First time buat...tak menghampakan...
PUDING JAGUNG KARAMEL (edit dari resepi asal : link disertakan)
Bahan-bahannya:
6 sudu makan gula
10 biji telur
3/4 tin susu pekat (boleh kurangkan kalau tak mau manis)
1 tin air
3 tongkol jagung rebus atau ikut sesedap rasa dan asingkan biji jagung (saya guna pisau jer)
1 - 2 sudu teh esen vanilla
Cara-caranya:
A.
Didihkan air di dalam periuk kukus.
Sementara itu, masukkan gula ke dalam loyang. (Saya guna loyang 9 inci)
Dengan menggunakan api yang kecil, panaskan gula dalam loyang hingga cair dan berwarna keperangan. (Pastikan semasa memasak gula, ianya sentiasa dikacau supaya cair rata).
Tutup api dan terus golek-golekkan loyang supaya air gula memenuhi dasar loyang. Ketepikan dan sejukkan. (Air gula akan mengeras).
B.
Masukkan telur, susu pekat, air dan esen vanila ke dalam mixer.
Putar mixer hingga adunan sebati, tak perlu hingga kembang.
Masukkan jagung dan mix kejap jer.
Masukkan ke dalam loyang berisi gula tadi.
Kukus selama 30 - 40 minit.
Sejukkan sebentar dan terbalikkan ke dalam pinggan hidangan. Sedia untuk dinikmati.
Saya terbalikkan panas panas sebab saya nak bawak pi opis... tak sempat nak tunggu sejuk. Sebab tu gula karamel dia tak berapa menarik. Tapi rasanya tetap yummi...
Saya suka...
Sejak ada mixer yang boleh putar pelan ni, rasa seronok nak memasak sesuatu yang perlukan kita pukul... tak main dah sudu... pakai jer mixer... ekekeke... saya suka ... saya suka...
Resepi asal : http://resepicikguani.blogspot.my/2013/02/puding-jagung-karamel.html
No comments:
Post a Comment