Search This Blog

Thursday, September 6, 2012

Esok cuti dan birthday Amalia...

 
Katak ni aku beli untuk Amalia.  Buat masa ini, ini adalah hadiah individu yang paling mahal dia dapat.  Esok birthday dia yang ke 6.  Dia lahir pada 7hb Sept 2006.  Apa aku nak hadiah lagi kat dia ?

Si Abang minta hadiah kek birthday dari SR tu... amboiii... bukan main lagi permintaan... Sedap sangat la tu kek tu.  Petang karang aku beli la untuk selebret... tapi tak leh banyak... kena beli skit jer... nanti tak abis.

Amalia adalah anak yang selalu aku rotan.  Dia ni jenis keras hati... dengan aku aku dia lawan.  Kalau melawan, dia sanggup hadapi apa saja biarpun sakit.  Adoiii... semoga ini adalah sikap baik dia.  Sebab, kekadang dalam kehidupan, kita terpaksa tempuh juga kepahitan dan kesusahan untuk berjaya atau mencapai apa yang kita hajati.

Tapi, oleh kerana dia melawan aku... dia tak mau pegi sekolah tadika atau apa apa la... buat aku selalu angin dengan dia.  Dah la suara menangis tu sangat kuat... adoiii la...

Cepat la besar anak dara mama nih.... penat betul mama nak kepung Kak Ya dan Adik Mie...
Posted by Picasa

6 comments:

  1. happy bday amalia ;)
    dalam banyak2 anak pasti ada yg perangai lain dr yg lain..kakak dan abam saya dah boleh agak pe'elnya tapi si adik...masih dalam peringat awal.cuma dah boleh baca sikit.boleh tahan garangnya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu ler... 4 anak 4 ragam... satu satu kita boleh citer beza perangai mereka.

      Delete
  2. Kak, anak buah saya olin masa kecik, mmg plg menvabar jiwa. Kalau nangis suara plg nyaring, dan kalau ngamuk mmh semua org geram nak lepuk.kalau dia tgh ngamuk, marah, kurung camnee pon dia buat tatau jek. Sejak dah sekolah rendah, diala yg plg helpful, plg hormat org. Nanti amalia gitu gak kot.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Minta minta perangai dia pun macam tu tahun depan... amin...

      Delete