Kamera baru dipulangkan... jadi ini gambar raya bebaru nih. Satu family aku... kat rumah kak Ani. Semua balik sempena raya dan juga kerana nak beritahu yang kami tak balik kenduri kawin anak dia. Tapi, nasib baik juga kami tak balik kerana ada banyak isu sebelum dan selepas majlis tu... huhuhu...
Aku fikir, keluarga aku ada sedikit masalah, rupanya keluarga suami juga tidak seindah seperti yang dilihat mesra... Hari kenduri adalah hari kita mengukur sekuat mana ikatan keluarga kita... Bila kenduri tiada yang hadir, atau hanya yang tertentu hadir, kita harus faham... samada mereka sibuk atau mereka mengelak. Dan jika yang hadir pun sekadar nak makan saja... hmmm... pun kita boleh agak, siapa yang akan bantu kita waktu kita susah nanti... arrkkk... aku ni memang susah skit nak bantu orang kenduri... kekok serba serbi. Agaknya kenduri anak aku nanti macam mana tak tau la...
Apa apa hal pun, cuba ikhlaskan diri kita... ok ? <--- pesan pada diri sendiri.
hehe..masa kenduri boleh tahu sapa rajin sapa malas
ReplyDeletesaya yg mana ye?sbb bukan suka sgt masuk dapur ni
Sama la kita... hehehe...
Deletekak ..yg depan sekali pakai kurung hitam tu sapa?
Deletecomelnya ;)
Itu adik ipar akak (isteri adik bungsu a.k.a. PakSu... sebelah kiri dia anak dara sulung dia, sebelah kanan dia anak bungsu dia...
DeleteIzan
ReplyDeleteZar suka pi kenduri, suka gak enolong riuh riuh kan suasanan tapi ada org tak suka kita kecoh kecoh kat rumah dia.. Bingit dia kata so sekarang zar pun tengok tengok pandang pandang jugaklah.. Klu rumah orgg yg itu itu kita diam aje, buat aje yg disuruh.. Klu rumah yg ini ini, kita redah macam rumah sendiri.. Hehheeh anyway ygpntg kita iklhas
Betul tu Zar. Kita ikhlaskan diri kita sebaik mungkin. Sebab, kekadang tu kena ingat... mungkin apa yang kita buat ni tak dapat pulangan sebaik apa yang kita beri... atau mungkin rezeki kita, kita dpt lebih baik dari apa yang kita beri...
Deletep/s : Kesian kat orang yang baik sangat membantu semasa kenduri orang, tetapi bila kenduri sendiri, orang tak bantu... huhuhu...kecik hati member...