Sebelum sebelum ni, kalau opis nak buat pot luck, sayalah yang paling stress... tak tau nak bawa apa. Sebab tak reti nak buat apa apa pun... ekekeke...
Paling paling, beli jer kuih kat kedai sebelah tu.
Now, sejak join group FB masak masak, dah pandai la skit katanya.
Ini makan makan kami utk dua puluh orang. See... banyak... sebab tu sampai sekarang perut saya sangat tidak selesa. Orang kata makan nak bunuh diri ler nih !
Kawan buat steambot. Senang jer nih. Boleh tiru nih.
Kuah dia pakai jer kiub tomyam/sup + kiub ikan bilis. Lepas tu beli la rencah dia yang lain. Best kan ?
Ini kek yang saya buat. Semalam buat dua kali. Kali pertama abis anak anak makan, jadi, petangnya buat lagi satu. Sebiji lagi buat puding kastad karemel.
Ingat sok sok nak buat makan makan... ala ala gini la.
No comments:
Post a Comment