Search This Blog

Thursday, February 21, 2013

Macam macam...

Hari ini hubby ke Thailand.  Pepagi kena hantar anak ke sekolah.  Lepas tu balik semula ke umah, sidai baju dan basuh baju sekolah.  Esok kena pastikan semua kain kering kerana orang yang cuci rumah akan lipat kain sekali.

Penat juga.  Tetambah bila aku selsema.  Nak baca artikel pun tak selesa asik bersin.  Lepas makan ubat ni, kepala pulak nenong.

Lepas tu, baru jer hubby call, kata cikgu call, dia cakap Amalia sakit perut.  Budak tu teruk betul.  Sampai tahap tu dia nak bohong.

Aduiii la ...

Camna tah aku nak handle masalah nih.

Sat lagi aku nak balik rumah, kena rehat juga kat rumah.  Aku mai kampus nak download ENDNOTE dengan artikel.  Proposal buat kat umah jer la.  END NOTE ni aku try tak leh plak.  Bodoh aku ni atau kena restart windows baru dia ok ?

Pagi tadi aku hantar Amalia sekolah, dia menangis nak suruh aku datang waktu rehat.  Aku tahu, kalau aku pegi, sudahnya aku kena bawa dia balik sebab dia kata dia sakit perut.  Padahal, on the way aku nak bawa dia balik tu, dia sengeh jer senang hati.  Adoiii la...  So, pagi tadi aku buat kering jer.  Bila dia nangis, aku cubit dan gigit tangan dia.  Haaaaaaaaaa... rasakan !!!  Kejam kan aku ?

Aku ingat aku nak kurung dia dalam bilik dua hari cuti nih.  Alasan dia sakit perut, jadi dia kena la dok dalam bilik jangan keluar keluar untuk tengok TV atau apa saja.

Entah berjaya atau tidak, tak pasti lagi...

Mungkin bila kami keluar cari makan pun aku akan tinggalkan dia kat umah dan bawak balik makanan.  Kita tengok apa kesannya pada dia...

Adehhhh... susah betul nak jaga anak pompuan ni sorang.

Tapi kan... jaga anak perempuan susah sebab tu dapat pahala yang banyak... KAN ???

p/s:

Tolonggggggg... saya ngantuk... Dr. H, tolong la saya... saya dah cuba dengan gigih dua hari lepas... tapi hari ni saya sakit plak... macam mana saya nak siapkan proposal nih ?   <--- kalau buleh hantar msg kat Dr. H ni kan bagus !


2 comments:

  1. Oh akak dh upah org kemas rumah ye?
    Baguslah sbb mesti dia buat kje betul klu ada upah.klu kita buat sdiri mmg ala kadar je lah

    psl Amalia tu sy rasa dia dh thu akal sakit perut tu mnjadi.cubalah yg duk dlm bilik dn baring je.no tv.no main kt luar.nnti mesti dia bosan
    hrp mnjadi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah try hari tu, no tv, dok sorang kat rumah, tapi tak jalan. Balik hari tu cakap nak suruh dia dok dalam bilik, dia cakap dia dah tak sakit perut. Kita plak tak sampai hati. Tapi dah ingatkan dia berkali kali, no more sakit perut... sebab tahu dia bohong saja...

      Delete