SELAMAT HARI LAHIR KAKAK !!!!
Kali ni dengan abah mereka juga. Sebab dia merungut aku pegi dengan anak anak tak ajak dia. Bila aku ajak dia, dia nak pegi tempat lain pulak. Tu yang aku malas tu. Tapi malam tadi pegi jugak.
Anak anak tetap gembira biarpun makanan kurang sedap sebab chef dia pegi layan satu group lain. Yang ada tukang masak ganti jer... Masak penkek pun macam lempeng/tempek yang orang kampung buat jer... ekekeke... Tapi tak apa la... sebab budak budak tak merungut sangat. Aku jer yang merungut... Yer la, kita bayar, kita layak dapat layanan yang baik. Jika mereka rasa mereka tidak dapat layan kita dengan baik, better mereka cakap dari awal... sebab expectation kita tinggi bila kita makan kat hotel... dak gitu ?
Apa apa hal pun, sebenarnya aku tak nak merungut sangat. Aku nak biarkan dan isi masa dengan buat apa apa yang lain sementara menanti. Tetapi hubby muka mencerut, aku pun rasa tak selesa. Jadi sebab tu aku komen. Aku tak suka kata kat belakang, jadi aku komen jer kat pelayan tu direct... Aku komen... service mereka lambat sangat dan rasanya tak sama seperti yang kami makan dua tiga hari lepas waktu siang.
Gitu ler citernya. Kakak tak boleh merungut sangat sebab dia yang berkeras nak pegi... padan muka dia.
Ayat aku kat pelayan tu... "Kenapa air tak sampai lagi ? Nak tunggu kami balik dulu baru air nak sampai ker ?", sambil aku senyum.
Bayangkan... air pun 4 kurun baru nak sampai. Lepas kena sound baru la sampai. Tapi aku faham, mereka sibuk layan group yang ramai kat luar. Saja aku cakap lepas tu, kenapa tak beritahu siap siap masa kami baru sampai yang mereka akan layan lambat sangat dan chef sangat sibuk. Jadi tidak lah kami menanti lama... kami boleh la pegi makan kat gerai gerai jer... kan ? Aku tanya awal awal tu, dia kata tak apa... sebab orang lain yang akan serve group kat luar.
Cakap lepas jer aku nih... rasa tak selesa buat gitu, tetapi kekadang aku rasa tak tahan jer nak sound kalau perkhidmatan teruk...
Teruk kan aku ni ?
eh makan kat hotel bayar mahal mestilah layanan pun kena first class..kalau layanan ala kadar baik makan kat kedai mamak @ kedai tomyam belakang spital je.eh!
ReplyDeleteYA BETUL !!!
Delete