Search This Blog

Thursday, August 2, 2012

Makanan berbuka semasa kecil...

Beberapa hari lepas aku ada bersembang dengan kawan, mengenai hal berbuka zaman aku kecil dulu dan zaman anak aku kecil nih.

Zaman aku kecil dulu, aku sangat seronok menanti waktu berbuka.  Dulu mana ada mak nak beli makanan kat PARAM ker apa ker... semua masak sendiri.  Seingat aku, aku akan makan banyak.  Tapi, now, anak anak aku jenis makan skit jer.  Semuaaaaaaaa anak anak sama jer.

Tertanya tanya aku, adakah kerana aku tak reti masak ?  Atau memang mereka macam tu sebab tu mereka sangat kurus sorang sorang ?

Ada lagi kawan, cerita lah hal dia mesti nak lauk berjenis jenis atas meja setiap kali makan.  Kekadang 7 lauk sekali hidang.  Kari, lemak, asam pedas segala makneka dok atas meja sekadar dia rasa best makan banyak banyak jenis.... cuma sedikit sajalah untuk setiap jenis masakan.

Aku ada juga sesekali buat gitu... tapi aku last last jadi marah bila dia cerita hal masa dia kecil, mak dia ajar dia makan macam tu... makan berjenis jenis lauk... dan dia cerita la itu ni hal dia semasa kecil yang menunjukkan ayah dia orang yang membeli sakan la lauk lauk nih...

Ohhhh... aku kemudiannya jadi sangat tersinggung !!!

Dia sudah seperti meninggi diri pula aku rasakan.  Padahal mungkin dia tak berniat pun.

Aku kata... mak aku tidak masak banyak jenis sangat lauk atas meja kerana kami orang miskin.  Selalu kami makan nasik berlaukkan ikan selar kuning kecik nipis tu sahaja... kalau dapat pun sekor sorang, mujur !  Sayur plak, kami dapat sayur kangkung, sayur keladi atau pucuk paku serta pucuk ubi yang mak cari kat belakang rumah.

Sesekali bila mak berkebun, kami makan sayur kebun kami.  Kami makan timun, kacang, terung dan apa apa la.  Mak sangat rajin.

Bila mak berkebun, hasilnya kami adik beradik jual pada jiran jiran.

Dia pertikaikan... tak mungkin peneroka felda miskin ?

Aku cakap, peneroka ada dua jenis.  Ada yang datang ke felda tetapi mereka ada tanah di kampung... dan tidak miskin.  Ada yang datang ke felda dari melarat... tak berharta.  Dan family aku adalah jenis ke dua tu.

Dan ada juga jenis yang sangat rajin mengubah nasib keluarga... ada juga jenis yang cukup sekadar apa yang ada... dan family aku jenis yang kedua...

Tapi, apa-apa hal pun, aku bersyukur ada parent yang aku ada nih.  Adik beradik aku tetap menjadi orang... tidak la pula jadi penagih dadah ker apa ker seperti jiran aku yang sangat sangat rajin sampaikan halaman rumah dia tak ada sehelai daun pun... dan ladang dia sangat bersih... rumah dia pun dah besar masa kami kecil dulu.... tapi nasib dia tak sebaik apa yang dilihat di mata bila anak dia jadi penagih dan bla bla bla...  Itu la ujian Tuhan...

Jadi, biarpun makanan yang mak masak tu tidaklah semewah orang lain, tapi aku rasa sangat sedap.  Kami tak ada peti ais, mak simpan ikan yang ayah aku beli dengan cara rebus dengan asam dan garam.  Ikan tu bila digoreng, sangat rangup.  Mak masak ikan singgang dari ikan rebus tu jugak bila ikan tu nak abis... hanya tambah lengkuas, bawang dan cabai... sedappppppp sangat...

Mak masak kuih buah melaka... yang arwah ayah aku suka.  Meletup dalam mulut.  Mak masak kuih badak berendam, puteri mandi... mak masak itu ini... semuanya sedap.

Tapi aku tak reti sangat masak.  Beli jer kat PARAM... tapi semuaaaaa tak sedap biarpun kelihatan sedap.

Sesekali mak masuk bendang kutip pokok sudu itik... dan mak buat kerabu... sedap sangat... atau buat kerabu bunga betik jantan yang tak pernah berbuah tu...  atau buat kerabu selom...

Kekadang kami masuk ladang, cari pucuk paku... mak ajar aku mengenal pucuk paku yang boleh dimakan... (sekarang ni aku dah lupa).  Sedih pulak aku ingat ingat...

Oh ya... kalau kami nak minum air batu, kami beli kat jiran sebelah rumah.  Kekadang mak minta mereka simpan makanan kami dalam peti ais mereka... kadang kadang saja.

Seingat aku, rumah aku kecil sampai aku besar.  Rumah tu hampir roboh rasanya... bila berjalan, lantainya akan berbunyi kriok kriok... dan kami terpaksa berjalan menjingkit bila arwah ayah aku tidor... sebab dia sangat marah bila kami buat bising.  Ada suatu suatu masa, rumah tu akan senget kerana satu tiangnya dah lari.  Dan pernah juga jiran jiran bersama arwah ayah aku angkat rumah kami dan betulkan semula tiang tu.

Disaat orang lain ada TV, kami menumpang tengok di rumah mereka.  Bila rumah kami ada TV (hadiah kerana aku mendapat nombor baik dalam kelas), sangat seronok biarpun hitam putih.  Kalau nak tengok TV kaler, kena beli plastik 3 kaler dan letak depan TV.  Dapat la tengok TV kaler... hehehe...

Masa orang dah tahu HULK tu hijau, kami masih tidak dapat bayangkan.  Aku menjengok jengok rumah orang untuk lihat HULK kaler hijau... dan ada anak dia sengaja lindungkan atau tutup pintu/tingkap mereka.  Hehehe... budak budak...

Ohhh... kehidupan aku semasa kecil sangat susah...  Tapi tidak la sesusah orang Somalia atau Rohingya tu... Tapi tetaplah susah berbanding kawan aku....

Aku tak ada gambar semasa kami kecil.  Abang aku ada... teringin aku nak mengimbau semula kenangan lama bersama adik beradik aku.... hmmmm....

Alangkah bertuahnya anak anak sekarang !


Suami aku juga dari keluarga yang miskin semasa kecil, jadi dia seperti aku... tidak kesah jika dihidangkan nasik sayur pucuk kayu dengan ikan masin !







9 comments:

  1. seronok baca akak tulis kisah dulu2
    saya pun bukan keluarag senang w,pun ramai kata 'ayah keje tebang balak.mesti gaji banyak'mmg la banyak time ada projek..kadang2 sampai rm5k sebulan..masa tu mmg loaded la gaji banyak tu.tapi time takde projek..berbulan ayah cuma menoreh getah kalau hujan xdapat toreh getah

    bab makan pun sama..ikan tu potong 2.jarang dapat sekor sorang.kalau beli sate..bajet sorang 2 cucuk je..smpi skrg saya ingat

    anak2 kita skrg sgt beruntung..tiap bulan makan sedap bila mak ayah dapat gaji

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu ler... kehidupan memasing membentuk kita hari ini... anak anak kita tak tau la nanti macam mana...

      Ada juga waktu waktu kami dapat banyak duit... tapi kebanyakkan tidak la. Bila ayah dapat banyak, dia akan beli lauk lauk yang jarang kami dapat makan... beli buah pelam. Isk... pelam yang dah kecut tu sangat sedapppppp jer waktu tu... hmmmm... akak cari juga apa nama pelam yang kecut kulit dia tu... tapi tak jumpa pula kat kedai sekarang... semua orang jual pelam segar !

      Delete
    2. pauh siam namanya kalau x silap
      kat kelantan byk..kat sini saya x jumpa pulak

      Delete
    3. Akak tanya hubby, kenal tak pauh siam. Dia kata, pauh siam banyak jenis... so, yang mana satu ?? hehehe

      Delete
  2. Izan

    Masa kekecik dulu atuknenek zar ada kedai makan, mak zar pun berjual kuih so bab makan makan ni memang kami mewah tapi abah tak duduk sekali sbb bertugas di sabah. Agaknya kerana nak balas waktu waktu abah tak ada, abh pastikan kami makan mewah.. Mmg dari kecil zar makan ikanbesar macam tenggiri, bawal, nyok nyok.. Ayam dagingmemang normal.. Tapi rumah kami buruk jer.. Duit cash mmg tak ada nak beli rumah pun mak dan abah dihina hina.. Kenangan betul klu ingat waktu kecil kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang kenangan betul waktu kecik dulu, sampaikan bila ada jiran yang perangai seakan belagak semasa kampung dulu masuk FB... huhuhu... rasa macam nak larik jauh jauh... rasa macam kecik sangat kita nih.

      Kenangan semasa kecik buat kita jadi kuat... dan sedar siapa diri kita, kan ?

      Delete
  3. akak ikan selar kuning tu sedap kalau goreng garing2 sampai skrg ummi akan beli kat market, tambah lagi ikan tamban kecik atau ikan sardin, rangup kalau goreng... makan dengan nasi panas2 :)

    ingat dulu2 kan kalau nak makan kuih semua kena buat sendiri, kalau mak buat karipap, sedap sangat, berpuluh2 biji sekali goreng :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul.... sedapppppppp sangat. Akak suka jer makan ikan selar kuning tu sampai sekarang. Garing sedap... tak garing pun sedap... Teringin nak rebus dan goreng ikan macam mak buat la... cam best jer kenangan lama tu...

      Mak akak buat karipap pun sedap... banyak inti dan kulitnya tidak la garing/keras... akak suka macam tu...

      Delete
    2. Ummi... blog ummi keluar

      "Warning: Something's Not Right Here!
      ummibatrisyia.blogspot.com contains content from fastonlineusers.com, a site known to distribute malware. Your computer might catch a virus if you visit this site.
      Google has found malicious software may be installed onto your computer if you proceed. If you've visited this site in the past or you trust this site, it's possible that it has just recently been compromised by a hacker. You should not proceed, and perhaps try again tomorrow or go somewhere else.
      We have already notified fastonlineusers.com that we found malware on the site. For more about the problems found on fastonlineusers.com, visit the Google Safe Browsing diagnostic page.
      .....
      "

      Delete