Ini makanan ringkas yang kami makan selalu kat rumah untuk berbuka. Lauk pauk saya masak sendiri, kuih saja beli.
Adik Mie dan Abang nak makan Ikan Masak Cuka... hmmm... tiap hari la menu yang sama. Tak jemu plak tu.
Kakak pula, nak Sup Ayam ala Thai atau Ikan Masak Asam Pedas Cair.
Kak Ya, nak ikan bilis goreng berlada
Abah mereka, nak ulam dan sambal serta apa apa sayur yang lain.
Saya ? Makan jer apa yang ada.... hehehe...
Agaknya anak anak jenis macam abah mereka, jenis tak jemu dengan satu satu benda/menu... jadi masak la saya hari hari lauk yang sama di samping sejenis dua lauk lain. Kalau miss tak buat la lauk kegemaran mereka, sanggup boikot tak makan... huhuhu...
Tambahan kekadang saya masak Kari Ikan ala Mamak. Kekadang Ayam Goreng Kicap atau Ayam Masak Merah/Sambal Ayam.
Saya teringin nak beli set pinggan mangkuk... tapi tak jumpa jenis yang berbentuk bentuk cantik. Biasanya yang mahal pinggan ringkas sahaja. Saya nak beli juga pinggan ringkas tu, tapi tengok harga... mak aiii... dekat RM400.00 ... Simpan dulu la niat tu... hehehehe...
Ini lauk berbuka di kampung @ Bendang Nibung. Kami makan bersila kat lantai jer... Seronok jer saya makan gitu... anak anak buat alakad... amik amik lauk, pi makan kat dalam rumah. Yang tua tua dan separa tua macam saya ni, makan bersama kat luar tu... hehehe... Ini lauk semasa skit jer orang. Kalau ramai orang... lagiiii panjang...
Contoh macam ni... hahahaha... 40 orang makan. Kami buat makan makan kat kedai dengan hampir 40 orang. Makan makan sebelum puasa. Semua adik beradik hubby dan pasangan berkumpul...
Hehehe... itu la... kisah hari ni...
tu ari gi ikea, ambik jugak sekotak set pinggan, murah2 je lah pun
ReplyDeleteset 12 pcs
4 pinggan, 4 mangkuk, 4 piring
hehe..kaler cekelat, comey lah jugak wpun kosong xde bunga pun
Akak tak suka yang kaler kaler sekarang ni. Nak cari yang plain saja. Yang lama tu macam kat atas tu la... kaler macam macam... tak sesuai plak rasanya.
ReplyDelete