Blog ini telah diarkibkan sebanyak 3 kali... menunjukkan dah banyak sangat entry dalam tu... first time berblog pada 27/8/2005... dan aktif sampai sekarang. Mulanya cerita berkisar berkaitan anak... sebab tu dinamakan PERMATA... tetapi sesuai dengan umur blog dan umur anak... cerita mengenai mereka dah agak berkurangan... tapi aku masih ingin bercerita... jadilah blog ini tanpa tema. Apa saja yang aku fikir, aku akan ceritakan dan kongsi di sini...
Search This Blog
Monday, March 17, 2014
Anak anak... dan muhasabah...
Ini gambar anak anak aku... yang semakin besar... tapi masih budak budak lagi la... perangai masih tah hapa hapa lagi... hahaha...
Tadi aku hantar email kepada KESKA (kesatuan sekerja)
1. Adakah Master yang dikeluarkan oleh mana mana IPTA tidak begitu berharga untuk kenaikan pangkat? Atau mungkinkah pengalaman selama lebih dari 5 tahun masih tidak menyamai pengajian selama 2 tahun untuk Degree selepas Diploma ?
2. Jika Master memang tidak begitu berharga (katakanlah), kenapa gaji pegawai F41 dibezakan antara yang ada Master dan tidak ?
3. Dan juga, kalau Master tidak berharga kepada Pen. Peg. Teknologi Maklumat, kenapa pula ditawarkan kepada Pen. Peg. Teknologi Maklumat dengan kelayakan lebih 5 tahun tersebut ?
4. Kenapa dibezakan antara Pen. Peg. Teknologi Maklumat dan Peg. Teknologi Maklumat dalam pemberian insentif menyambung pengajian ?
Gitu la pertanyaan aku. Saja la melontar pertanyaan, jika ada jawapan yang baik dan logik, apa salahnya mereka kongsi. Mungkin sebelum ini mereka tidak pernah fikirkan, sebab selalu yang pegi mesyuarat untuk buat keputusan adalah pegawai. Yang bukan pegawai ni tukang taip dan tukang angguk jer... hehehe...
Oh ya... pengalaman kerja aku melebihi 20 tahun yer... bukan 5 tahun. Memang ramai pun kawan aku yang ada pengalaman yang lama. Yang aku pertikaikan di atas logik kot ? Cuma aku perlu salurkan pada orang yang betul, kerana orang yang buat kerja mereka sekarang tak salah, sebab peraturan memang dah tetap gitu. Tapi, peraturan tu buatan manusia... so, manusia masih boleh ubah, bukan macam Quran... kan ???
Entah... aku harap mereka dapat buat sesuatu pada pertanyaan aku. Tapiii... tapi... jika tak dapat apa apa pun, sekurang kurangnya aku dah berusaha.
Dan aku yakin, rezeki kita tu dari Allah... cukup atau tidak rezeki kita bukan berdasarkan jumlah duit yang kita terima saja... tapi juga jumlah yang kita belanjakan.
Aku juga menanam dalam fikiran aku, rezeki juga bukan berkaitan dengan duit... KESIHATAN yang baik juga adalah rezeki... kegembiraan... anugerah Tuhan dan macam macam lagi yang aku terima selama ini.
Mungkin, kerja tungkus lumus aku selama ini, bukan hanya boleh dinilai dengan wang ringgit... tapi anugerah Allah pada aku. Pada saat aku kerja dengan Syarikat, aku memang bersungguh sungguh, biarpun pendapatan tidak memadai dengan kerja, tapi aku sangat seronok waktu tu. Mungkin Allah tak bagi dalam bentuk wang, tapi Allah bagi dalam bentuk anak... sebab aku dapat abang/Hakimi tu pada tahun 2004, selepas 2 tahun aku kerja dengan syarikat.
Selepas tu keluar la sorang dan sorang lagi... hehehe... 3 orang aku dapat masa aku dok dengan Syarikat. Wah... memang berbaloi rezeki yang Allah bagi berbanding dengan duit... kan ?
Tapi, memang la lepas tu bos aku naikkan gaji... banyak jugak la... Syukur la..
Now, gaji dah tinggal skit, tapi aku tetap bahagia lagi kan ? Anak sihat... suami hensem... HAHAHAHA... diri aku sendiri ? masih sihat dan anggun... MUAHAHAHA... gelak perasan.
Lagi satu, dengan kerja di IPTA ni, kerja aku kurang skit dan senang skit berbanding syarikat dan aku boleh lebihkan masa untuk anak anak. Itu pun rezeki kan ? Tak payah tinggalkan anak anak... tak payah susah susah nak uruskan anak sekolah. Malam malam boleh tolong mereka buat kerja sekolah.
Alahhhh... banyak sebenarnya rezeki yang Allah bagi... KELAPANGAN adalah juga rezeki buat aku sekarang...
Syukur kepadamu Ya Allah...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Rezeki ni datang dengan pelbagai cara kan kak. Tahun lepas saya tak dapat seringgit pon increment sebab saya cuti the year before. Saya ingat maybe perit sebab keluarga dah bertambah tp gaji sama cam 2 tahun lepas. Tapi cukup jek alhamdulillah. Siap boleh buat savings lebih dari biasa pulak untuk diri sendiri, Farhan dan mak. Hmmm boleh buat entry ni. Kehkeh, Nanti saya tiru dan buat entry baru ek. Hehehehe.
ReplyDeleteAkak pun cukup cukup jer tahun lepas dan tahun nih... hahaha... cuma tak leh mewah dan juga kena pekin skit... sampai ujung bulan jer dua tinggal kupang kupang... hahaha...
DeleteBTW, masih survive... kira ok la kan ?
Oh... anak tak sekolah dan tak minta makanan/mainan... masih boleh la terima Arena... tu nanti... anak pandai minta mainan la... jajan la... merajuk tak dapat la... dah beli tu, kena pulak beli 3 atau 4 set kau... mau tak kopak mak pak. Dah diajar dulu senang, bila susah skit ni, memang kena sebut banyak kali kat anak. Anak besar faham, anak kecik tak faham.
Isk... merungut plak ! TAK ADA ANAK NAK ANAK !!!!
Akak sebut dulu sebelum arena kata yer... hahahaha...
dua=duit
Deletepanjang luahan tu ;)
ReplyDeleteItu sebab kita cuba berlapang dada... hehehe...
Delete