Search This Blog

Sunday, March 29, 2015

Wet Kitchen kami... dan hobi baru...

Lama dah terbengkalai dapur basah tu... sebab benar benar basah bila tukang lama tinggalkan dalam keadaan bumbung bocor... hahahaha...

Ini gambar sebelum.  Tengok la siling tu.

Gambar selepas.  Kabinet tu dibuang sebab terlalu hampir dengan dapur masak.  Nanti lepas ni Tok Su akan masak area sini la.  

Sebelum.  Abaikan segala sepah sepah...

Selepas...  kabinet di pindahkan ke sini.  Entah la sesuai atau tidak... hantam sajalah labu...


Baju pun tak basuh lagi... adoiii la...


Aku dalam proses nak menukar susun atur kabinet supaya lebih ceria dan juga tak serabut dengan macam macam perkakas atas tu.

Sejak join deko deko dalam FB ni, aku semakin rasa malu jer tengok rumah aku tu.  

Tapi tak apa la... ingat nak deco deco sendiri... jadi aku tukar minat aku yang sebelum ini suka amik gambar kepada suka bertukang pula.

Minat berkebun masih diteruskan...

Nanti aku akan share aktiviti bertukang aku tu yer...

Sebelum tu... nah share power tools yang aku beli ari tu demi nak memenuhi minat aku...

Semua barang ni sebelum GST harganya RM725.00

Ini detail harga lebih kurang... 







Sunday, March 22, 2015

Cerita yang buat aku selalu hargai anak anak...

Orang selalu suruh marah anak dan itu ini... aku kekadang marah la... tapi selalu ada terbit penyesalan dalam diri aku.  Kekadang aku keraskan saja hati dalam membentuk diri mereka.  Bila melibatkan proses mereka membesar, aku cuba sabarkan diri aku...

Anak kita kan tak selamanya kecil ? 

Haritu, hubby marah Adik Mie yang bergurau dengan dia... adik Mie menyembur air pada abahnya. Air sejuk diwaktu panas menyebabkan kejutan pada abah dia dan secara spontan terus marahkan anak dengan wajah bengis dan tengkingan yang kuat.

Adik Mie, tersenyum menyembunyikan ketakutan... dan menjauh serta meletakkan penyembur dengan perlahan.  Dia duduk di sofa dan melihat TV dengan diam.

Aku melihat, terasa sangat kesian, tetapi aku buat tak tahu sahaja.  Aku biarkan supaya Adik Mie tak rasa sedih kalau aku pujuk atau mengamuk pula kalau dia diketawakan.  Anak yang lain terdiam.

Selepas seketika, aku dengar hubby memanggil dengan lembut adik Mie, menyuruhnya mandi berkali kali... dan bercakap itu ini dengan adik Mie.

Ahhh... bukan aku tak tahu... tentu dia rasa bersalah...

Kan ?

Gitu lah kami...

Entah kenapa tah.  Agaknya orang lain tu boleh saja pejam mata kot  dan keraskan hati ?

Kekadang anak pecahkan pinggan... aku tak marah pun.  Aku suruh mereka menjauh sebab lebih bimbangkan keselamatan mereka.  Pinggan yang pecah tu berapa sen sangat..... oh... sebab tu aku tak set beli pinggan mahal...  Ini pun baru jer aku pakai pinggan gelas kaca... sebelum ni semua melamin jer...

Kekadang anak conteng dinding... hmmmm... memang la marah sebab cat beribu... Tapi ? Hmmm... dah marah pelan... contengggg jugak...  Nak pukul tak gamak tengok mata mereka yang rasa tak bersalah... yang rasa contengan mereka tu satu kretiviti yang cantik... yang bulat... yang katanya itu kereta... atau itu gambar mama... dah macam macam la...

Macam mana nak pukul ?  Nak marah ?

Sofa katil patah ? Huhuhu...  suka melompat ?  Adoiiii la...  sekali aku larang... berenti... lepas tu buat lagi.

Bior jer la...

Now, anak dah besar dah.  Dah tak melompat katil dah... sebab aritu kami sama sama pakukan katil serta buat semula papan lantai katil.  Mereka seronok saja buat lantai katil sama sama... memaku sama sama dengan aku.  DIY katakan !

Ahhh.... hidup jer la... bior jer la apa orang nak kata... kan ?

Lain orang, lain ragamnya.  Begitu susah kami menanti mereka lahir ke dunia... jadi tak salah kami sayang permata hati kami tu dengan begitu caranya.  


BACALAH... ianya tetap menitiskan air mata aku biarpun berkali aku baca ini...


......

Kereta dihentikan betul-betul di hadapan rumah. Pintu pagar automatiknya terbuka. Perlahan kereta dihalakan ke dalam garaj.

“Horey! Papa balik!” Kelihatan anak-anaknya berlari mengiringi keretanya.

“Tepi! Bahaya tau tak?” Jeritnya.

Anak-anak termanggu. Cahaya kegembiraan di wajah mereka pudar.

“Aimin bawa adik ke belakang.” Arahnya pada anak yang sulong.

Pulangnya petang itu disambut dingin oleh anak-anak. Isterinya turut terdiam bila mendengar anak-anak mengadu tentang papa mereka.

“Papa penat. Aimin bawa adik mandi dulu. Mama siapkan minum petang. Lepas minum papa mesti nak main bola dengan kita,” pujuk Laila.

Dia yang mendengar di ruang tamu hanya mendengus. Seketika kemudian terdengar hilai tawa anak-anaknya di bilik mandi. Dia bangun.

“Hah! Main air. Bil bulan ini papa kena bayar dekat seratus. Cepat! Tutup paip tu! Buka shower!” Sergahnya. Suara yang bergema mematikan tawa anak-anaknya.

“Asal saya balik rumah mesti bersepah. Kain baju berselerak. Apa awak makan tidur aje ke duduk rumah?” sambungnya kembali bila isterinya terpacul di belakang pintu.

“Anak-anak pa. Diorang yang main tu. Takpe nanti mama kemas. Papa minum ye. Mama dah siapkan kat taman.” Balas isterinya lembut.

“Fail saya kat depan tu mana?”

“Mama letak dalam bilik. Takut budak-budak alihkan.”

“Boleh tak awak jangan usik barang-barang saya? Susah tau tak? Fail tu patutnya saya bawa meeting tengahari tadi.” Rungutnya sekalipun di hati kecil mengakui kebenaran kata-kata isterinya itu.

Suasana sepi kembali. Dia menarik nafas berat. Terasa begitu jauh berbeza. Dia tercari-cari riuh suara anak-anak dan wajah isterinya. “Laila” Keluhnya Akhirnya dia terlena di sofa.

“Saya nak ke out station minggu depan.”

“Lama?” Soal Laila.

“Dalam seminggu.”

“Cuti sekolah pun lama. Mama ikut boleh?”

“Budak-budak? “

“Ikut jugalah.”

“Dah! Takde! Takde! Susah nanti. Macam-macam diorang buat kat sana . Tengok masa kat Legacy dulu tu..”

“Masa tu Amirul kecik lagi.” Balas Laila.

Wajahnya sayu. Dia masih berusaha memujuk biarpun dia tahu suaminya tak mungkin berganjak dari keputusan yang dibuat. Tak mungkin peristiwa Amirul terpecahkan pinggan di hotel dulu berulang. Anak itu masih kecil benar sewaktu ia berlaku. Lagipun apa sangatlah harganya pinggan itu malahan pihak hotel pun tak minta ganti rugi.

” Bolehlah Pa ! Lama sangat kita tak ke mana-mana.”

“Nak jalan sangat Sabtu ni saya hantar awak balik kampung,” Muktamad!

Demikianlah seperti kata-katanya. Anak-anak dan isterinya dihantar ke kampung. Laila tak merungut apa-apa meskipun dia tahu isterinya berkecil hati. Anak-anak terlompat riang sebaik kereta berhenti di pengkarangan rumah nenek mereka. Tak sampai setengah jam dia telah bergegas semula untuk pulang. Bapa mertuanya membekalkan sebuah kitab lama.

“Cuba-cubalah baca. Kitab tu pun abah ambil dari masjid. Dari mereka bakar abah ambik bagi kamu!”
“Manalah saya ada masa..”

“Takpe..pegang dulu. Kalau tak suka pulangkan balik!” Dia tersentak dari khayalannya.

“Kalau tak suka pulangkan balik!” Kata-kata itu bergema di fikirannya. Dia rasa tersindir.

Tahukah bapa mertuanya masalah yang melanda rumahtangganya itu? Bukan..bukan tak suka malah dia tetap sayang sekalipun Laila bukan pilihannya. Dunia akhirat Laila adalah isterinya. Cuma..

“Mizi, makan!” Panggil ibunya yang datang menemaninya sejak seminggu lalu. “Jangan ikutkan hati. Yang sudah tu sudahlah.”

“Papa! Makan!” Jerit Aiman ,anak keduanya sambil tersengih-sengih mendapatkan dirinya.

“Tak boleh panggil papa elok-elok. Ingat papa ni pekak ke?”

Aiman menggaru kepalanya yang tak gatal. Pelik! Kenapa papanya tiba-tiba saja marah. Dia berpatah semula ke dapur.

“Awak masak apa?”

“Mama masak sup tulang dengan sambal udang!” jawab Amirul memotong sebelum sempat mamanya membuka mulut.

“Takde benda lain ke awak boleh masak? Dah saya tak nak makan. Hilang selera!”

“Papa nak ke mana?” Soal isterinya perlahan.

“Keluar!”

“Mama dah masak Pa!”

“Awak saja makan!”

“Takpe Aiman boleh habiskan. Cepatlah ma!”

Laila tahu Aiman hanya memujuk. Anak keduanya itu sudah pandai mengambil hatinya. Aimin tersandar di kerusi makan. Sekadar memerhati langkah papanya keluar dari ruang makan.

“Kenapa sekarang ni papa selalu marah-marah ma?” Soal Aimin sambil menarik pinggannya yang telah berisi nasi.

“Papa banyak kerja agaknya. Dah! Makan.”

“Abang tak suka tengok papa marah-marah. .”

“Adik pun sama. Bila papa marah muka dia macam gorilla kan ?”

Kata-kata Aiman disambut tawa oleh abang-abangnya yang lain. Laila menjeling. Di hati kecilnya turut terguris.Besar sangatkah dosanya hingga menjamah nasi pun tidak. Kalau ada pun salahnya, apa?

Syamizi menjengah ke ruang dapur. Kosong.

“Laila..” serunya

“Sudahlah tu Mizi! Jangan diingat-ingat. Kerja Tuhan ni tak dapat kita tolak-tolak. Bawak-bawaklah beristighfar. Kalau terus macam ni sakit kau nanti.” Kata ibunya yang muncul tiba-tiba.

“Sunyi pulak rumah ni mak,”

“Lama-lama kau biasalah.”

Airmatanya menitis laju. “Kalau tak suka pulangkan!” Dia rasa terhukum. Hampir segenap saat kata-kata itu bergema di sekitarnya. Dia rasa terluka. Kehilangan yang amat sangat.

“Papa beli apa untuk Aiman?” Soal Aiman sebaik dia pulang dari outstationnya.

“Beli apa pulak? Barang permainan kan bersepah dalam bilik belakang tu.”

“Tak ada lah?”

“Ingat papa ni cop duit?”

Aiman termangu. Dia berlalu mencari mamanya di dapur. Seketika kemudian rumah kembali riuh dengan telatah anak-anak lelakinya yang bertiga itu mengiringi mama mereka yang sedang menatang dulang berisi hidangan minum petang.

Wajah Laila direnungnya. Ada kelainan pada raut itu. Riaknya tenang tapi ada sesuatu yang sukar ditafsirkannya.

“Awak tak sihat ke?”

Laila tersenyum. Tangannya pantas menuang air ke cawan.

“Papa, tak lama lagi abang dapat adik lagi.” Aimin mencelah di antara perbualan kedua ibu bapanya.

Shamizi tersenyum. Jemari isterinya digenggam erat. Tiba-tiba cawan berisi kopi yang masih panas terjatuh dan pecah di lantai. Aiman tercegat.

“Tengok! Ada saja yang kamu buat. Cuba duduk baik-baik. Kalau air tu tak tumpah tak sah!” Tempiknya membuatkan anak itu tertunduk ketakutan. Baju mamanya dipegang kejap.

Lengan Aiman dipegangnya kuat hingga anak kecil itu mula menangis. Pantas saja akhbar di tangannya hinggap ke kepala anaknya itu. Laila cuba menghalang tapi dia pantas dulu menolak isterinya ke tepi. Aiman di pukul lagi. Amirul menangis. Aimin mendapatkan mamanya.

“Perangai macam beruk! Tak pernah buat orang senang!”

Laila bangun dari jatuhnya dan menarik lembut Aiman ke dalam pelukkannya. Airmata mereka bersatu. Pilu sungguh hatinya melihat kekasaran suaminya terhadap anak-anak.

“Cukuplah pa. Papa dah hukum pun dia tapi janganlah sebut yang bukan-bukan. ” Ujar Laila perlahan

“Macamana awak didik budak-budak sampai macam ni teruk perangainya? Tengok anak orang lain ada macam ni? Anak kak Long tu tak pulak macam ni. Panjat sana , kecah barang. Gila apa?” Omelnya kembali.

Shamizi meraut wajah. Bukan kepalang salahnya pada Aiman. Padanya anak itu tak pernah dapat memuaskan hatinya. Ada saja salah Aiman di matanya. Ada saja yang kurang di hatinya terhadap anak-anak dan isteri. Tak cukup dengan perbuatan malah dia begitu mudah melemparkan kata-kata yang bukan-bukan terhadap mereka.

“Tak boleh ke kamu semua senyap? Dalam sehari ni boleh tak diam? Rimas betul duduk dalam rumah ni.”

Laila menyuruh anak-anaknya bermain di halaman belakang rumah. Memberi sedikit ruang buat suaminya menonton dengan tenang.

Malangnya tak lama kemudian kedengaran bunyi tingkap kaca pecah.

“Celaka betul!” Sumpahnya sambil menghempaskan akhbar ke meja.

“Abang!”

“Baik awak tengok anak-anak awak tu sebelum saya hambat dengan rotan! Perangai satu-satu macam tak siuman!” Getusnya kasar.

Akhirnya tingkap yang pecah kembali diganti. Cerita sumpah seranahnya petang itu hilang begitu saja. Laila berubah. Sikapnya yang pendiam menjadi semakin pendiam. Anak-anak juga sedikit menjauh. Tak ada lagi cerita Amirul di tadika. Tak ada lagi kisah Aimin yang cemerlang di dalam sukan sekolahnya. Aiman juga tak lagi mahu memanggilnya makan.

Shamizi terasa puas hati. Barangkali itu saja caranya untuk memberi sedikit pengajaran pada anak-anak.

“Pak Ngah, Eddie nak balik!” Shamizi terpana. Dia mengangguk.

“Kak Long balik dulu Mizi. Sudahlah! Kamu muda lagi. Cari pengganti.”

Alangkah mudahnya. Kalaulah dia boleh bertemu lagi yang serupa seperti Laila. Laila tak ada yang kurang Cuma dia yang tak pernah puas hati. Laila tak pernah merungut. Laila tak pernah membantah. Sepanjang usia perkahwinan mereka Laila tak pernah meminta lebih dari apa yang dia beri. Laila cuma dapat gred B walaupun dia teramat layak untuk mendapat gred yang lebih baik dari A.

“Laila”

“Papa nak ke mana hensem-hensem gini?” Dia tersenyum sambil menjeling ke cermin meninjau bayang isterinya yang kian sarat. “Wangi-wangi lagi. Dating ye?”

“Saya ada makan malam di rumah bos besar. Dia buat makan-makan untuk staff.” Ujarnya masih leka membetulkan kolar kemeja batiknya.

“Ikut boleh?”

“Dia tak ajak family. Staff only!” Terangnya sedangkan difikirannya terfikir lain. Kali ni dia akan pergi ke jamuan tu dengan Helmi. Helmi akan turut menumpangkan Maria dan Harlina. Staff yang masih muda dan bujang.

“Dalam setahun papa selalu ke jamuan office tapi tak pernah pun bawak kami.”

“Leceh kalau ada budak-budak. Bukan tau duduk diam Lari sana sini, panjat itu ini. “

“Papa pesanlah..”

“Nantilah besar sikit.” Dalihnya.

“Kalau tunggu besar takut takde peluang. Nanti diorang tu dah tak nak ikut pergi mana pun.”

“Lagi senang. Saya kalau lasak-lasak ni buat hati panas je,”

Laila terdiam. “Namanya budak-budak. Anak-anak papa tu lelaki.”

“Saya pergi kejap je. Lepas tu terus balik.”

“Mama tanya sikit boleh?” Dia mengangguk

“Bos tak pelawa atau papa malu nak bawa mama dan anak-anak?”

Mereka dia tinggalkan di rumah. Di jamuan tu ramai staff yang membawa keluarga mereka bersama. Pada Shamizi dia mahukan keselesaan sedangkan hakikatnya anak-anak staff yang lain lebih lasak dan nakal. Semeja hidangan untuk anak-anak staff berderai bila ada yang bermain tarik-tarik alas kainnya.

“Never mind. Budak-budak memang macam tu. Kalau tak lasak tak cerdik,” ujar Mr. Kwai, tuan rumah.

Shamizi sedikit mengakui kebenaran kata-kata itu. Anak-anaknya pun nakal tapi amat membanggakan dalam pelajaran. Namun dia rasa serba tak kena bila bersama mereka. Bimbang ada yang menyata yang bukan-bukan tentang anak-anaknya yang lasak apatah lagi tentang isterinya Laila. Bimbang dimalukan dengan perangai anak-anaknya. Bimbang jika dikatakan Laila tidak sepadan dengan dirinya. Dia lulusan luar negara sedang Laila cuma perempuan kampung. Tak pandai bergaya seperti staff wanita yang lain. Betullah jangkaan Laila, dia malu untuk memperkenalkan isteri dan anak-anaknya pada rakan-rakan.

“Kalau tak suka pulangkan!” Kata-kata itu semakin keras di fikirannya.

Pagi itu anak-anak sekali lagi dimaki sebelum ke sekolah. Semata-mata bila Aimin dan Aiman bergelut berebutkan tempat duduk di meja makan menyebabkan air cuci tangan tumpah ke meja. Berangnya tiba-tiba menguasai diri. Kepala kedua-duanya dilagakan sedangkan perebutan itu tidak pula disusuli dengan perkelahian.

“Kamu semua ni..kalau macam ni daripada ada elok tak ada. Menyusahkan! ” Laila merenungnya dalam.

Matanya berkaca dan anak-anak ke sekolah tanpa menyalaminya seperti selalu. Laila juga tidak berkata apa-apa sebelum menghidupkan enjin untuk menghantar anak-anak ke sekolah. Shamizi dapat melihat Laila mengesat airmatanya. Dia terus menghadapi sarapannya. Sejenak dia terpandang hidangan untuk anak-anak yang tak bersentuh. Susu masih penuh di cawan. Roti telur yang menjadi kesukaan anak-anak juga tidak dijamah. Bekal di dalam bekas tidak diambil. Pelik! Selama ini Laila tak pernah lupa..

“Kalau tak suka pulangkan,”

Kali ini dia benar-benar menangis. Laila dan anak-anak terus tak pulang selepas pagi itu. Hari-harinya tak lagi diganggu dengan gelagat anak-anak. Rumah terus sunyi dan sepi. Tetap dia tak dapat tidur dengan lena. Di halaman belakang hanya ada kenangan. Kelibat anak-anaknya bergumpal dan berlari mengejar bola tak lagi kelihatan. Riuh anak-anak bila mandi di bilik air juga tidak lagi kedengaran. Dia mula dihambat rindu. Hanya ada kesunyian di mana-mana. Hanya tinggal bola yang terselit di rumpun bunga.

Selaut rindu mula menghambat pantai hatinya. Laila.
Benarlah, kita hanya tahu harganya bila kita kehilangannya.
Laila terus tak pulang sekalipun dia berjanji untuk berubah.

Laila pergi membawa anak-anaknya pagi itu bila kereta mereka dirempuh sebuah kereta lain yang dipandu laju. Laila pergi tanpa meninggalkan satu pun untuknya. Laila pergi membawa Aimin, Aiman, Amirul dan zuriat yang bakal dilahirkan dua bulan lagi..

Dia menangis semahu-mahunya bila menatap wajah lesi anak-anak dan isterinya. Dia meraung memeluk tubuh Laila yang berlumuran darah. Hakikatnya Laila adalah kitab lama itu, lapuk bagaimana pun dipandangan harganya tak terbanding, dan kerana keengganannya Laila dipulangkan...

Monday, March 9, 2015

Asingkan bilik anak dan deco...

Sepanjang cuti dua hari ini, sepatutnya aku merajuk.  Tapi aku salurkan rasa merajuk aku dengan mengisi masa mengubah kedudukan perabut dalam rumah.

Nak beli perabut baru pun sedang berkira kira.  Duit belum ada banyak lagi.  Dah banyak nanti baru kita kira semula.  Now, sibuk survey barang.



Aku ubah kabinet ni ke ruang tamu semula.  Dulu aku tak letak sini masa anak kecik sebab mereka suka naik atas tu.  Bahaya... takut jatuh mereka dan TV juga.  Kabinet tu juga tercabut pintu sebab mereka rosakkan.  

Memang trill la jaga anak anak kecik nih.  Si Najmi (model tak berbaju tu) pun pernah hilang dalam kabinet nih.  Kami cari cari tak jumpa.  Last last tengok ada dalam kabinet ni berpeluh peluh.  Masa tu rasanya dia tak boleh jalan lagi kot... bermain dangan Amalia.  Adoiii la.

Lepas tu jenuh maid aku ikat semua kabinet.  Selain daripada utk keselamatan, juga kerana mereka suka ambil barang dalam kabinet dan sepahkan...

Now, mereka dah besar.  Nak mula la cantikkan rumah... tapi duit plak tak cantik... hahaha...

Model yang atas tadi siap berbaring pura pura tidor.  Bilik ini selepas aku pindahkan katil kakak.  Aku jadikan bilik boys.  Kaler tema biru.  Tetapi, now kalernya sedikit gelap.

Mungkin akan dicat kombinasi kaler putih + biru kot lepas ni.

Sedang mencari jalan nak barukan semula kabinet nih.  Berat gilos kabinet ni.  Aku angkat berdua jer dengan Najmi.  

Lepas tu aku sakit balik... sakit perempuan bila angkat berat... huhuhu...

Ini juga aku buat selepas cari jalan nak letak hp tu tak ada.  Aku pindahkan katil kami jauh skit dari plug.  Jadi tak ada tempat nak letak hp.  Ada idea gini dalam internet... terus aku tiru... hehehe...


Penat penat aku angkat almari, kabinet dan katil... nak rehat sekejap tengah hari tu, hubby pun balik dari outstation ke Penang.  Terus dia berleter itu ini... 

Uwaaa... stressnya dapat somi kaki berleter !




Wednesday, March 4, 2015

DIY - sambungan kabel wayer

Sambungan dari  http://norizawani.blogspot.com/2015/02/diy.html



Bila dah buat aritu, sambung lagi panjang tuk ke lampu... menyebabkan sambungan dari lubang lubang kecik tu nak tercabut dan tercabut pun satu.

Aku ambil keputusan utk buat semula.

Aku ikat simpul dalam tu... dan cucuk semula wire wire berbesi tu dalam lubang kecik kecik tu.  Tapiiii... aku lupa kat mana nak cucuk.

Hahaha... sudahnya terus blackout satu bahagian rumah kami.

Tak apa... pengajaran yer.  Nak DIY ni kena try and error...

Refer semula ke http://hussinmamathardware.blogspot.com/2011/03/cara-membuat-penyambung-wayar-wire.html

Untuk pengetahuan, kat lubang lubang tu ada label kecik.  Kena jegil skit mana utk lihat.  Aku pun tak nampak awal awalnya.

Ada tulis N ... maksudnya kena letak wire warna Biru

Ada tulis L ... maksudnya kena letak wire merah/coklat

Ada image macam laut ker apa tah ... maksudnya kena letak wire bumi... kaler hijau


Jadi... selamat berjaya !!!!

Kalau tak berjaya... try ubah lagi yer...  Kalau terpadam lampu tu dan black out... pegi jer kat papan switch, tolak ke atas semula mana mana switch yang ter OFF tadi...

Kalau ada siapa tahu apa maksud N, L dan tanda macam air laut tu, boleh la share !

Updated :
-----------

L - Live... wire warna merah/coklat
N - Neutral... wire warna biru
E - Earth ... bumi... wire warna hijau.


Gitu la yer....

Tuesday, March 3, 2015

DCCK orang... anak angkat...

Tadi, Kak Ani cari aku melalui adik beradik aku.  Bila aku call, rupanya dia nak maklumat Kakak (Aina).  

Dia nak no IC dan juga alamat sekolah.

Jadi, untuk memudahkan mereka kemudian hari, terus aku berikan salinan IC.

Dan aku juga terangkan pada mereka mengenai nama Aina yang tidak ditukar lagi ke binti bapanya sebenar.

Aku tanya la gugel berkaitan dengan kes aku nih... apa kesannya.  Memang hukumnya haram kalau berbinti/bin bapa angkat.  Tapi kami tak letak 'binti' pun nama dia.  Dan waktu nak daftar tu, pegawai situ cakap boleh letak nama berangkai.

Bila kakak dah besar, sebelum nak buat IC, aku jumpa pegawai yang sama, sebab nak ikut hukum, nak tukar nama.  3 kali aku terpaksa ambil cuti untuk uruskan hal ini.  Marah marah dah hubby.  Tapi banyak sangat karenahnya.  Kali pertama ambil borang... tanya itu ini.  Lepas tu kali kedua nak kena buat surat sumpah.  Lepas tu kena betulkan ayat... lepas tu nak kena bukti salinan surat beranak asal.

Isk isk isk... 

Last last, kakak cakap dia nak nama dia dikekalkan...

Hmmm....  Aku ceritakan pada dia... hal ini.  Aku cakap juga pada pegawai JPN tu... dia kata, aku bukan tukar nama bapa dulu dan aku tak menasabkan anak pada kami.  Hukum menasabkan tu haram.  Kami memang ada surat pengangkatan.  Surat itu memang ganti surat beranak asal dia.  Memang terang terang surat tu tulis SURAT PENGANGKATAN.

Jadi, tiada niat nak sorok identiti dia atau apa apa la...

Apa apa pun... hukum mengatakan... jika kita tersilap... kita tak berdosa... jadi, jangan hukum aku tanpa tahu hujung pangkal yer !

Masa aku cari gugel, dapat la link ni... 

http://mforum.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&action=printable&tid=741772

Menitis air mata aku membaca...

"Aku dah lama tau bahawa aku adalah anak angkat sejak aku berada dalam sekolah menengah lagi. Bukan dari mulut ibu bapa angkatku tapi dari mulut saudara2 di kampung yang terkadang terlepas cakap membuatkan aku syak dan akhirnya pasti yang aku ni anak angkat. Tapi aku tak pernah tanya pada ibu bapa angkat sebab tak sampai hati. Ibu bapa angkat tak pernah cerita perkara sebenar pada aku malah tak pernah sekali pun seumur hidup aku berasa diri aku adalah anak angkat. Ibu bapa menjaga dan mendidik aku bagai menatang minyak yang penuh. Aku tak pernah rasa tersisih walaupun aku dah mula tau yang aku adalah anak angkat sahaja. Begitu sempurna ibu bapa angkatku semoga Allah membalas segala jasa dan kebaikan mereka padaku.

Ibu bapa angkatku tiada anak lain. Jadi hanya padaku mereka mencurahkan sepenuh kasih sayang mereka. Ya Allah betapa mulia ibu bapa angkat kurniaanMu ini padaku. Sehingga tahun 2010 kami 3 beranak hidup penuh bahagia bila suatu saat Allah mengambil kembali pinjamannya kepada kami. Bapa pergi menghadapNya akibat serangan jantung. Perasaan aku masa tu hanya Allah yang tahu. Perasaan ibu apatah lagi. Semenjak itu, aku mengambil alih tugas ayah. Menjaga dan cuba membahagiakan ibu walau takkan pernah sama seperti arwah bapa. Beberapa lama juga aku melihat kesedihan dan kepayahan ibu menerima ketiadaan suaminya. Namun dalam usiaku 24tahun ketika itu aku harus kuat memberi semangat pada ibu. Terlalu ingin rasanya melihat ibu sebahagia dulu.

Penghujung Oktober 2012, tiba2 ibu jatuh sakit. Terkejut mendengar perkabaran hospital mengenai penyakit ibuku yang sudah tidak boleh diubati. Keadaan telah kronik. Dan akan menjadi semakin kronik dari hari ke hari. Tapi aku tak mahu ibu patah semangat. Tak pernah aku ceritakan kondisi kesihatannya yang sebenar. Walau aku terkadang patah semangat. Ya Allah sekuat ini dugaan Mu pada kami Ya Allah. Saban hari aku mencari perubatan2 altetnatif lain untuk ibu. Pelbagai usaha dilakukan untuk ibu yang paling aku sayang ini. Sesungguhnya aku tak sanggup melihatnya semakin hari semakin lemah tak berdaya. Sehingga bulan 6 baru2 ini, sekali lagi ibu dimasukkan ke wad hospital. Allah Maha Mengetahui, doktor memberitahu keadaan ibu semakin tenat. Aku tak tahu di mana lagi ingin mengadu. Saban masa aku berdoa semoga Allah terus meminjamkan semangat dan kesihatan yang telah diambil dari ibuku. Ya Allah aku tak sanggup melihat penderitaan ibu.

Kini dah hampir sebulan lebih ibu keluar dari wad hospital. Aku terpaksa berhenti kerja demi menjaga ibu yang sudah tak mampu lagi menguruskan diri sendiri. Kesihatan ibu yang semakin buruk, ingatan ibu yang telah hilang, kudrat ibu yang telah lemah.. Ya Allah kasihani ibuku Ya Allah.. dalam keadaan yang begitu perit kini.. aku kini mengetahui siapa diriku yang sebenar. Yang sesungguhnya pedih untuk aku telan.. tetapi itulah hakikat yang harus aku terima..


Semalam makcikku datang ke rumah dari kampung melawat ibu iaitu kakak sepupu yang dianggapnya seperti kakak kandung. Arwah nenek meninggal selepas melahirkan ibu, bapanya pula kerja di perantauan. Jadi ibu makcikku ini iaitu adik perempuan kepada bapa ibuku yang menjaga ibuku sejak dari bayi. Membuatkan mereka akrab seperti adik beradik.

Melihat keadaan ibu yang semakin tidak berdaya, makcik mula bertanya samada aku mengetahui siapa diri aku yang sebenar. Aku lihat ada air mata yang mengalir di pipi makcik. Dia mula menceritakan siapadiriku sebenarnya. Sesungguhnya pedih hatiku untuk menerima. Tapi dugaan ini telah mematangkan aku. Aku mendengar satu persatu butir kata makcikku dengan hati yang tenang.

Aku sebenarnya adalah anak tidak sah taraf atau anak luar nikah dari seorang wanita kenalan nenek saudaraku. Melihatkan ibu bapa angkatku yang telah lama berkahwin tetapi tidak dikurniakan cahaya mata maka nenek saudaraku membantu mencarikan anak angkat untuk mereka.

Kebetulan wanita muda tersebut ingin melahirkan dan sudah tidak diterima ibunya di kampung. Lelaki yang membuntingkan pun sudah tidak mahu bertanggungjawab. Perbincangan dibuat dan ibu bapa angkatku membayar semua kos hospital dan memberi sedikit wang kepada wanita tersebut. Setelah selesai segalanya, wanita tersebut mengambil keputusan tidak mahu melihat bayinya lagi kerana rasa bersalahnya. Bayi itu pun diberikan kepada ibu bapa angkat. Bayi itulah aku.. dan ibu bapa angkat itulah ibu bapa angkatku kini yang Allah anugerahkan kesempurnaan kepada mereka dalam menjaga dan mendidik aku. Terima kasih Ya Allah..

Makcik menyambung lagi, tentang kisah ibu mempunyai seorang adik lelaki yang masih hidup (2 orang lagi telah meninggal dunia). Adik lelaki sebapa. Aku mengenali seluruh sanak saudara ibu bapa angkatku. Tetapi aku langsung tidak mengenali adik lelaki ibuku sehingga usiaku pada masa itu 20 tahun. Adik lelakinya menghilangkan diri langsung tidak menjenguk kakaknya sendiri sehinggalah satu peristiwa terjadi dan mempertemukan kembali mereka berdua. Mereka kembali berbaik sehingga kini.

Pada pertemuan adik lelaki ibu (aku gelarkan pakcik A) dengan makcik di hospital semasa melawat ibu baru2 ini, dia bertanyakan pada makcikku samada aku mengetahui status diriku yang sebenar. Tentang tanah rumah yang aku diami sekarang. Tentang tanah ibuku yang di kampung. Juga tentang tanah felcra ibu. Adakah sudah tukar nama. Dia juga ada berkata boleh memulangkan aku kembali kepada ibu yang melahirkan aku kerana dia kenal wanita itu jika apa2 terjadi. Katanya dia mahu mengambil rumah yang aku diami sekarang. Ya Allah, sesungguhnya aku benar2 kecewa dengan apa yang aku dengar. Pakcik A yang aku hormati dan sayang rupanya hanya menginginkan harta ibu daripada ibuku kakaknya sendiri. Dia tak pernah lagi datang melawat ibu. Hanya itu sekali.. itupun hanya bertanyakan soal harta.. sedangkan aku diamanahkan arwah bapa dan ibu untuk menjaga dan memiliki rumah ini..
Walau mereka ibu bapa angkat..... sesungguhnya mereka adalah ibu bapa ku di dunia dan akhirat. Allahurabbi.."


Ibu angkat dia meninggal juga akhirnya.  Aku tak tahu apa kesudahan kes dia.  Tapi kesian kat dia.  

Dalam salah satu comment entry atas tu, aku tertarik dengan komen ni :



" TT, bersabar dan tabahlah. kuatkan semangat, dan be brave, apa pun kita perlu jadi cerdik. tak boleh lurus.
bab2 harta ni rose tak leh nak bantu sebab rose kurang arif, maybe kawan2 forum ni tau. kalau x maybe leh tanya jabatan agama or pej tanah dll.

kita senasib TT, rose tau dari kecil lagi tapi parent angkat rose taktau yg rose dh tau. Macam mana rose leh tau, masa kecil2, biasa la budak2, suka memunggah. Rose punggah almari baju, terjumpa kad anak angkat, ada nama rose n bahagian nama bapa angkat, diisi dgn nama ayah angkat rose sekarang. Plus, wajah rose tak sama langsung dgn parent n kakak rose. Rose nye muka ala chinese, so bila keluar dgn mama, org tanya kenapa muka mcm cina, mama mesti coverline ckp "dia ikut ayah dia".. bila keluar dgn Daddy, org tanya soalan yg sama, Daddy pun ckp mcm tu "dia ikut mama dia la"..hahaha

Tapi dari kecil, rose ada mak long yg kurang waras, bila dia naik kebulan ( tak makan ubat la tu), mula la mengarut bukan2. sampai keluar rahsia rose. n kadang2 rose gi beraya dengan kawan2 sekampung kumpul duit raya, ada umah mak cik sorang ni, kenalla dgn Mama n Daddy. tetiba anak dia yg jantan dah besar panjang, boleh tanya mcm ni " eh ni bukan anak orang bela tu ke".. tersentak mak dia, then slumber mak dia ckp " mesti la anak org bela,kalau tak takkan besar sihat"..hihi

Bila rose dah sekolah menengah, skali tu rose g umah akak rose, jiran dia buat open house, geng2 cikgu la ni. tengah syok makan semeja dgn kak n kawan2 dia, one of her friend, leh tanya mcm ni dekat kak rose openly " dia dah tau mak bapak dia yg sebenar".. tersentak semua org. Rose tak ingat apa kak rose ckp sebab rose dah bangun blah dari meja tu. tak kuasa nak memberi muka kat org bernama 'Cikgu" tapi tak pandai.

and kita memang senasib, bila 2006, Daddy pergi meninggalkan kami kerana serangan jantung juga. Masa tu rose baru second year degree. Tengah jawab exam 1st paper masa tu. Kakak rose call. Selepas arwah pergi, rose tangguhkan pengajian 1 semester sebab nak jaga Mama. Kakak pun kadang2 balik, tapi takleh komit sebab kak pun dah ada family.
At last baru2 ni, rose dah nak kahwin, baru mama rose bagitau rose status rose. Tapi rose tak tekejut pun, mama je nangis2 masa cerita.hehe. Memang mama kena bagitau sebab proses nak apply kahwin ni kena ada wali.. Alhamdulillah rose dah dapat wali hakim. Bakal mak mentua pun dah tau, taktau la macam mana dia tau. Biasala org tua2 ni walaupun tak reti fb bagai, network diorang besar sebenarnye.hihi "



Anak aku ni ada adik beradik yang lain.   Memang mereka sudah mula pertikai itu dan ini.  Tapi, since mereka masih kecil, mereka tak ambil pot pun dengan status kakak sulung dia tu.  Tak ada orang pertikaikan pun rupa dia berbeza atau lain-lain...

Masa Kakak kecil,  aku pun alami perkara sama dengan Rose tu.  Orang tanya direct jer pada aku... "ini anak yang bela tu ?"

Adeh ... aku terkedu saja.  Masa tu anak aku kecil lagi.

Lama aku tak balik raya kat kampung sebab benda kat atas tu.  Lepas tu, bila kakak dah besar, aku balik kampung.  Terlupa agaknya, aku jengok lagi orang orang kampung.  Dan pertanyaan tu hadir lagi...

"ini anak yang bela tu ?"... depan Kakak... waktu kakak dah besar panjang.

Hmmm... aku tak tahu apa perasaan kakak.

Aku harap dia tidak la rasa sedih atau apa apa la.

Apa pun, aku dah lalui fasa menerangkan pada dia siapa dia dalam hidup kami.  Kami dah sama sama menangis.  Kami dah sama sama harungi saat sukar tu.  Sekarang ni kami sedang lalui fasa mendidik anak remaja...

Huhuhu... dasyatnya... 

Tak sama dengan perangai kita masa kecik !!!

Mendidik kanak-kanak senang skit.  Mendidik remaja ni, boleh darah kita kekadang turun kekadang naik... tapi... kita kena tahannnnn saja.

Mendidik kanak kanak... darah kita turun naik... kita boleh jer marah mereka suka hati... mereka akan datang peluk kita balik !

Mendidik remaja... kita marah mereka ? Huh !  Susahhhhhh sangat tau !

Adoiii la....

Sedang belajar... banyak kena belajar...