Search This Blog

Monday, July 22, 2013

Anak lemas dalam keter...


Mendengar berita tu dua tiga hari ni, buat hati aku tersentuh.  Sedih sangat mengingatkan anak kecik yang tak tau apa apa kepanasan sampai meninggal.

Aku yang pernah mengalami saat yang sama... cuma Alhamdulillah, Allah masih benarkan anak kami bersama kami sehingga hari ini.  Aku dan suami masa kejadian tu memang dua dua bersalah.  Hubby aku pegi bukak pintu kereta tanpa tutup sebab nak buang bau udang/durian... dan aku pula buat tak heran bila anak tak ada kat dalam rumah.

Kami bernasib baik kerana hubby tak putus asa mencari anak dia... bila aku buat tak tahu sebab sibuk memasak di dapur. 

Sedar sedar anak kami sorang ni ada dalam kereta berkunci dan tak reti bukak dari dalam.  Umurnya waktu tu rasanya dalam 2 atau 3 tahun gitu.  Memang jenis tak reti nak tarik punat utk bukak pintu bila dia sendiri kunci.  Pandai kunci dengan tekan, tapi tak reti tak tarik semula...

Kebetulan juga waktu tu si Najmi ni berdiri di tingkap kereta dan abah dia nampak.  Kalau dia dah terbaring... harus sesuatu yang buruk berlaku...

Memang dia berpeluh... menangis... dan dah hampir nak biru birat dah bibir dia dan wajah dia... tengah panas waktu tu, aku nak masak untuk makan tengah hari...  Kami pula tak dengar tangisan dia sebab dalam kereta tu macam kalis bunyi pula (tingkap juga tutup rapat)

Dalam kereta waktu tu memang panas giler giler... kalau sekarang pun, masuk kereta tanpa pasang ekon, aku dapat rasakan bagaimana perasaan anak aku waktu tu... kami tak tau dia dok dalam tu berapa lama...

Aku sendiri waktu dapat anak aku... peluk erat... sebak tak tau nak cakap... biarpun nampak kat luar macam tenang...

Ianya jadi pengajaran untuk kami suami isteri.... sedih ingat perasaan anak yang terkapai kapai dan menangis nangis tapi tak ada sapa yang dengar... huhuhu... sedih sangat !  Sampai sekarang aku ingat dan rasa bersalah... terutama bila dok dalam kereta panas panas !

Apa apa hal pun... anak aku yang ini memang nakal !

p/s : Sebenarnya kami pernah tertinggal anak  dan mereka kunci dari dalam kereta... tetapi nasib baik bonet terbuka... dan biasanya aku akan bukak tingkap atau bonet jika tinggalkan anak sekejap dalam kereta sebab bimbang mereka kunci kereta... tapi hubby pulak yang cuai masa tu !  Oh ya... now, mereka dah besar semua... so, tak ada masalah tu lagi !
Posted by Picasa

2 comments:

  1. masih pjg umur,sy pun ada kes yg sama
    masa cuti2 kt lgkawi.
    sy gi beli coklat dan suami tggl anak kejao nak beli roti..tetiba si hero tertido
    kecoh kejap dan kami terpaksa pecahkan cermin keta sbb goyang keta dia x bangun (mmg susah nak bangun pun).alhamdulillah xde apa2 tp sy sakit hati dgn suami.sbb dia cuai kami terbang rm150 ganti cermin pecah.takpelah duit boleh dicari, nyawa xde ganti

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lebih baik la rugi 150... daripada bayangkan anak panas sampai biru biru bibir dia hampir lemas....

      Memang betul... akak try dok dalam keter tak pasang ekon, dalam panas panas... memang tak boleh bernafas ! Udara macam tak ada... dan udara pun memang panas... itu pun akak try baru dok tak sampai 5 minit... huhuhu...

      Delete