Search This Blog

Tuesday, April 26, 2016

Think positif to be positif...

Semalam, balik dari kerja, kakak berkurung dalam bilik.
Saya hantar msg wasap.  Beritahu yang berbincang dengan dia lepas saya solat maghrib.

Saya call hp tiada jawapan.  Saya ketuk bilik, tak dibuka.  Panggil makan, tak keluar.

Sabar saya makin menipis.

Wasap yang saya tulis semalam tidak blue tick.  Rasanya mungkin dia delete dan tak membacanya.

Semasa saya mengemas rumah dan menyidai kain, anak anak telah kelaparan minta nasi.  Jadi, somi buat keputusan untuk membeli makanan biarpun saya telah keluarkan daging yang keras dari peti ais dan telah pun masak nasi.

Tak apa la... ada tambahan lauk utk makan malam.  Saya teruskan memasak.

Hubby mencari cari kunci motor, tiada.  Dia bertanya kakak... tiada jawapan.  Saya minta pada kakak kunci motor dari luar.

Seketika kemudian, kakak letakkan kunci diluar pintu... dengan secara kasar.

Hubby geleng kepala.  Tahan marah.  Kesabaran saya semakin menipis.

Selepas solat maghrib, saya ketuk pintu lagi.  Ingin berbincang.  Kakak diamkan diri dan tak membuka pintu.  Saya tahu dia dengar.

Sabar saya jadi lebur !

Saya mula menghantar wasap... meluahkan rasa...

Selepas hubby selesai solat isyak, dia membebel bebel pada saya tentang sikap kakak.  Dia kecewa dengan kakak.

Lalu saya serahkan hp saya untuk dia baca wasap saya.  Apa yang dia bebelkan tu saya telah suarakan pada kakak.

Hubby terdiam selepas tu dan keluar bilik.  Saya ambil keputusan untuk tidor.  Malas nak fikir apa apa lagi.

Pagi tadi, seperti biasa saya kejut kakak.  Kakak menjawab tetapi pintu masih tidak dibuka.  Kesabaran saya yang saya pupuk malam tadi, kembali hilang.

Saya tendang pintu sekuat hati.  Sakit kaki saya.  Peduli dengan sakit kaki, hati saya lebih sakit.

Selepas hubby dan anak anak yang lain pergi sekolah, saya cuba lagi untuk berbicara dengan kakak.  Tapi kakak masih berdiam diri. Hanya terdengar esakkan saja dari pintu bilik.

Saya cari kunci bilik.  Nasib baik ada satu kunci yang sepadan.

Melihat bilik kakak yang gelap, saya buka lampu.  Kakak menangis dibirai katil, sembamkan muka di atas bantal.

Kemarahan saya hilang.

Saya panggil kakak.  Saya tarik tangan dia sehingga dia berdiri berhadapan dengan saya.

Saya peluk dia dengan erat.  Biar dia menangis di bahu saya.

Yer... saya sayangkan dia.

Saya besarkan dia dari kecil lagi.

Kakak cakap dia tak dapat tidor malam tadi kerana msg wasap saya yang mengecam dia.

Saya jelaskan pada dia ... tentang kenapa dia tidak dibenarkan masuk bilik waktu kami beramai ramai dalam bilik... ada waktu waktu tertentu tidak sesuai, jika itu yang dia rasa saya pinggirkan dia.

Kakak jelaskan, yang dia letak kunci di luar bilik kerana dia tidak berpakaian sempurna. 

Saya tanya dia, perlukah ada perbincangan dengan semua adik beradik dan jelaskan siapa kakak.

Saya tanyakan samada adik adik tahu ker siapa dia ?  Kata kakak, adik adik dah besar.  Mereka tahu sebab dengar dia bercakap dengan mak Pahang.  Hmmm...

Kakak tak mahu adik-adik tahu dia siapa.  Kakak cakap, dia nak balik Pahang jika saya beritahu pada adik adik siapa dia.  Jadi, saya tiada masalah.  Abaikan saja pertanyaan mereka.  Biar mereka tertanya tanya.  Selagi kita menafikan, tentu mereka tidak boleh buat apa apa.

Setelah lama kami berbual, saya minta diri utk ke pejabat.

Saya peluk dan cium kakak dan beritahu dia...

"Mama dan abah sayang kakak"
"Kakak kena ingat tu !"

Hmmm...

Saya harap dia boleh bertabah.  Sebab dia nak ambil periksa tahun ni.  Jangan sampai menjejaskan pelajaran dia...








9 comments:

  1. As salam..kesiannya melampau betul cara kakak. Untuk pengajaran hantar saja dia kembali ke pangkuan keluarga kandungnya. Kebaikan yang kita buat memang dia tak nampak bila kita dah jauh di mata dia baru dia tahu menilai. Walau apa pun alasan kakak tak sepatutnya berani melawan sampai begitu. Maknanya dia sebenarnya terlampau disayangi sampai sanggup berkata begitu dengan mama yang membesarkan dia kerana dia tahu mama dia tak sampai hati nak bertegas dengan dia. Cubalah. Siapkan beg dia. Tak perlu kata apa apa walau sepatah. Kembalikan dia ke tempat asalnya.Uruskan semua pertukaran tanpa pengetahuan dia. Dia masih boleh mengambil PT3 di sekolah tempat asal dia sebagai calon tumpang. Sebelum terlewat. Sebelum dia menyalahkan iza dan suami atas kegagalan dia dalam hidup.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih kerana membaca.

      Kalau boleh, saya mahu dia pulang kepangkuan keluarga dia dengan cara baik. Bila dia rasa ingin bersama mereka semula... ingin bercuti ... atau apa apa saja selain daripada rasa tidak dihargai atau rasa terpinggir.

      Sedangkan adik beradik sendiri dan dengan ibu kandung pun boleh kita rasa ada pilih kasih, apatah lagi kes begini.

      Sedang menarik rambut dalam tepung...

      Delete
  2. Mendoakan yang terbaik untuk izan sekeluarga..Semoga ALLAH permudahkan segala urusan inshaallah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih... :)
      Semoga baik baik juga untuk bittersweet...

      Delete
  3. memang tak mudah nak pulangkan saja macam tu saja. kakak bukan barang.. lagipun anak sedara sendiri..

    sekarang ni bertabah dan bersabar ajelah dulu sampai dia habis periksa.. then panggil k dia dtg bincang.. bak kata izan, pulangkan secara baik dan persetujuan bersama.bukan sebab kita dah tak mampu pikutl tanggungjawab tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe...

      Nak mulakan susah... tapi... dah tanya dia, ujung tahun ni nak dok umah mak dia, dia cakap ya, dan kak Ani (mak dia) nak mai amik dengan bas.

      Tak pasti la lagi camna tu...

      Delete
    2. Bukan bermakna nak dok terus kut... hanya bercuti cuti saja la... :D

      Delete
  4. MOGA YANG TERBAIK UTK AKAK DAN KAK AINA
    SALAM RAMADHAN KAK IZAN

    ReplyDelete