Search This Blog

Monday, October 29, 2012

Alhamdullilah...

Abis juga raya haji...

27hb Oktober.... sama seperti tahun tahun lepas, anak aku dan hubby sambut birthday bersama.  Tahun ni hubby 41 tahun dan si Najmi 4+1 tahun.  Cantik nombor ?

Kami sambut di Taiping kerana kami beraya di sana.  Makan mee kuah dan kek SR sahaja.  Penuh dengan adik beradik hubby la...

Apa nak citer ?  Hormon aku dah ok dah !

Petang sebelum raya, hubby ajak balik, aku merajuk.  Tapi bila hubby marah marah, aku pun pack barang nak balik.  Bila aku ajak balik, dia pulak merajuk.  Aku biarkan.  Sampai malam, masing masing masih merajuk.

Esok pagi, hubby semayang subuh sambil bertakbir sorang diri.... sayuuuuuuu jer dengar dia bertakbir.

Lepas tu, dia ajak aku balik jugak.... hahahaha... tah hapa hapa...

Sehingga saat ini, perasaan sayang aku pada dia rasanya sangat banyak... sama seperti waktu waktu dulu... Dugaan rumah tangga ni banyak, tapi dengan kasih sayang... aku harap kami dapat harunginya...



Thursday, October 25, 2012

Merajuk !

Salam,
 
Seperti yang sedia maklum Universiti telah memberi pelepasan awal bekerja pada pukul 1.00 petang bersempena dengan Hari Raya Aidil Adha. Oleh itu pihak syarikat memberikan kelonggaran kepada semua kakitangan untuk pulang awal bekerja.
 
Sekian, terima kasih.


Dapat email nih, tadi,  jadi sat lagi balik.

Aku masih nak marah... dan nak merajuk nih.

Eee.... tak ada mood nak raya nih !

Baju pun tak ada yang baru...

Kain banyak tak berlipat... 

Rumah pun kena tinggal gitu jer...

Balik cuti banyak kerja...

Arghhhh.... tensen...



Wednesday, October 24, 2012

Hari ini aku nak marah...

Tapi aku tak boleh cerita kat sini... jadi aku masih pendamkan dalam hati...

Arghhhhhhhhhhhhhhhh......


GERAM....



Sunday, October 21, 2012

That means atau thats mean ?

Aku pi majlis MOA tadi, jadi... kena la pakai baju kurung... kalau tak, jangan harap sangat la aku nak pakai baju kurung sekarang nih... Marin aku timbang, berat aku 50kg... entah betul entah tidak penimbang aku tu... nanti kena beli penimbang digital la...

Jarang dah nak pakai baju kurung... ini le sekali sekala...

Si bos aku tu ngutuk aku lagi tadi... kata blog aku utk orang 18 tahun ke atas... aku cakap, utk orang dah kawin... (aku maksudkan tak mau bagi dia masuk, sebab bicara dalam ni hal orang kawin jer !) 

Perasan comel... hahaha...  
 

Aku kerja dengan dia la sebagai bos aku/client atau apa apa la.  Dia ketua projek nih... orang KPT... Prof Y..

Berbalik kepada tajuk, semalam ada orang beritahu aku... orang melayu/orang yang tak terer English biarpun dah ada PhD berlambak.  Boleh kenal secara sepintas lalu... contoh bila mula buat ayat... Thats mean atau Its mean.... salah yer yer puan puan mula ayat gitu... mean tu maksud yang tak bagus... tapi patutnya it means / that means... gitu la lebih kurang... so, jangan buat ayat gitu lagi lain kali... nanti nampak kebodohan plak...

'That means' = itu bermakna.... bla bla bla... kan biasa kita guna... entah entah aku pun sama... hehehe... tapi tak apa, aku tak ada PhD... dan aku pun bukan teacher English...



Posted by Picasa

Melawat anak teman study...

Sekejap jer... tahun lepas jumpa dia, dia inform dia peknen 2 bulan masa start study... now, dah keluar pun baby dia...  Ohhh... ada rupa orang arab dak ? Hehehe... Siap ulang alik belakang orang arab nak kasi wajah seperti orang arab nih... hahaha...
 
 
 
 

Ini groupmate yang belajar sama sama tahun lepas (yang kecik tu pun groupmate gak, tapi dok dalam perut... hehehe...)
 
Terliur tengok baby, rasa nak gigit...
Posted by Picasa

Tuesday, October 16, 2012

Potong bila tensen ?

Semalam, aku tensen sangat.  Rasa nak marah pada anak buah sampai aku rasa macam nak balik waktu tu jugak... rehat kat rumah lagi bagus.

Tapi kerana komitmen, aku terpaksalah coolkan diri aku...

Jadi, utk hilang stress, aku pegi kedai gunting, gunting la rambut aku... aku suruh adik tu potong sampai bahu, dia potong sampai pendek la pulok.

Komen anak aku...

Abang : Mama cantik

Kakak : Macam Korea...

Budak dua orang dan yang kecik kecik tu dok gila dengan OPPA GENGNAM STYLE (GENGNAM ke GANGNAM hah ?) la pulok.  Kakak dah mula beralih ke drama Korea.  Tak tau la dia minat lagi tak dengan drama Indonesia.

Esok aku ke KISDAR lagi...


Tuesday, October 9, 2012

Citer citer... anak anak sakit...


Ari tu, masa aku nak pegi KISDAR, si Amalia ni demam.  Tensen aku.  Masa nak pegi tu la panas badan dia mencanak.  Puas aku jelum dengan air asam bagai, tapi sejuk sat, panas balik.  Bila aku ke KISDAR, hubby bawa anak pi klinik.  Aku balik malam tu, tengok dia dah makin ok.  Alhamdullilah...
Seminggu dia tak sihat, asik tidor jer... buat aku rasa tak best.  Yer la, kalau tidak, sora dia jer yang dengar nyaring... menangis dan menjerit !
 

Malam marin plak, si kecik ni sakit gigi, tak leh tidor.  Dengan aku aku tak leh tido.  Yang nak gelaknya, cerita malam tu. Dia tak leh tidor, asik pusing sana pusing sini.  Bila aku tanya dia sakit apa, dia senyap.  Aku tanya sakit gigi ker ? Dia kata tidak.  Lepas tu dia kata dia susah nak bernafas.

Panik aku bila dia cakap dia susah nak bernafas.  Macam macam penyakit sekarang ni, buat aku asik asik check dada dia, takut tetiba tak bergerak.  Seram koooo...

Lepas tu aku bawak kat hubby.  Hubby pun panik.  Bila anak masih tak leh tidor, kami pun bersiap nak bawa ke klinik la.  Siap aku berpakaian, hubby dukung anak.  Tanya tanya semula, rupanya dia sakit gigi.  Hahahaha...

Salin balik baju, sambung tidor hubby aku.  Kesian kat aku ni, siap la kena tidorkan anak atas riba aku.

So, paginya aku bawa dia ke opis.  Siap tidor kat opis, agaknya ngantuk sebab tak tidor malam tu.  Gigi dia mungkin dah lega skit.  Bila klinik buka jer, aku terus pegi.  Masa kena cucuk bius tu, meraung gak la Najmi nih...  Doktor cabut dua batang.  Kalau ikutkan, doktor nak cabut semua.  Dia suruh bius penuh (pengsan) dan cabut semua... kos dalam 2K.

Nak buat gitu, boleh jer... tapi aku kesian kalau sampai tak ada gigi langsung.  Sebab koman koman, tunggul gigi ada, boleh juga la dia kunyah nasik tu.  Itu pun dia marah gigi dia tak ada kat depan tu, dia nak gigit apa tah tak buleh... hahaha...

Tapi tak apa, 'Buang gigi yang jahat tu... yang buat adik sakit... sekarang, adik tak sakit lagi, adik boleh tidor malam dah...', aku kata pada dia...


Posted by Picasa

Progress rumah kat kampung...



Dah bayar lagi 10K (total dah 20K).  Dah siap sampai takat gini.  Cantik dak ?  Ok la kan ? Hehehe... rumah kami kat kampung nih, tak tau la berapa orang nak dengki... hahahaha... perasan orang nak amik tahu... padahal orang tak kesah pun. 

Sebenarnya kebahagiaan sebenar adalah bila dapat berkongsi apa yang kita miliki dengan orang yang kita sayang.  Aku harap, rumah ni nanti bukan jadi satu sebab bergaduh hubby adik beradik.... atau bahan untuk di'umpat' oleh kaum keluarga dia...

Happy jer ada rumah nih... cuma aku tak tahu apa akan jadi pada tahun tahun mendatang bila rumah siap... bagaimana dengan bil air + api... bagaimana nak uruskan rumah ni.... kalau ada yang duduk, bagaimana nak pastikan mereka jaga dan sebagainya.  Karang jadi rumah tempat orang isap dadah, tak pepasal pulak !!!

Apa apa hal pun, mentua aku dok kat sebelah, jadi mungkin mereka yang akan take care la rumah tu... lagi pun rumah tu atas tanah mereka...  Hubby aku pacak rumah jer...

Kalau ikut kelajuan mereka buat nih, mungkin ujung tahun, siap la rumah tu
Posted by Picasa

Saturday, October 6, 2012

Jumpa nonie

Tak sangka bley jumpa nonie malam tadi.  Aku ni siap la berdehem kuat nak dia pandang aku.   Satu kelemahan aku, aku memang cepat lupa atau lambat ingat nama orang.  Memang teruk paler aku ni.  Oleh kerana aku lupa nama dia (jangan marah yer nonie), aku pun beranikan diri pegi kat dia.... yer... wlaupun aku lupa nama, tapi rupa dia aku tak lupa....   gambar tak ambik, sebab kamera tak bawak... kami makan kat restoren hijau... panjang jer meja nonie.   Meja aku kecik je, makan2 satu family... biarpun perut kenyang.   Anak tuntut jalan2, itu pasal bawak makan. Kalau tak, nak kena pegi pesta konvo... pesta kali ini tak ada yang menarik yg sesuai utk kanak2 buas...

p/s : Budak nonie ni dah tak hapdet lama dah blog dia... pemaleh popaleh... kisah saya rozak pat kurun dah...

Tuesday, October 2, 2012

Esok ke KISDAR lagi...

Bizi betul.  Sampaikan aku tak sempat nak uruskan anak yang sakit dan itu ini.  Belajar pun lintang pukang lagi.  Tapi hari Khamis ni mungkin kena jumpa penyelia jugak la... Tadi pun penyelia call... siap tanya bila aku nak balik ke jabatan semula.  Dia nak cop aku masuk unit dia... hehehe...

Tapi bagus penyelia aku... dia seorang yang humble... yang buat kerja sama sama... bukan jenis ngarah saja. Cuma yang tak sedapnya, bila aku balik ke jabatan lama... gaji tinggal ciputttt... adoiiii...

Insya-Allah, tentu ada rezeki dari sumber lain... kan ?

Buat freelance kot ?

Caiyok caiyok....