Search This Blog

Thursday, April 30, 2015

Menyemai cabai cabai...

Aku mulakan projek semai pokok cabai ni pada awal bulan Feb 2015.  Ada tiga jenis cabai aku semai... beli cabai kat market Changlun jer... hehehehe...  Cabai besar, cabai bulat, cabai kecik...

Aku ambil bijinya, dan semai... dengan anak anak...


Ada yang aku semai dalam telur...

Ada dalam bekas telur..

Bila telah ada 4 daunnya, aku pindahkan dalam polibeg, dan letak bawah net nih...

Naiknya sangat tinggi dan kurang berbuah... jadinya aku letak kat luar.  Mulanya seksa pokok yang biasa sejuk tetiba kena jemur.  Aku juga mula dapat petua utk buang pucuknya supaya dia bercabang dan rendang... hmmm... tapi dah sangat terlewat sebab pokok dah paras dada aku dah... hahaha...  Pokok ni pulak tak berapa kuat... asik la nak terbalik sebab terlalu tinggi...



Aku pindahkan ke kawasan yang lebih kena cahaya tetapi biar dia diselang seli dengan tali supaya pokoknya boleh sangkut kat tali ... dan tak tumbang...
Ini gambar marin... 29hb Mei 2015...

Cili bulat besar... atau capsicum annuum... 

Buah ini ler... ehsan gugel... tak ingat dah kaler apa... mungkin hijau kot...


Tak tau la berjaya berbuah atau tidak cabai bulat ni...  buat masa sekarang dah start berbunga dah...

Benih cabai besar tu dah berbuah dah... Tok Su pun dah ambil buat letak dalam masakan... dan hubby pun buat ulam... tak pedas pun katanya.  Aku tak berani nak ratah gitu... hehehe...


Menyemai Ros Jepun...

Ini benih asal kat rumah... ada satu jenis jer...

Lepas tu ada kawan beri benih.  Free jer.  Aku semai banyak banyak... Tapi tak la banyak sangat lagi.  Tapi ni hanya untuk permulaan... kan ? Nanti kita biakan merata lagi yer...  Kelmarin abis bersepah botol botol tu sebab agaknya kucing langgar... hari ni nasib baik skit... semua masih tersusun lagi atas tu... semoga kuat skit... nak gantung cantik cantik...

Ini salah satu cara aku menyemai... belajar kat FB... Macam hidroponik, tetapi tak pakai baja pun... letak air jer... baja taruk atas... hehehe... Tapi ada jer air baja kalau nak baja kat air tu...


Ini yang kawan beri... penuh plastik nih...  Berbahagi sesama kawan seopis juga... dengan syarat, mereka kena amik gambar bunga tu nanti, dan aku akan minta semula pada mereka mana mana bunga yang aku tak ada... hahahaha... bagus kan ?



Monday, April 27, 2015

Menyemai pokok pokok...

Anak anak yang membantu mengisi tanah dalam polibeg.  Tanah aku campur antara tanah hitam, tanah merah dan pasir sikit.  Peratusan tak ada... aku main campur sesedap rasa.  Ada juga yang aku campur dengan baja kompos semula jadi... yang hubby bakar daun daun kat tepi tepi pagar tu... 

Lepas tu, kami kerat dan cucuk cucuk dalam polibeg...

Ini antara benih yang beli sebab dah beberapa kali aku semai guna cabutan pokok kat tepi surau tu, tak berjaya subur.  Dulu, sekali jer dah nampak kukuh skit, hubby pi tebas... uwaaa... sedih !

Ini ler tempatnya aku menyemai... bawah net itam tu... 

Ini semai pokok benih yang beli kat AEON BIG... entah ok atau tidak... tak tau la aku.  Kira nasib la yer...  Lepas taruk tanah dalam bekas telur ni, siram... dan tutup semula dengan plastik tu.  Tujuan aku tutup tu sebab takut hujan... nanti kalau basah sangat, abis la tanah tu hanyut... ekekeke...

Yang sebelum ni aku tutup dengan daun pisang... kali ini aku tutup dengan plastik baja tu jugak la...






Ulam Cekur...

Cekur ni makanan yang sesuai utk orang tua tua skit.  Kiranya aku ni tua la.  Kalau aku muda muda dulu, tak ada la nak makan benda benda macam ni.

Aku belajar makan ulam cekur ni bila dah kawin.  Arwah Opah suka masak kerabu keli yang letak cekur ni salah satu dari ramuannya.  Sedap sangat.

Feberet hubby la... jadi... aku pun belajar la masak masakan kegemaran dia... isteri mithali la katakan. Oleh kerana kekadang susah juga nak dapat cekur ni, makanya aku pun tanam la.  Memula tanam dulu sangat kurus dan kecik, sebab letak atas tanah dan pada musim panas kering.

Selepas join group FB, hobi aku menanam yang dah lama terbenam muncul la kembali.  Jadinya, aku beli la banyak banyak tanah dan polibeg...


Lalu aku angkat yang dok kat atas tanah, taruk dalam polibeg, letak bawah teduhan plastik hitam tu...


Subur naiknya... dan dua kali dah amik makan... kalau tak, penuh polibeg nih...


Aku pun amik lagi yang atas tanah... dan masuk dalam pasu... letak bawah teduhan...

Ini juga... harap ianya naik subur...


Ini isinya... gambar pinjam gugel punya...

Ini kerabu versi Opah kami... kalau letak cabai merah, kalernya lebih merah...

Kerabu Keli Resepi Opah :

Bakar keli...

Tumbuk sambal belacan... campur dengan ubi cekur dan tumbuk sekali.
Potong bawang dan daun cekur diricik halus...
Letak dalam pinggan semua bahan kat atas dan campur dengan santan pekat...gaul serta tambah rasa apa yang kurang... garam... cabai.... asam ... dan lain lain rasa yang sesuai dengan lidah kita...  

Tuang atas keli bakar dalam pinggan lain, atau letak jer keli tu dalam pinggan kuah tu...


Gitu jer aku buat...







Resepi yang proper skit... tapi beza skit dengan resepi opah...

Resepi Kerabu Keli :

3 ulas ubi cekur.
3 ulas bawang putih dibakar.
2 ulas bawang merah dibakar.
Beberapa helai daun cekur muda dihiris halus-halus.
Beberapa biji cili padi, mengikut darjat kepedasan.
Semangkuk santan kelapa perahan pertama dengan air masak.
Sedikit garam dan gula (jika mahu)
Sedikit air limau (jika mahu).


Tumbuk ubi cekur, bawang putih, bawang merah dan cili padi hingga lumat.
Gaulkan dengan semangkuk santan kelapa. Sekali dengan hirisan daun cekur.
Masukkan dan adjust garam, gula (jika mahu) dan air limau (jika mahu).
Ikan keli yang masih panas dipanggang tadi dicelupkan ke dalam sambal santan tadi. Biarkan terendam beberapa ketika sebelum di makan dengan nasi panas.

Kredit : http://akuyangakut.blogspot.com/2010/07/anak-ikan-resah-menanti-malamhabuan.html

Sunday, April 26, 2015

Bunga rampai...


Cantik kan bunga melur ?

Baunya sangat sangat wangi.  Apatah lagi kalau dicampur dengan pandan...



Jadi bunga rampai.  Dah dua hari bunga rampai dok dalam bilik kami.  Wangi sangat... tak payah letak pewangi.

Bunga melur tu aku minta dari jiran kami.  Tanpa rasa malu... hahahaha...

Tapi, untuk mengelakkan malu secara berterusan jika minta dengan dia secara berterusan juga, aku pun semai la keratan pokok yang dia bagi.

Harap tumbuh dengan jayanya...

Dah dua hari juga aku lalu kat keratan batang dengan bunga yang masih lekat tu... wangiiii jer bau dia.  Aku harap boleh tanam kat rumah aku... supaya wangiiii jer taman kami nanti... aiceh... taman la pulak !


Update bumbung rumah lagi...


Bumbung rumah 99% siap dah...

Itu baru bumbung luar... huhuhu...

Kat dalam rumah tu, siling kena tukar.  Tapi pelan pelan la...

Hubby nak tukar cat yang buruk tu, minta kongsi bayar.... tapi aku ada banyak benda yang urgent perlu didahulukan... contohnya... bil tiap bulan... dan hutang hutang... hahahaha...

Sabor jer la...

Insya-Allah... ada la rezeki nanti... kan ?



Tuesday, April 21, 2015

Proses edit video dan upload ke youtube : Itik dari botol terbuang

Menggunakan software free dari internet.  Namanya VideoPad... bukan pad biasa tau... hahaha...


Aku fikir mulanya susah nak buat, rupanya mudah jer... sekali belajar jer, terus jadi...


Terus  upload ke youtube :




Okeh... dah berjaya pun buat video... kepada sesiapa yang nak belajar buat ITIK Dynamo atau itik dari botol terbuang, boleh la refer sini :
https://www.youtube.com/watch?v=IbreLuKRB80


Ini baru baru belajar, first time edit video.  GIGIH kauuu... hahaha...

Sabor jer la...

Best, nanti boleh edit video macam macam... kan ?

Lari skit dari kerja biasa atau kehidupan biasa...

Antara bentuk bentuk lain ITIK dari botol terbuang/kosong.  Tak pernah buat lagi, ambil pic dari FB jer ni.

Boleh try sendiri nanti yer...

Botol breeze...




Ini yang aku cuba... sayap kasi macam nak terbang.  Senang nak isi tanah dan tanam pokok.  

Tanah tak ada kat umah (biarpun tanah laman besar... hahahaha).  Nak kena beli lagi tanah.  Tak dapat lagi orang yang nak hantar selori tanah topsoil nih.  Kalau ada senang skit... tanah skit skit dalam plastik ni nyusah jer !





Wednesday, April 8, 2015

Tuesday, April 7, 2015

Audit MyRA...


Nak jugak tempek sebagai kenangan nih.  Ingat senang ker nak bergambar gini dengan bos besar kat tempat aku kerja ? Hehehe...

Korang kenal mana satu aku ?  Kecik jer gambarnya.  Kot masuk paper pun gambar gini agaknya sorang pun tak tau itu aku...

Hahahaha...


Hari yang kelam kabut...

Kak Ya... sakit gigi...


Semalam, Kak Ya sakit gigi... aku bawa paginya ke doktor.  Doktor bagi ubat tahan sakit dan antibiotik.  Petang tu dah bengkak separuh muka dia... refer gambar atas.

Kesian kak Ya.  Masa aku kat klinik, Pak Tam call cakap mak mertua Kak Mar meninggal.  Aku pun berbelah bagi nak pergi atau tidak... last last aku buat keputusan untuk pergi dan tinggalkan kerja dulu.  Ambil anak anak dari sekolah... berderet anak anak aku kutip sorang sorang dari kelas mereka.

Lepas mengunjung tu, balik malamnya, dapat pula berita, mertua Along (anak Pok De) meninggal. Hmmm.. dua kematian dalam satu hari.  Sorang pukul 8.30 pagi lebih kurang... sorang lagi 8 malam lebih kurang.

Takziah untuk mereka semua yang tinggal.

Pagi ini, kakak pula demam.  Kak Ya dan Kakak tak pi sekolah.  Kak Ya masih bengkak pipinya biarpun gigi dah kurang sakit.... dah minta makanan kerana lapar pagi ini.

Aku call Tok Su minta dia tolong buatkan air milo dan juga buatkan moi utk dia.  Kak Ya dan Kakak makan moi saja malam tadi.

Harap anak lelaki aku dua orang tu tak berjangkit sakit macam macam.  Aku sendiri dah dua hari batuk. Malam malam lagi la teruk.  Tapi tak ada la teruk sangat... biasa saja.  Agaknya perubahan cuaca kot.

UPDATED :

Balik tengah hari tu, aku tengok muka Amalia makin teruk.


Terus aku ambil gambar utk ditunjukkan kepada doktor.

Doktor kata badan dia mungkin react pada antibiotik secara berbeza.  Jadi, dia beri ubat Beazyme ni untuk surutkan bengkak.  Ubat paracetamol tu utk tahan sakit, aku ambil lagi incase Amalia masih sakit.  Nampaknya dia tak perlu pun ubat tahan sakit lagi.  Tapi dia suka dengan ubat Beazyme ni sebab ubat ni manis agaknya... macam coklat !

Hehehe...

Pagi ini (8/4/2015), nampaknya makin surut.  Doktor suruh jumpa Khamis untuk keluarkan nanah. Harap Amalia makin sihat...

Susah hati la kalau anak sakit... kan ?




Monday, April 6, 2015

Bumbung dan siling...

Sekarang ni kami dalam proses nak betulkan semula bumbung.  Bumbung yang begini buatkan bocor bila hujan.

Bumbung yang sangat 'tara' ... sepatutnya sudut mesti dalam 45 darjah... ini.  Dalam keadaan ini, air hujan akan ditolak semula dan masuk ke dalam rumah.  Jadi, rancangan kami, bumbung ini akan dibuat bentuk M.  Suka hati la abang Din, asalkan tak bocor sudah !


Kesannya, bocor dan siling runtuh.  Khemah anak utk mereka main main dalam tu... Dah jemu, tak main dah pulak.  Esok esok nak simpan balik la...

Kawasan ini akan banjir bila hujan dengan angin yang kuat.  Kalau hujan skit skit jer, tiada kesan.  Sepanjang musim kering panas baru ini, sedikit lega, tetapi bila masuk musim hujan semula, hati aku rasa sangat stress... itu sebab upah juga tukang perbetulkan bumbung dan korek jugak duit yang ada skit skit tu...

Memang sangat mengecewakan abis duit macam tu saja.  Tapi, tak apa la... kalau tidak, tak meriah la hidup kan ? Huhuhu... nangis...

Utk bumbung tu, kami kena abiskan dalam RM6K.

Untuk cat semula kat luar tu, sekali dengan upah, kena bayar RM800.   Untuk siling belum ada bajet lagi.  Mungkin dalam RM3K kot.  Tak pasti lagi sebab belum buat tanya harga lagi.

Itu belum lagi kira barang letrik yang perlu diisi semula (lampu dan kipas)... leceh kan ? Macam baru pindah masuk !  Adeh adeh adeh... sabar la hati !

So, peringatan utk orang lain... carilah tukang yang ada sejarah yang baik dan boleh dihubungi dengan mudah... tinggal setempat... bukan pindah randah !

Memang ambil mereka sedikit murah, tetapi tiada jaminan langsung... dan ada yang lari macam tu saja.  Ambil orang Indonesia pun sama... murah, tetapi... dinding aku termasuk ke rumah jiran... abis RM2500 utk betulkan semula dinding saja... huhuhu...  sabarlah hati...

Ambil tukang yang duduk sekitar tempat kita... samada di kedai atau tukang Melayu kampung yang ada sejarah baik... biarlah lambat, asalkan kita tak kecewa... lagi satu... jangan la tergoda dengan tawaran murah di awalnya, kerana skit demi sedikit mereka akan naikkan harga ... last last sama juga dengan tukang lain yang menetapkan harga secara keseluruhan.

Gitu la pengalaman kami...

Pengalaman dengan harga yang mahal !!!


Sunday, April 5, 2015

Selamatttt.....






Ada orang tolong buatkan... hehehe...



Itik Dynamo...

Tahun ni memang tahun aku cuba macam macam...

Jadi, salah satunya Itik Dynamo ni.




Aku refer http://wahiddaud.blogspot.com/2014/08/hiasan-dari-botol-yang-dibuang-jadi.html

Kaler kaler cat aku serah pada anak anak.  Potong memotong kena aku yang buat sebab guna pisau tajam dan gunting dapur.

Dulu dah buat sekali... Tok Su buat guna pisau yang dipanaskan.  Tak berapa nak jadi sebab tepi tepinya jadi gerigi dan hitam skit....  Now, aku beli pisau / cutter yang lain yang lebih keras dan tajam, nampaknya senang skit nak potong.

Asalnya gini.

Proses mengecat putih dulu...



Cat merah dengan putih skit skit...


Gitu ler aktiviti aku dan anak anak hujung minggu...

Sedang ngumpul benda ni banyak banyak... boleh buat tempat taruk bunga atau tempat letak alat tulis... apa apa la kan ?



Pisau, gunting, skru driver, skru saja yang aku gunakan.  Eh... tak lupa juga whiteboard marker supaya boleh dipadam semula...

Ini jer la tiga ekor... Nak buat banyak banyak lagi dan nak susun bunga ros jepun.  Nanti sapa ada ros jepun tu boleh la share...