Entah kenapa dengan otak saya... ianya seakan auto delete perkara yang lepas terutama perkara yang mungkin saya ingin cuba lupakan.... dan kalau saya gagahkan diri untuk ingat... nanti nanti, perkara sedih akan hadir semula. Jadi, saya abaikan saja...
Jadi, kawan saya ini pun saya tidak tahu setakat mana kami berkawan, dia di kolej mana atau apa apa berkaitannya.
Cuma, saya tahu, dia sangat baik. Tiada memori buruk dalam fikiran saya... dan tiada rasa berderau bila melihat wajahnya.
Selalu juga saya kekadang lupa pada peristiwa yang berlaku, tetapi bila lihat wajah seseorang, rasa berderau darah .. berlari lari ke jantung... maksudnya pasti ada perkara buruk pernah berlaku antara kami tetapi saya tidak ingat.
Jadi, bila saya dapat hubungi semula Aida, hanya sesekali saya menyapa dia. Saya gembira dia sihat dan berkerjaya.
Kemudian kemudiannya saya dapat tahu dia sakit lewat bicara dia di FB. Saya tanyakan dia, tentang sakitnya.
Kata Aida, dia sakit Kanser Rahim. Tenang malahan dalam gelak dia bercerita.
"Wslm. Skodeng mana nak nampak sbb aku mmg xstory hehehe... aku kena kanser uterus. Dpt tau bln 11 thn lps. Stage 3. Dah operate dh buang smua sistem peranakan...tp kendian kulit luka bedah sblh luar tu xcantum lak. Tu yg aritu lama warded. Lps ni kena buat radiotherapy lak...aku xnak buat chemo...insyaAllah. skrg still on mc lg."
Bila saya katakan betapa dia tabah, dia menjawab
"Hehehe...peluang dapat pahala free ni insyaAllah 😊 nakal sangat...Dia jentik sikit hehehe "
"Yer la... saya tak sanggup nak cakap aida orang yang bertuah dapat pahala free... tapi ianya sangat menyentuh hati saya dengan semangat aida..."
"Hehe...benda dah ada...terima je lah. Usaha kita lak cuba cari jalan utk sembuh dvn izin Allah 😊 so kena laa enjoy life sementara masih ada kudrat ni."
"Yer la aida. Kekadang, kita tak tau bila sampai waktu kita. Entah mungkin saya pergi dulu. Apa pun, kita hargai hidup kita sekarang... dan hargai orang keliling kita. Termasuk aida... jika saya tidak pernah cakap saya sayang aida, saya harap saya tidak terlambat cakap, saya sayang aida sebagai kawan yang pernah hadir dalam hidup saya..."
"Hehehe tq tq Love u too fren"
Itu bicara terakhir saya dengannya. Kesihatan dia semakin menurun. Dan malam tadi dia kritikal dan meninggalkan semua yang dia sayang serta yang menyayangi dia.
Semoga kawan saya ini ditempatkan dikalangan orang yang beriman.
Aminn...
Wajahnya dalam profile fb terakhir. Sangat kurus berbanding waktu sihatnya.
Hmmm... dalam setiap gambar profilenya, ceria sentiasa wajahnya.
Orang yang baik Allah sayang dan ambil awal...
Hmmmm...
Saya tak tahu kesakitan dia... tapi kalau ada... semuanya dia bawa pergi bersama... kerana katanya, dia mahu orang tahu dia happy... sakitnya, susahnya dia akan mengadu pada Allah... bukan di FB
Entah kenapa saya rasa sedih...
Tentu dia sangat sangat baik dengan saya masa saya di UPM dulu... hmmm...