Semasa saya ke rumah kakak saya, Kak Mar, kami bergembira adik beradik.
Terutama kami bertiga ni, memang kaki melawa la kononnya. Nasib baik saya datang dengan pakaian pejabat dan proper. Kalau saya datang dengan T-Shirt dan seluar jeans, tak ke nampak pelek ?
Apa pun, bila begini, 'MASUK' la saya dengan adik beradik saya yang suka sangat perasan cantik dan comey nih... haish !!!
HAHAHA...
Ari masa kat rumah Kak Mar, kami asik la bergambar. Snap sana... snap sini...
"Kak Mar, masa Kak Ani datang rumah Kak Mar baru ini, kenapa Kak Mar tak ambil gambar dengan Kak Ani ?"
Saya bertanya... tanpa niat apa apa... sebab tak ada gambar kedatangan Kak Ani dalam FB.
Selamba Kak Mar menjawab... "Kalau ambil dengan Kak Ani, nak cakap Kak Ani tu siapa ? Kakak ker emak ?"
CIS !!! Melampau Kak Mar nih... hahahaha...
Kuwang hajo punya adik.
Masuk bilik mak, kami adik beradik sembang sembang kosong.
"Pok De, dengar ni... Alang pi tanya... kenapa Teh tak ambil gambar dengan Mok Ngoh... ada ker patut tanya gitu... !"
Kak Mar cakap sambil gelak mengekek !
"Kak Mar tu adik durhaka... kutuk kakak sendiri !", kata saya.
"Yer la... pelek Mok Ngoh tu... dia sorang jer berbeza dari kita semua !", Pok De a.k.a abang saya seorang ni memulakan percakapan.
"Tengok tu... Pok De pun kata gitu !".... Kak Mar membela diri bila saya katakan dia adik durhaka.
"Tak apa... itu abang... ni kak Mar ni adik... mana buleh cakap gitu kat kakak... durhaka !"... kata saya sambil gelak gelak. Kak Mar memang nak gelak guling dah.
"Yang lain semua jaga badan. Chik tak boleh gemok, sebab dia tinggi. Tak sesuai dengan badan dia. Mar tu sebab nak bertanding dengan anak dia... nak bagi orang nampak macam kakak dengan adik... baru bangga. Lang ni... sebab kena dera dengan suami dia... sebab tu dia kecik !"
Hahahaha...
"Kak Ani hang tu, dia yang dera somi dia... sebab tu somi dia yang kurus !"
HAHAHA... kami gelak gelak lagi...
"Mok... Kak Ani tu betul ker anak mok ? Atau anak angkat mok ?", saya tanyakan pada mak tanpa fikir panjang... dan saya nyesal lepas tu !
"Haaa... tengok tu.. Lang cakap Kak Ani anak angkat. Kena cakap dengan Kak Ani nih. !", Kak Mar mengugut saya. Dia kata saya yang adik durhaka...
Lepas tu Kak Mar asik ungkit itu saja. Dah tak ada dah dia kutuk Kak Ani. Cis cis cis.
Kelakar keluarga saya ni...
"Tak baik la cakap macam tu...", mak kami menegur...
Hehehe....
Oh ya... tadi rasa nak buat luahan hati... now... rasa dah tak mau dah. Ok la kut yer...
Cuma nak cakap skit jer...
Masa Jiran saya cerita hal somi dia yang kawin dua tu... memacam la dia cerita, sampai saya terbawa ke dalam mimpi bila ada benda yang somi saya buat menyebabkan tercetus ingatan semula tu.
Saya bukan nak ingat pun... tapi yer la... luar kawalan skit.
Kak Ya pula pepagi tanya... "Mama... mama panggil abah tu abang, abah panggil mama apa ?"
Saya nak jawab jer, "Abah panggil mama nama mama la !", tetapi jawapan tu tak best, lalu saya buat jawapan kepada pertanyaan.
"Kak Ya pernah dengar dak Abah panggil mama Sayang ?"
"Itu maksudnya, abah tak sayang sangat mama !", sengaja saya memancing pendengaran suami.
Bila somi masuk, dia terdengar bicara kami berdua. Sebenarnya saya terasa hati dengan cerita kawan saya yang panggil isteri baru dia sayang... di depan isteri pertama. Saya tak la pernah dia panggil sayang kat kawan saya tu... Memang suami dia tak la jahat. Baik jer. Dengan saya pun dia selalu senyum, sembang... saya tiada dendam pun pada dia. Saya cuma terasa hati... lelaki ni berubah 100% bila dengan orang baru atau dengan orang yang dia sayang. Bukan sebab dia tak biasa untuk ucap sayang, tapi mungkin betul sebab dia tak sayang. Entah... itu la kata hati saya... sebab tu saya cakap macam kat atas tu.
"Tu kenapa pula cakap macam tu ?", somi saya bertanya.
"Yer la... betul la. Kalau orang yang abah sayang, abah panggil la Sayang !", saya bercakap lembut... dalam nada yang berbeza dari biasa.
"Mana tahu ?", somi saya bertanya acuh tak acuh, tapi dalam nada marah, sambil berjalan ke pintu untuk keluar kerja dan jogging pepagi buta.
"Ler... saya baca la email dia la ... ", itu satu jawapan yang dia tak dapat nak sangkal... dan terus keluar dari pintu sambil bebel.
"Orang lain yang buat... babit kita juga !", nasib baik somi tak tanya apa isi kandungan email tu. Kalau tidak, bang bang bang... pistol menembak bila trigger dipicit dengan kuat !, Kan ?
Hahahaha... gitu la. Kehidupan saya. Saya ok jer.
Memang kekadang tercetus juga ingatan tu... tapi saya masih ok.
Pagi tadi, semasa kami bersalam, saya dah ceritakan pada dia, yang saya jumpa kawan saya, dan dia ceritakan masalah dia, dan saya juga katakan pada dia, saya bermimpi buruk malam tadi, kerana kebetulan apa yang somi dia buat pada dia, somi saya buat pada saya malam tadi... huhuhu...
Nak tahu apa mimpi saya ?
Ohh... panjangnya entri kali ini. Suka hati saya la.
Dalam mimpi saya tu... somi saya kawin lain. Pada waktu tahu dia kawin lain, saya tak la menangis sedih meratap. Saya ok saja. Rasa macam... hmmm... sukar nak gambarkan.
Lepas tu... saya cakap pada dia, sebab dia dah tak sayang saya, saya nak la jumpa orang lain... dalam erti kata dating. Dan somi saya tak marah. Dia izinkan.
Hahahaha... lawok betul !
Yang lawak tu, saya la sedih bila dia tak marah !
Lepas tu, saya kata kat dia... eh... ingat ni semua ni dalam mimpi la yer... "Abang... kalau abang dah tak suka saya, kita pisah saja la..."
Dia kata ok... dia suruh saya pergi kursus... boleh pegi honeymoon dengan dia sekali bila saya kawin dengan pasangan saya...
Uwaaa... rasa nak tergolek sedih saya.
Saya sedih sangat lepas bangun tidor tu. Saya sepatutnya tak rasa gitu. Tapi saya sedih jugak. Saya tak rasa orang faham perasaan saya.
Saya sedih, sebab rasa seperti... hmmmm... betul la... saya ni tak ada orang sayang... betul la saya ni sangat tak guna... bla bla bla...
Gitu la...
Abis dah luahan hati. Harap sok lusa saya dapat lupakan mimpi tak indah ini...
Memang saya tak yakin somi saya sayang saya... betul. Tapi... errr... CINTA tu GILA !!!
Itu yang saya nak cakap. Saya sendiri tak faham perasaan saya... apa lagi nak faham perasaan kawan saya yang sanggup biarkan apa saja somi dia buat pada dia... tahan saja... susah susah jaga 5 anak yang sedang membesar...
Oh ya... tahniah untuk dia... anak dia dapat 5A bebaru ni... dalam kepayahan dan macam macam dugaan dalam hidup dia, anak dia tetap cemerlang. Semoga anak dia dapat menjaga dia bila dia diabaikan suami atau apa apa la.
Semoga dia tetap saja tabah...
HIDUP KITA SENDIRI TAK TENTU MACAM MANA, JANGAN HAKIMI HIDUP ORANG LAIN.
No comments:
Post a Comment