citer ni main kat astro sekarang. tadi aku tengok. sedihnya. aku minat sangat ke min ho tu. sangat cute. dia satu2nya pelakon yang boleh buat jantung aku berdegup laju bila tengok muka dia... hahaha... poyo betul kan ? aku minat sangat kat gaya lakonan dia yang ala ala lelaki misteri nih.
aku minat gak dengan somi aku. dia pun macam min ho.... tak ada la hensem macam min ho, tapi dia misteri... hahaha...
tadi aku jenjalan kat dalam kampus, bawa anak pegi sana. aku bawa juga anak pegi rumah lama kami sebelum mereka lahir. masa dok kat situ, yang ada hanya kakak, itu pun dia dah lupa. masa masuk kat situ, tetiba aku rasa sayu. tingat masa masa gelap dalam hidup aku. pernah masa aku tunggu hubby yang tak balik balik, aku jalan2 dalam kampus dan tahan keter orang untuk keluar ke bandar. dalam kampus mana ada bas memalam kan terutama masa cuti semester. tak malu betul aku waktu tu. bila aku ingat sekarang ni, terasa pulak malu.... ekekeke malu yang terlewat...
lepas tu kami lalu plak kat rumah ngasuh kakak masa dia kecik. teringat senyuman kakak tu yang sangat suka gelak mengekek. dia dah meninggal... alfatihah untuk kakak tu.
aku juga teringat citer lama masa baca blog irfa pasal citre melayu hal somi tipu isteri nak balik mesia. aduh.... rasa panas jer dada aku bila ingat saat tu, kena tipu idup2.
kita tau dia tipu dan dia reka macam2 citer yang kita tak tau macam mana nak hadapinya kerana kita rasa kita hanya patut bersabar.
hahaha... pelek bukan ?
cubalah berkahwin dengan lelaki yang kita cuba untuk cintai selepas berkahwin... itulah rasanya...
tapi sebagai perempuan yang ada harga diri, jangan sesekali buat macam aku... aku tak nasihatkan jadi macam aku. kita harus bersama dengan org yg hargai kita. tapi kalau dah ada anak berderet... kena fikir 4 juta kali hal harga diri kita. kerana sebaik baik suami kita, ianya mesti ayah kepada anak kita... kerana bila anak kita bahagia, yang lain akan menyusul ? betul ke ?
entah... aku pun sedang praktikkan... dan cuba sayang somi aku dengan sepenuh hati ni.
sedih pulak baca..tp itulah kenangan
ReplyDeletesesekali pasti kita terkenang
x sedar air mata menitik
betul kata akak,kalau dh ada anak-anak
luka dihati sendiri...letak tepi
:).... sesekali jer datang... lepas tu ok la.. kan ?
Delete