Luahan perasaan jer la...
Dulu pernah saya luahkan perasaan berkaitan dengan jiran sebelah rumah saya yang saya panggil Z. Dia pensyarah, tapi mudaaaa sangat. Jadinya memang patut sebagai orang muda, dia hormati kami, biarpun dari segi kedudukan dia, akan datang kami kena hormat dia... jawatan dia la...
Tapi apa peduli ? Jawatan tu biasanya orang hormat/segan gitu jer, tapi tak boleh lawan dengan hormat atas dasar umur dia kan ?
Apa pun, mungkin kerana jawatan kami yang rendah ni, dia tak berapa nak hormat bila bercakap. Dan bila ada masalah, bukan nak bawa berbincang, tetapi hanya marah atau cerita pada orang lain satu taman tahu... termasuk kawan kawan pensyarah dia kut.
Last last, dia tak masuk terus rumah sebelah tu. Dia sewakan saja. Alhamdullilah. Selamat jantung kami.
Ekekekeke...
Cerita pasal rumah kami masuk tanah dia, memang awal kami tak tahu pun sebab apa dia marah marah. Heran kami. Kami pula tak biasa dengan kes renovate rumah.
Bila kami dah tahu, kami nak bayar pampasan dia tak mau. Dia suruh potong bumbung dan simen dinding. Ok... kami buat.. habis beribu juga.
Tapi, last dia mengadu kata rumah dia tak laku bila dia nak jual, kerana rumah kami masuk tanah dia. Hmmm... saya diam saja. Sebab awal tu saya tak kenal dia... hahahaha... teruk saya nih. Tanya tanya, dia kata harga dia nak jual tu RM250K. Fuhhh... itu harga kalau renovate. Dia tak renovate sikit pun. Taman sebelah yang rumah baru dengan design lebih cantik tu harganya RM270K... tapi biarlah dia.
Suka hati jer dia salahkan kami ... apa apa sajalah...
Saya pun kumpul duit... bila cukup minta lagi orang ketuk terus dinding dan tarik semula pagar... habis lagi beribu... sabor jer la.
Selepas itu, bila saya bertembung dengan dia, saya telah mengenali rupa dia... adeh adeh adeh... dan yang paling rasa tak selesa, selalu saya bertembung dengan dia dalam meeting.
Aduh aduh aduh...
Saya tau, kerja saya nak tak nak mungkin perlu juga dia hubungi saya jika dia ada masalah...
Lantak la dia... luahkan disini kerana saya tak selesa...
Saya nak maafkan dia... dia tak pernah rasa bersalah.
Saya nak biarkan... ada rasa terkilan dihati ini dia buat macam tu. Tak salah jika dia berbincang baik baik ... tidak la kami habis beribu riban utk masalah macam tu.
Sejak dari perbualan rungutan dia nak jual rumah dengan muka yang sangat tidak manis dan juga tidak la minta simpati... saya sudah tidak lagi senyum apatah lagi nak berbual dengan dia...
Saya harap, rasa terkilan saya ini cepat pergi !
No comments:
Post a Comment