Search This Blog

Tuesday, March 3, 2015

DCCK orang... anak angkat...

Tadi, Kak Ani cari aku melalui adik beradik aku.  Bila aku call, rupanya dia nak maklumat Kakak (Aina).  

Dia nak no IC dan juga alamat sekolah.

Jadi, untuk memudahkan mereka kemudian hari, terus aku berikan salinan IC.

Dan aku juga terangkan pada mereka mengenai nama Aina yang tidak ditukar lagi ke binti bapanya sebenar.

Aku tanya la gugel berkaitan dengan kes aku nih... apa kesannya.  Memang hukumnya haram kalau berbinti/bin bapa angkat.  Tapi kami tak letak 'binti' pun nama dia.  Dan waktu nak daftar tu, pegawai situ cakap boleh letak nama berangkai.

Bila kakak dah besar, sebelum nak buat IC, aku jumpa pegawai yang sama, sebab nak ikut hukum, nak tukar nama.  3 kali aku terpaksa ambil cuti untuk uruskan hal ini.  Marah marah dah hubby.  Tapi banyak sangat karenahnya.  Kali pertama ambil borang... tanya itu ini.  Lepas tu kali kedua nak kena buat surat sumpah.  Lepas tu kena betulkan ayat... lepas tu nak kena bukti salinan surat beranak asal.

Isk isk isk... 

Last last, kakak cakap dia nak nama dia dikekalkan...

Hmmm....  Aku ceritakan pada dia... hal ini.  Aku cakap juga pada pegawai JPN tu... dia kata, aku bukan tukar nama bapa dulu dan aku tak menasabkan anak pada kami.  Hukum menasabkan tu haram.  Kami memang ada surat pengangkatan.  Surat itu memang ganti surat beranak asal dia.  Memang terang terang surat tu tulis SURAT PENGANGKATAN.

Jadi, tiada niat nak sorok identiti dia atau apa apa la...

Apa apa pun... hukum mengatakan... jika kita tersilap... kita tak berdosa... jadi, jangan hukum aku tanpa tahu hujung pangkal yer !

Masa aku cari gugel, dapat la link ni... 

http://mforum.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&action=printable&tid=741772

Menitis air mata aku membaca...

"Aku dah lama tau bahawa aku adalah anak angkat sejak aku berada dalam sekolah menengah lagi. Bukan dari mulut ibu bapa angkatku tapi dari mulut saudara2 di kampung yang terkadang terlepas cakap membuatkan aku syak dan akhirnya pasti yang aku ni anak angkat. Tapi aku tak pernah tanya pada ibu bapa angkat sebab tak sampai hati. Ibu bapa angkat tak pernah cerita perkara sebenar pada aku malah tak pernah sekali pun seumur hidup aku berasa diri aku adalah anak angkat. Ibu bapa menjaga dan mendidik aku bagai menatang minyak yang penuh. Aku tak pernah rasa tersisih walaupun aku dah mula tau yang aku adalah anak angkat sahaja. Begitu sempurna ibu bapa angkatku semoga Allah membalas segala jasa dan kebaikan mereka padaku.

Ibu bapa angkatku tiada anak lain. Jadi hanya padaku mereka mencurahkan sepenuh kasih sayang mereka. Ya Allah betapa mulia ibu bapa angkat kurniaanMu ini padaku. Sehingga tahun 2010 kami 3 beranak hidup penuh bahagia bila suatu saat Allah mengambil kembali pinjamannya kepada kami. Bapa pergi menghadapNya akibat serangan jantung. Perasaan aku masa tu hanya Allah yang tahu. Perasaan ibu apatah lagi. Semenjak itu, aku mengambil alih tugas ayah. Menjaga dan cuba membahagiakan ibu walau takkan pernah sama seperti arwah bapa. Beberapa lama juga aku melihat kesedihan dan kepayahan ibu menerima ketiadaan suaminya. Namun dalam usiaku 24tahun ketika itu aku harus kuat memberi semangat pada ibu. Terlalu ingin rasanya melihat ibu sebahagia dulu.

Penghujung Oktober 2012, tiba2 ibu jatuh sakit. Terkejut mendengar perkabaran hospital mengenai penyakit ibuku yang sudah tidak boleh diubati. Keadaan telah kronik. Dan akan menjadi semakin kronik dari hari ke hari. Tapi aku tak mahu ibu patah semangat. Tak pernah aku ceritakan kondisi kesihatannya yang sebenar. Walau aku terkadang patah semangat. Ya Allah sekuat ini dugaan Mu pada kami Ya Allah. Saban hari aku mencari perubatan2 altetnatif lain untuk ibu. Pelbagai usaha dilakukan untuk ibu yang paling aku sayang ini. Sesungguhnya aku tak sanggup melihatnya semakin hari semakin lemah tak berdaya. Sehingga bulan 6 baru2 ini, sekali lagi ibu dimasukkan ke wad hospital. Allah Maha Mengetahui, doktor memberitahu keadaan ibu semakin tenat. Aku tak tahu di mana lagi ingin mengadu. Saban masa aku berdoa semoga Allah terus meminjamkan semangat dan kesihatan yang telah diambil dari ibuku. Ya Allah aku tak sanggup melihat penderitaan ibu.

Kini dah hampir sebulan lebih ibu keluar dari wad hospital. Aku terpaksa berhenti kerja demi menjaga ibu yang sudah tak mampu lagi menguruskan diri sendiri. Kesihatan ibu yang semakin buruk, ingatan ibu yang telah hilang, kudrat ibu yang telah lemah.. Ya Allah kasihani ibuku Ya Allah.. dalam keadaan yang begitu perit kini.. aku kini mengetahui siapa diriku yang sebenar. Yang sesungguhnya pedih untuk aku telan.. tetapi itulah hakikat yang harus aku terima..


Semalam makcikku datang ke rumah dari kampung melawat ibu iaitu kakak sepupu yang dianggapnya seperti kakak kandung. Arwah nenek meninggal selepas melahirkan ibu, bapanya pula kerja di perantauan. Jadi ibu makcikku ini iaitu adik perempuan kepada bapa ibuku yang menjaga ibuku sejak dari bayi. Membuatkan mereka akrab seperti adik beradik.

Melihat keadaan ibu yang semakin tidak berdaya, makcik mula bertanya samada aku mengetahui siapa diri aku yang sebenar. Aku lihat ada air mata yang mengalir di pipi makcik. Dia mula menceritakan siapadiriku sebenarnya. Sesungguhnya pedih hatiku untuk menerima. Tapi dugaan ini telah mematangkan aku. Aku mendengar satu persatu butir kata makcikku dengan hati yang tenang.

Aku sebenarnya adalah anak tidak sah taraf atau anak luar nikah dari seorang wanita kenalan nenek saudaraku. Melihatkan ibu bapa angkatku yang telah lama berkahwin tetapi tidak dikurniakan cahaya mata maka nenek saudaraku membantu mencarikan anak angkat untuk mereka.

Kebetulan wanita muda tersebut ingin melahirkan dan sudah tidak diterima ibunya di kampung. Lelaki yang membuntingkan pun sudah tidak mahu bertanggungjawab. Perbincangan dibuat dan ibu bapa angkatku membayar semua kos hospital dan memberi sedikit wang kepada wanita tersebut. Setelah selesai segalanya, wanita tersebut mengambil keputusan tidak mahu melihat bayinya lagi kerana rasa bersalahnya. Bayi itu pun diberikan kepada ibu bapa angkat. Bayi itulah aku.. dan ibu bapa angkat itulah ibu bapa angkatku kini yang Allah anugerahkan kesempurnaan kepada mereka dalam menjaga dan mendidik aku. Terima kasih Ya Allah..

Makcik menyambung lagi, tentang kisah ibu mempunyai seorang adik lelaki yang masih hidup (2 orang lagi telah meninggal dunia). Adik lelaki sebapa. Aku mengenali seluruh sanak saudara ibu bapa angkatku. Tetapi aku langsung tidak mengenali adik lelaki ibuku sehingga usiaku pada masa itu 20 tahun. Adik lelakinya menghilangkan diri langsung tidak menjenguk kakaknya sendiri sehinggalah satu peristiwa terjadi dan mempertemukan kembali mereka berdua. Mereka kembali berbaik sehingga kini.

Pada pertemuan adik lelaki ibu (aku gelarkan pakcik A) dengan makcik di hospital semasa melawat ibu baru2 ini, dia bertanyakan pada makcikku samada aku mengetahui status diriku yang sebenar. Tentang tanah rumah yang aku diami sekarang. Tentang tanah ibuku yang di kampung. Juga tentang tanah felcra ibu. Adakah sudah tukar nama. Dia juga ada berkata boleh memulangkan aku kembali kepada ibu yang melahirkan aku kerana dia kenal wanita itu jika apa2 terjadi. Katanya dia mahu mengambil rumah yang aku diami sekarang. Ya Allah, sesungguhnya aku benar2 kecewa dengan apa yang aku dengar. Pakcik A yang aku hormati dan sayang rupanya hanya menginginkan harta ibu daripada ibuku kakaknya sendiri. Dia tak pernah lagi datang melawat ibu. Hanya itu sekali.. itupun hanya bertanyakan soal harta.. sedangkan aku diamanahkan arwah bapa dan ibu untuk menjaga dan memiliki rumah ini..
Walau mereka ibu bapa angkat..... sesungguhnya mereka adalah ibu bapa ku di dunia dan akhirat. Allahurabbi.."


Ibu angkat dia meninggal juga akhirnya.  Aku tak tahu apa kesudahan kes dia.  Tapi kesian kat dia.  

Dalam salah satu comment entry atas tu, aku tertarik dengan komen ni :



" TT, bersabar dan tabahlah. kuatkan semangat, dan be brave, apa pun kita perlu jadi cerdik. tak boleh lurus.
bab2 harta ni rose tak leh nak bantu sebab rose kurang arif, maybe kawan2 forum ni tau. kalau x maybe leh tanya jabatan agama or pej tanah dll.

kita senasib TT, rose tau dari kecil lagi tapi parent angkat rose taktau yg rose dh tau. Macam mana rose leh tau, masa kecil2, biasa la budak2, suka memunggah. Rose punggah almari baju, terjumpa kad anak angkat, ada nama rose n bahagian nama bapa angkat, diisi dgn nama ayah angkat rose sekarang. Plus, wajah rose tak sama langsung dgn parent n kakak rose. Rose nye muka ala chinese, so bila keluar dgn mama, org tanya kenapa muka mcm cina, mama mesti coverline ckp "dia ikut ayah dia".. bila keluar dgn Daddy, org tanya soalan yg sama, Daddy pun ckp mcm tu "dia ikut mama dia la"..hahaha

Tapi dari kecil, rose ada mak long yg kurang waras, bila dia naik kebulan ( tak makan ubat la tu), mula la mengarut bukan2. sampai keluar rahsia rose. n kadang2 rose gi beraya dengan kawan2 sekampung kumpul duit raya, ada umah mak cik sorang ni, kenalla dgn Mama n Daddy. tetiba anak dia yg jantan dah besar panjang, boleh tanya mcm ni " eh ni bukan anak orang bela tu ke".. tersentak mak dia, then slumber mak dia ckp " mesti la anak org bela,kalau tak takkan besar sihat"..hihi

Bila rose dah sekolah menengah, skali tu rose g umah akak rose, jiran dia buat open house, geng2 cikgu la ni. tengah syok makan semeja dgn kak n kawan2 dia, one of her friend, leh tanya mcm ni dekat kak rose openly " dia dah tau mak bapak dia yg sebenar".. tersentak semua org. Rose tak ingat apa kak rose ckp sebab rose dah bangun blah dari meja tu. tak kuasa nak memberi muka kat org bernama 'Cikgu" tapi tak pandai.

and kita memang senasib, bila 2006, Daddy pergi meninggalkan kami kerana serangan jantung juga. Masa tu rose baru second year degree. Tengah jawab exam 1st paper masa tu. Kakak rose call. Selepas arwah pergi, rose tangguhkan pengajian 1 semester sebab nak jaga Mama. Kakak pun kadang2 balik, tapi takleh komit sebab kak pun dah ada family.
At last baru2 ni, rose dah nak kahwin, baru mama rose bagitau rose status rose. Tapi rose tak tekejut pun, mama je nangis2 masa cerita.hehe. Memang mama kena bagitau sebab proses nak apply kahwin ni kena ada wali.. Alhamdulillah rose dah dapat wali hakim. Bakal mak mentua pun dah tau, taktau la macam mana dia tau. Biasala org tua2 ni walaupun tak reti fb bagai, network diorang besar sebenarnye.hihi "



Anak aku ni ada adik beradik yang lain.   Memang mereka sudah mula pertikai itu dan ini.  Tapi, since mereka masih kecil, mereka tak ambil pot pun dengan status kakak sulung dia tu.  Tak ada orang pertikaikan pun rupa dia berbeza atau lain-lain...

Masa Kakak kecil,  aku pun alami perkara sama dengan Rose tu.  Orang tanya direct jer pada aku... "ini anak yang bela tu ?"

Adeh ... aku terkedu saja.  Masa tu anak aku kecil lagi.

Lama aku tak balik raya kat kampung sebab benda kat atas tu.  Lepas tu, bila kakak dah besar, aku balik kampung.  Terlupa agaknya, aku jengok lagi orang orang kampung.  Dan pertanyaan tu hadir lagi...

"ini anak yang bela tu ?"... depan Kakak... waktu kakak dah besar panjang.

Hmmm... aku tak tahu apa perasaan kakak.

Aku harap dia tidak la rasa sedih atau apa apa la.

Apa pun, aku dah lalui fasa menerangkan pada dia siapa dia dalam hidup kami.  Kami dah sama sama menangis.  Kami dah sama sama harungi saat sukar tu.  Sekarang ni kami sedang lalui fasa mendidik anak remaja...

Huhuhu... dasyatnya... 

Tak sama dengan perangai kita masa kecik !!!

Mendidik kanak-kanak senang skit.  Mendidik remaja ni, boleh darah kita kekadang turun kekadang naik... tapi... kita kena tahannnnn saja.

Mendidik kanak kanak... darah kita turun naik... kita boleh jer marah mereka suka hati... mereka akan datang peluk kita balik !

Mendidik remaja... kita marah mereka ? Huh !  Susahhhhhh sangat tau !

Adoiii la....

Sedang belajar... banyak kena belajar...








12 comments:

  1. Byk citer nk share ni.. tapi x apalah.. kita jumpa nanti kita sembanb

    ReplyDelete
  2. Banyak dah akak lalui dengan kakak. Harap perjalanan makin mudah dan makin mudah. Budak teenager mmg menduga iman sikit kan, anak sendiri pon sama jek. You did good kak. Akak x bezakan dia dgn anak lain dan akak tak sorok dan halang dia jumpa keluarga betul dia. Bukan semua org leh buat cam tu. Tepuk belakang sikit. Take care kak.

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. Sya bg anak sulung sya kat orang. Satu fmly yg dah ad ank angkat umur 2 tahun msetu.Penantian diorang 2 bulan sahaja.Selesai bersalin surat beranak semua diorang selesaikan. Silap sya tak buat sendiri.Keluar hospital 3 hari kemudian dalam sakit2 g angkat sumpah dan sya hanya berjalan kaki je pusing PKNS shah alam utk selesaikan semua. Sya serah 100% pada diorang . mmg silap besar..Dalam borang pengangkatan tak ada pun syarat utk sya jumpa bby atau apa pun yg berpihak pada sya.
    Selesai semua pada hari yg sama. Diorang hanta sya balik dan sya jalan sendiri naik tangga tingkat 3.Bby sya dapat cium sekali je. Allah..rindunya. Mak angkat bby suka sebut anak luar nikah..mngkin nak sedarkan sya ni pendosa dia dah dtg tolong. mungkinlah..Silap sya tak mintak copy surat beranak bby dan surat pengangkatan..
    Terkilan rsa bila 2 bulan kmudian no yg contact sepanjang mngndung tu dah tak on.4 bulan kmudian not in service.Sedihnya sya..Sya tak mintak banyak. Sya cuma nk tatap gmba bby. Apa dosa sya smp diorang buat sya mcmni.
    Skrang dah 3 tahun berlalu. Sya dah kahwin. Tapi rindu kat bby brcampur baur rasa benci. Benci pada semua yg terlibat. Benci pada semua ibu yg rampas anak2 orang.Tapi suami pesan biar Allah yang balas orang2 mcmtu biasanya tak akan bahagia.Sya redha..tapi sya kecewa.
    Dalam syurga, penghuninya adalah dikalangan orang2 yg bertaubat. Manakala di neraka dipenuhi orang yang sombong.
    Jika dosa sya yg mmbuatkan bby sya disorok, sya redha.Cuma sya nak pesan pada semua, tolong hormati perasaan kami yang berputus nyawa demi melahirkan bby yg seumur hidup dengan kalian mungkin separuh hari je dengan kami.Kami pendosa pun ibu.
    Semoga bby sya bahagia dan gembira. Pada yg aniaya sya,Allah ada.Semoga diberi hidayah. Semoga sya sempat tatap walau dari jauh bby sya..
    Setiap kejadian penuh hikmah. Sya selamt bsalin bby lelaki. Serupa kakaknya. Menitis air mata sya Akhirnya Allah ganti yg serupa. Tetap,rindu itu tak lekang . Hati masih berharap. Doa masih yg trbaik utk bby sya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih kerana berkongsi cerita bagi pihak orang yang memberi anak.

      Sha mesti muda lagi. Biasanya saya bahasakan diri Makcik (dah tua dah... huhuhu)

      Sebenarnya, semuaaaa ibu sayang anak, kan ? Cuma disebabkan sesuatu keadaan, kita terpaksa buat keputusan yang baik pada waktu tu.

      Sebenarnya, sebagai seorang yang menerima anak angkat, perkara yang paling ditakuti adalah jika ibu kandung meminta semula anak tersebut.

      Itu yang paling kami takuti. Sekarang makcik dah melepasi fasa tersebut. Tetapi, pada waktu sedang melaluinya, hanya Tuhan yang tahu perasaan. Kita yang jaga dia dari kecik...

      Makcik bukan kejam untuk menyorok atau menyimpan... tak... tetapi, jika ibu kandung dapat menghubungi... makcik rasa... kemungkinan untuk ambil semula adalah sangat sangat besar.

      Percaya tak, kalau ibu kandung fight untuk ambil semula, dimahkamah, ibu kandung akan dapat first priority ?

      Sebab itu kebanyakkan keluarga angkat akan cuba putuskan hubungan tu, cuba untuk tidak berhubungan. Lagi pun, untuk menghalang anak confius.

      Betul Sha cakap Sha hanya ingin lihat gambar sahaja. Tapi yakinkah Sha yang bila melihat anak yang comel, Sha tidak mahu berjumpa ? Dan yakinkah Sha, jika dah berjumpa, tidak ingin terus memiliki dan terus bersama ?

      Percayalah... makcik ada anak sendiri juga. Sumpah, makcik tahu perasaan ibu kandung nih.

      Doakan saja yang baik baik untuk mereka dari jauh. Kan doa ibu kandung tu paling baik untuk anak ? Sha dibuat begitu bukan sebab dosa, tapi sebab kasih sayang mereka pada anak Sha.

      Semoga Sha dapat berjumpa dengan anak nanti. Insya-Allah...

      Delete
    2. Semasa kecil, dalam usia lebih kurang 3 tahun anak angkat, makcik melahirkan anak sendiri. Ibu anak angkat (kakak makcik), datang dan request untuk ambil semula. Walaupun makcik ada anak sendiri, makcik sayang anak makcik macam anak sendiri. Makcik tak halang kalau kakak nak ambil, tapi makcik menangis tak berhenti.

      Tapi, sebab dia kakak makcik, jadi, mungkin dia tak sampai hati melihat adik dia menangis. Jadi, dia tak jadi ambil.

      Sesi tarik tolak ini tidak berhenti di situ. Bertahun tahun kami alami masalah ni.

      Kami tidak mahu cakap, 'AMBIL LA SEMULA', sebab anak makcik punya jiwa, punya perasaan. Makcik ambil bukan niat nak pinjam macam kereta.

      Kami hanya diam... kami tidak menghalang dan tidak juga menyuruh. Hanya air mata jer... hehehe...

      Semoga ibu angkat anak Sha juga baik, dan sayangggg anak Sha seperti anak kandung.

      Jika Sha mampu, boleh saja menulis surat/blog menyatakan kasih sayang Sha pada dia... meluahkan rasa sayang dan impian apa yang Sha nak buat pada dia. One day, jika Sha jumpa dia, Sha bagi dia baca...

      Itu saja cadangan makcik. Supaya, one day, dia tahu yang Sha tidak pernah lupakan dia...


      Delete
    3. Sya tahu..takut kena ambil balik tapi lawyer sendiri kata bila dah ada hitam putih tak akan dapat semula kalau nak pun memakan duit yg banyak dan masa. Sya tak kejam lagi nak merampas hak orang. Sya dah rasa bila dirampas apalagi nak aniaya orang. Yang sya rasa percaya, kata2 diorang seolah2 mahu terus berhubung.Anak sulung kan mmg sya xde pengalaman nak dukung bby pun tak reti. Tapi mak angkat bby tu asyik menyalahkan sya dlm setiap kejadian smp tergamak ckp depan sya tanpa dia tentu bby kat longkang. Bby muka merah2 mesti sya cuba gugurkan. Walhal setiap kepayahan sya sepanjang 9 bulan langsng dia tak pernah tahu pun.Doa2 dalam sakit bersalin sya sendiri google. Cara diorang yg datang seprti sahabat dan pergi seperti musuh yg buat sya marah dan benci. Lari dari sya yg buat rasa terkilan. Kenapa perlu berkata manis sedangkan bila orang2 yg terlibat tiada, diorang tunjuk taring.Depan orang2 tengah berjanji itu ini .Tapi, semuanya makin jelas bila selesai bersalin org tngah tak datang dan biarkan kami selesaikan document pengangkatan. Jangankan org tengah nak temankan sya, tambah pula pesanan jangan mungkir janji dan bersalin nanti jangan nak mngada2 sakit itu ini. katanya bersalin ank luar nikah tak sakit mana. Fitnah belaka..sya uri lekat smp doktor trpaksa bius tido sbb 10 jam susah nak bersalin. Mmg betul orang kata, sekali kita buat silap 100 kebaikan terpadam.
      Sya seorang pendosa, Sya sedar diri sya teruk sebab tu sya bg diorang buat semuanya. Sedar diri sya hina dan perlu pertolongan sya tak minta apa pada diorang.. Sya berlapar xde duit tak lngsung sya minta2.
      Itulah yang jadikan sikit2 rasa benci tu timbul pada diorang. Jangankan bagitahu cara berpantang sendiri, susu berbotol2 pam terbuang lebih setahun membeku. walhal dia pernah kata nanti nak datang ambil stok walaupn sikit.Sya kena halau dari rumah sewa pun sebab mulut2 hina dan perlekeh sya. Duit yg mak angkat bby bagi lepas bersalin beribu sampai habis orang rumah sewa guna alasan dah bagi tumpang tolong cover sya.Tak perlu sya beriya2 kata sya diperdaya,sya yakin xda yg mahu ambil tahu kehidupan sya selepas bersalin sedangkan mngandung sendirian banyak perli dan hina dari sokongan.
      Nak ambil bby semula dalam angan sajalah. Sya banyak dengar cerita bila anak dah besar nanti Kasih tu mmg dah x mcm anak2 yg kita jaga dari bby.Seorang anak jadi baik atau jahat atas cara didikkan bukan keturunan semata². Biarlah Allah balas segalanya. Dia lebih tahu apa yg terbaik. Sya redha.. Biarlah bby sya tu tengok tanah kubur sya je. Dia lebih sakit hati bila tahu status dia nnti. Mmg sya tak perlu wujud dalam hidup dia lagi kalau menambah duka dia. Ada anak2 sya dengan suami pun tak tahu mampu didik sebaik manusia atau pun jadi sehina sya juga. Sya serah segalanya pada Allah.
      Lagi pula ibu boleh jaga 10 anak, tapi belum tentu 10 anak mampu jaga seorang ibu. Lebih baik sya tiada dalam kehidupan dia kan.

      Delete
    4. Maaf, makcik bercuti seminggu. Baru bukak semula blog. Simpati dengan nasib sha.

      Insya-Allah, jika Allah nak temukan, suatu hari nanti anak cari sendiri. Doakan waktu itu akan tiba.

      Sementara itu, selalu lah doa yang baik baik dan maafkan mereka yang menyakiti hati.

      Kita buat begitu (maafkan dan mendoakan orang) akan membuat hati kita tenang dan tiada dendam.

      Jika anak kita membesar dengan baik, syukur sahaja. Pelan pelan cari maklumat mereka. Jangan push diri sendiri. Just cari sesekali dalam FB.

      Zaman sekarang ni, semua mudah dihujung jari sahaja.

      Jika boleh, ceritakan dalam satu entry tentang kelahiran dia (tempat dan nama orang tengah atau nama sendiri)

      Suatu hari nanti, jika dia search, dia akan jumpa maklumat Sha dan memudahkan dia cari.

      Kita doakan yang baik baik saja yer...

      Oh ya... bila besar nanti, anak yang kita bela dari kecik, kekadang lebih sayangkan ibu dia dari kita... jangan risau. Kasih itu akan hadir sebab adanya hubungan darah tu... dengan syarat, kita kena ada belas ehsan... jangan membenci parent yang jaga dia dari kecik. Jangan jadikan parent yang jaga dia dari kecik sebagai musuh.

      Jika kita jadikan parent dia masa kecik sebagai musuh (benci dia dan tiada kasih), bimbang jika buat dia serba salah.

      Kesian kat anak... kan ? Biarlah ada orang yang sayang dia ramai ramai...

      Makcik selalu tanam dalam fikiran anak sulung makcik begitu.

      Jangan pernah benci/marah/dendam pada mak kandung. Dia beri KAKAK pada mama bukan sebab dia tak suka KAKAK, tapi sebab mak sayang adik dia.

      Jika mereka (adik beradik kandung bergaduh), makcik selalu nasihat, suruh berbaik semula... pegi minta maaf...

      Jika adik beradik dia membenci mama (kerana ambil adik dia), jangan marah mereka...

      Isk... macam macam la...

      Kita sebagai yang ambil anak orang ni sangat serba salah kerana kita perlu jaga banyak hati juga... hehehe... termasuk hati kita...

      Semoga anak anak kita baik baik saja...

      Delete
  5. As Salam..
    Kami suami isteri ingin mencari anak angkat perempuan yang berumur 1 tahun dan ke atas.. Lokasi Perak. Saguhati akan diberikan. Saya bekerja sebagai guru... Boleh terus wass app saya, 01152841565.

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum sy ina dari Temerloh mencari Anak Angkat👇

    -Area Pahang
    -Warganegara
    -Newborn/bwh umur setahun
    -X kisah taraf or jantina
    -X kan putuskan hubungan
    -Bersalin GOV
    -Sagu hati seikhlas hati

    Insyaallah baby akan akan dijaga sebaik-baiknya cukup makan minum serta ilmu agama.Jika ada yg ikhlas nk beri bleh wasap sy 0199775619

    ReplyDelete