Blog ini telah diarkibkan sebanyak 3 kali... menunjukkan dah banyak sangat entry dalam tu... first time berblog pada 27/8/2005... dan aktif sampai sekarang. Mulanya cerita berkisar berkaitan anak... sebab tu dinamakan PERMATA... tetapi sesuai dengan umur blog dan umur anak... cerita mengenai mereka dah agak berkurangan... tapi aku masih ingin bercerita... jadilah blog ini tanpa tema. Apa saja yang aku fikir, aku akan ceritakan dan kongsi di sini...
Search This Blog
Sunday, January 26, 2014
Romantik...
Sedang aku dan hubby makan kat meja makan, datang Amalia bertanya.
"Mama.. romantik tu apa ? Rokman ker ?"
"Bukan, romantik tu..... ", lantas aku bangun dan pegi dekat hubby. Aku duduk atas riba hubby...
"Macam ni romantik "... sambil buat gaya manja...
"Ooooo..."
Agaknya sebab dia baca status FB aku ni....
"Ada org tunggu dipujuk... hmmm ... dia tak tau ker bini dia dah nak berenti romantik?"
-------------------------
Masa depan TV... sambil aku potong kuku hubby, Amalia dok kat depan kami.
"Mama... masa perkahwinan tu, tak malu ker ?" , kagum aku dengar ayat Amalia... siap word 'perkahwinan' tu yang tak tahan tu...
"Tak malu pun..."
"Kalau kak Ya, maluuu... orang ramai..."
"Mama tak malu..."
Dia bertanya selepas kami balik dari kenduri kawin...
"Perkahwinan orang buat apa ?"
"Orang dok atas kerusi... bersanding"
"Lepas tu ?"
"Lepas tu makan..."
"Lepas makan ?"
"Basuh pinggan..."
"Lepas tu ?"
"Lepas tu malam, tidor la..."
"Oooo... isteri tidor dengan suami ?"
"Yer la... macam mama tidor dengan abah...."
"Mama isteri... abah suami..."
Hahaha...
Macam macam la si Amalia nih... apa apa jer dia tanya....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment