Search This Blog

Monday, September 26, 2016

Selamat hari lahir Abang

Abang,

Tahun 2004, kita baru pindah ke Taman Resak.  Tak ramai orang lagi.  Bila petang, mama dengan Kakak bermain di taman berdua.  Kebanyakan rumah masih gelap.  Hanya ada beberapa buah sahaja berpenghuni.  Taman yang menakutkan.  Pernah suatu hari, kakak menangis menjerit mengatakan nampak sesuatu di siling rumah.  Mama juga ketakutan, menumpang berani pada abah sambil memeluk erat Kakak.  Mana Abang ? Abang masih dalam perut... dalam 4 bulan gitu.


Lama kemudian, jiran semakin bertambah.  Suka lihat jiran jiran yang sangat mesra.


Agaknya hantu dah tak ada bila orang makin ramai.


Pernah suatu malam, mama sakit perut, mama dibawa ke hospital oleh jiran kita.  Makcik Ros namanya. Masa tu mama hampir nak berguling sakit, sebab tu mereka kesian dan hantar mama ke hospital tanpa menunggu abah balik (dari bermain badminton... huhuhu..)


Pada waktu itu juga, doktor jangkakan anak mama nanti adalah perempuan.  Jadi, banyak la nama nama perempuan yang mama simpan.


Waktu mama tunggu hari bersalin, abah perlu outstation ke Taiping.  Mama terpaksa menumpang di rumah Pok De di Bukit Kayu Hitam.


Bila mama sakit perut, Pok De pun tak ada kat rumah.  Jadi, mama dihantar oleh jiran Mok De... budak budak baru dapat lesen jer yang drive... takut juga mama... tapi tak ada pilihan...


Sampai kat hospital, mama masuk wad bersalin, dan tungu masa bersalin.  Sakit perut dan sakit belakang tu hanya Tuhan yang tahu.  Mama mesej abah suruh balik cepat.  Mama rasa macam nak suruh keluarkan abang dengan segera.  Sakitnya tak tahan betul.  Berulang kali mama masuk tandas... dan berulang kali mama berjalan jalan untuk hilangkan sakit.


Sehingga ke pagi mama terpaksa tahan sakit.

Bila waktu hampir subuh, akhirnya abang lahir.  Pada hari ini 12 tahun lepas (26 September, 2004)

Selamat hari lahir Abang

Semoga abang jadi anak mama yang bertanggung jawab, soleh, baik, pandai dan berdikari serta mengasihi keluarga.


Mama harap abang bahagia dan berjaya dunia dan akhirat.


Oleh kerana abang lahir sebagai lelaki (tidak seperti yang doktor jangkakan), jadi, nama abang kami ambil dalam keadaan tergesa gesa.  Seminggu.  Izzat adalah nama yang Mok Teh cadangkan.  Hakimi adalah nama yang mama suka ... sebab mama nak abang jadi orang yang adil dan bijaksana.


Jadi, mama minta abah letak nama Nor Izzat Hakimi Bin Nor Rizuan.

Sampai di Pejabat Pedaftaran,  kerani kat situ suruh tukar kepada Nur plak. Abah pun ikut.


Itu la sejarah kelahiran abang dan bagaimana dapat nama abang.



Nasi Ayam Hainan (Noxxa)

Semalam anak kelaparan, jadi, puas fikir nak keluar atau masak apa.
Nak ajak anak makan luar, duit tak berapa nak cukup sampai ujung bulan depan... huhuhu... kena pekin sebab macam macam keperluan lain.

Tak apa... rezeki duit kurang... rezeki lain masih banyak... kan ?  Rezeki tak semestinya duit saja... kesihatan... kegembiraan... kelapangan... dan lain lain.  Syukurrr...

Jadi, buat la nasi bajet semalam... resepi Nasi Ayam Hainan...

https://www.facebook.com/tastemade/videos/1055197181234115/


Semalam tu buat la, anak cakap sedap... macam kat kedai... HAHAHAHA... gelak besar.  Mereka memang pandai ambil hati.  Tak caya, tengok la... tinggal banyak ni nasi, tak sempat nak snap, terus tinggal skit. 


Jadi, sebagai simpanan, sebelum lupa, baiklah saya catitkan di sini resepi nasi ayam ni yang saya buat malam tadi berdasarkan apa yang ada kat dapur.

Utk makan dalam 4 atau 5 orang

Bahan.

1 1/2 (satu setengah) tin susu beras
2 helai daun pandan (boleh tambah serai juga)
Sedikit halia + bawang putih + merah (tumbuk atau racik) 
1 sudu minyak jagung
1 sudu planta
1 sudu sos tiram
Sedikit perasa (kiub ayam) + garam
1 3/4 (hampir 2 tin susu ) tin susu air
5 ketul ayam (saiz ikut suka)

p/s : Saya suka guna tin susu untuk sukatan beras.  Hehehe...

Caranya :
Masukkan semua bahan di atas dalam periuk Noxxa.  Setkan SF, kacau sampai planta cair.
Masa ni boleh rasa samada airnya cukup rasa (masin yang sesuai)
Setelah cair planta, set kepada Steam selama 10 minit.

Tunggu sampai masak...

Sediakan kuahnya :
1. Sup kosong (gunakan kiub ayam + tulang ayam skit)

2. Kicap = kicap + sos tiram + air sedikit + madu
3. Cili = cili sos + limau nipis + air + cili besar/kecil potong kecil + perasa
4. Halia = Minyak bijan + halia+ gula + bawang putih

Selepas masak, asingkan ayam dan potong kecil supaya anak senang makan... hehehe...

Saya buat ni sekejap jer... sebab anak sangat lapar.  Macam anak burung dah anak saya nih.


Link dari FB
https://www.facebook.com/tastemade/videos/1055197181234115/

Monday, September 19, 2016

Cerita fantasi yang saya suka

Ini antara cerita ceritanya.

ONCE UPON A TIME dan MERLIN ...





Baru jumpa cari... ades !  Punya lama dah teringin nak tengok.


Siapa nak cari cerita apa apa yang best lama lama dan baru, boleh ke sini 

Raya Haji 2016

Selamat hari raya haji... dah terlewat sangat... tapi tak apa la... kita post jugak .... bila ada masa...



Sunday, September 4, 2016

Apam pokaldot gebus


Aritu abang nak makan apam pokaldot... selepas buat yang bersama dengan kek coklat kecik kecik tu, dia tak puas hati sebab tak rasa sama macam yang biasa.  Alahai, abis ovelet, lain plak rasanya, kurang gebu buat masa tu.  Kali ini buat dan jadi dengan gebusnya...



Gebus sangat ni tau... Ini bulat bulatnya kurang cantik... hahaha... ala... bukan nak jual, nak bagi anak anak makan jer... suka hati jer la yer... 

Esoknya saya gantikan yang merah ni dengan coklat... dan saya bentukkan love di atasnya....

Gini ler...


Oh ya... RESEPINYA amik kat sini yer :



Red Valvet Kukus

Kelmarin buat kek utk Kak Ya.  Birthday kak Ya pada 6 September, tetapi, oleh kerana ada UPSR dan dia bercuti pada hari lahir dia, jadinya saya buatkan pada hari Sabtu untuk dia bawa ke sekolah hari Ahad (Kedah kan !)

Selain dari itu saya juga buatkan kek coklat dan kek snow cheese biasa (yang bakar).

Saya harap dia gembira bersama kawannya...

Dia jual pada kawan dia kek, RM1.50.  Kawannya dah marah marah sebab dia tak bawa kek.  Patut pun dia mengamuk suruh saya masak kek cheese, rupanya dia berjanji dengan kawan dia.  Aduhai...

Dah la harga RM1.50... huhuhu... sabor jer la... bekas plastik ni pun harga 29sen...

Tidak la saya marah dia jual murah tu, tapi saya rasa terkilan sebab budak tu marah marah dia kerana dia lambat bagi kek... dan lagi satu... dia dah bawa hari Khamis tu, tapi budak tu plak cuti sebab demam.  Huhuhu... nasib badan !

Entah la, samada kawan dia datang atau tidak.  Kalau dia datang, saya harap dia dapat rasa.  Kalau tak, boleh la saya pulangkan saja duit mana mana yang dah berjanji dengan dia... ades ades... anakku !




RED VELVET CAKE  (kredit FB :Sapura Pua)

*Bahan A*:
1 cwn mnyak masak
 gula kastor
½ cwn susu pekat
1 cwn susu cair
1 sb cuka masakan
1 sk serbuk koko
Pewarna merah (agak2)
**satukan susu cair & cuka dlm bekas/cwn..biarkan 10 minit..adunan akan sedikit pekat..(adunan ni dikenali sebagai buttermilk)**

*Bahan B*:

2 biji telur ayam
Essen vanila

*Bahan C*:
1 ½ cwn tepung gandum/ tepung kek
1 sb baking powder
1 sb soda bikarbonat

*CARA-CARA*:

- Masukan semua Bahan A kedalam periuk dan masak menggunakan api perlahan..kacau sehingga gula betul2 larut..tutup api dan biarkan sejuk seketika..(pastikan susu dan cuka td disatukan terlebih dahulu sebelum dimasukan di dlm periuk)..pewarna tiada sukatan..lagi pekat lg cantik kek nnt..

-Pukul Bahan B sehingga berbuih dan kembang sedikit..( boleh guna whisk/blender/mixer )..kemudian masukan ke dlm adunan sambil kacau perlahan..

-Masukan pula Bahan C yg telah diayak terlebih dahulu sedikit demi sedikit sambil kacau..kacaw sehingga sebati..

-masukan di dlm bekas dan kukus selama 45 minit keatas utk bekas besar atau 15 minit (utk bekas kecil)..pastikan pengukus telah dipanaskan dahulu..masak dgn api sederhana..

**Jika nak ubah warna just masukan warna pilihan masing2

*CREAM CHEESE*: Topping

250 tatura cheese
6 sudu besar susu pekat
¾ susu cair (dlm tin)

*Cara-Cara*:
Campurkan semua bahan dan mixed sehingga sebati