. Itu menambah pengetahuan, tapi jarang menerbitkan rasa Empati secara semula jadi...
Pernah dengar orang cakap "Saya faham ?", tapi kata-katanya melukakan hati kita ?
Pernah tak jika ada kawan, tidak berkata kata... tetapi... air matanya bergenang di pipi hanya melihat wajah sedih kita ? Atau mendengar cerita kita ?
Hidup memang begini...
No comments:
Post a Comment