Search This Blog

Sunday, March 31, 2013

Sakit kaki...

Cuti sekolah minggu lepas kami balik kampung di Perak.  Kali ini boleh tidor kat rumah sendiri dah.  Pasang tikar getah dan pasang kipas, elok jer kami anak beranak penuh ruang tamu tu.

Pak Tam mai singgah tidor kat umah kami... merasmikan rumah.  Riuh rendah sepuluh budak dalam rumah tu.

Balik kg buat ubat untuk Amalia.  Hari Khamis terakhir sekolah, bawa Amalia ke sekolah dan dia berjanji dengan PK HEM utk pegi sekolah.  Hari ini aku hantar, tengok PK HEM plak tak ada... dia pegi kursus.  So, kita tengok esok plak la macam mana nak menghadapi kerenah Amalia nih.

Hari ini aku masuk kerja.  Berlonggok kerja.  Kaki/peha plak lenguh... aduhhh... apasal tah.

Ok la... tak ada cerita hari ini...





Monday, March 25, 2013

Fahami orang lain...


Psikologist mengatakan:

1.  Apabila seseorang itu terlalu ketawa  terbahak-bahak biarpun hanya perkara kecil  yang langsung tidak lucu dan kelihatan  bodoh, dia sebenarnya seorang yg  mempunyai jiwa yg sangat sunyi.

2.  Sekiranya seseorang itu banyak tidur, dia  org yang kuat bersedih.

3.  Apabila dia kurang bercakap tetapi pantas dalam berbicara, bermakna dia menyimpan seribu rahsia.

4.  Sekiranya dia sukar untuk mengeluarkan airmata, dia seorang yg lemah.

5.  Kalau senang menangis meskipun benda yg kecil sahaja, dia seorang yg berhati lembut.

6.  Dan sekiranya dia cepat marah biarpun perkara sekecil kuman, itu bermakna dia perlukan kasih sayang.

Berusahalah untuk memahami orang lain, selepas kita memahami diri kita sendiri.

Bukan 100% betul, tetapi ada sedikit kebenarannya disitu….


Semua kat atas tu aku amik dari email yang mungkin mereka pun ambil entah dari mana.  Tak ada sumber... so, sesapa yang first post tu, tak dapat la nak kreditkan.

Aku hanya ingin berkongsi ini supaya kita lebih positif dalam menghakimi orang lain, kan ?  Tak betul pun tak apa, tapi sekurangnya kita cuba positifkan sudut pandangan kita pada sesuatu yang kelihatan seperti negatif.  Aku dah banyak amalkan benda ni... cuma kekadang hati kecil ni tak mau belajar.

Tak apa... bila kita dah cuba bersikap positif pada semua perkara, sikap orang, dugaan Allah dan sebagainya dalam hidup, rasanya mungkin hidup kita akan lebih tenang dan ceria.  Dan bila hati kita tenang dan ceria, wajah kita tentu lebih manis...

Pastikan hati kita ceriaaaaa... kerana apa yang ada di hati terlukis di wajah... ewehhh... berfalsampah poyo gitu....

p/s : Hari ni mood happy skit...

Sunday, March 24, 2013

Hari bayar bil tru internet

Haaaaa... tengok kau, abis dekat seribu bayar bil jer... Itu belum bayar yuran tadika anak lagi.  Belum bayar tuisyen kakak lagi...  besar periuk besar kerak... banyak nasik... hangit pulak... itu sebab kerak banyak... hahahaha... poyooooooo....

p/s : Ada orang tak suka buat bayaran tru internet kerana katanya dia tak percaya pada internet.  Hmmm... dia tak tau, kat kaunter pun orang bley curi duit... credit card pun orang leh curi duit... tambah kalau dalam henbek... selalu kena curik... adohaiiii....


Thank you for using Bank Islam Internet Banking!
You are advised to clear your cache after each session.

Session Summary Report
Date : Sun Mar 24 10:17:00 CST 2013

Logon
Completion Status : SUCCESS
You Logged on at 24/03/2013 10:10:58 AM

Registered Bill Payment
Completion Status : SUCCESS
Date : 24/03/2013 10:11:39 AM
Your transaction has been executed on : 24/03/2013
Your transaction confirmation number is : 207185
Service Provider : Syarikat Air Darul Aman Sdn Bhd
Details : 1200532100015,,
Account : Savings 0209 580161 MYR
Amount : 100.00 MYR
Description :  Umah sendiri...

Registered Bill Payment
Completion Status : SUCCESS
Date : 24/03/2013 10:11:52 AM
Your transaction has been executed on : 24/03/2013
Your transaction confirmation number is : 207203
Service Provider : Syarikat Air Darul Aman Sdn Bhd
Details : 1200384049012,,
Account : Savings 020 580161 MYR
Amount : 10.00 MYR
Description :  Rumah sewa..

Registered Bill Payment
Completion Status : SUCCESS
Date : 24/03/2013 10:12:05 AM
Your transaction has been executed on : 24/03/2013
Your transaction confirmation number is : 207216
Service Provider : MAXIS Telecommunication Sdn Bhd – Powered by PosOnline
Details : 1232761195,0125488174,
Account : Savings 0 20580161 MYR
Amount : 60.00 MYR
Description :  Broadband jer...

Registered Bill Payment
Completion Status : SUCCESS
Date : 24/03/2013 10:12:19 AM
Your transaction has been executed on : 24/03/2013
Your transaction confirmation number is : 207233
Service Provider : TENAGA NASIONAL BERHAD
Details : 02420016773707,,
Account : Savings 020 20 80161 MYR
Amount : 200.00 MYR
Description :  Umah sendiri...

Registered Bill Payment
Completion Status : SUCCESS
Date : 24/03/2013 10:12:34 AM
Your transaction has been executed on : 24/03/2013
Your transaction confirmation number is : 207247
Service Provider : TENAGA NASIONAL BERHAD
Details : 02420015331003,,
Account : Savings 02093 80161 MYR
Amount : 100.00 MYR
Description :  umah sewa

Registered Bill Payment
Completion Status : SUCCESS
Date : 24/03/2013 10:12:51 AM
Your transaction has been executed on : 24/03/2013
Your transaction confirmation number is : 207257
Service Provider : ASTRO (MEASAT Broadcast Network System)
Details : 0819632533,,
Account : Savings 02093 0161 MYR
Amount : 150.00 MYR
Description :  umah sendiri

Registered Bill Payment
Completion Status : SUCCESS
Date : 24/03/2013 10:13:06 AM
Your transaction has been executed on : 24/03/2013
Your transaction confirmation number is : 207269
Service Provider : ASTRO (MEASAT Broadcast Network System)
Details : 0891262167,,
Account : Savings 0209 80161 MYR
Amount : 70.00 MYR
Description :  mak punyer

Credit Card Payment
Completion Status : SUCCESS
Date : 24/03/2013 10:16:23 AM

Your transaction has been executed on : 24/03/2013
Your transaction confirmation number is : 207439
Destination Account : BIC 5422610000524939 MYR
Source Account : Savings 020 161 MYR
Amount : 263.20 MYR

Saturday, March 23, 2013

great doctor

citer ni main kat astro sekarang. tadi aku tengok. sedihnya. aku minat sangat ke min ho tu. sangat cute. dia satu2nya pelakon yang boleh buat jantung aku berdegup laju bila tengok muka dia... hahaha... poyo betul kan ?  aku minat sangat kat gaya lakonan dia yang ala ala lelaki misteri nih.
aku minat gak dengan somi aku. dia pun macam min ho.... tak ada la hensem macam min ho, tapi dia misteri... hahaha...
tadi aku jenjalan kat dalam kampus, bawa anak pegi sana.  aku bawa juga anak pegi rumah lama kami sebelum mereka lahir.  masa dok kat situ, yang ada hanya kakak, itu pun dia dah lupa.   masa masuk kat situ, tetiba aku rasa sayu.  tingat masa masa gelap dalam hidup aku.  pernah masa aku tunggu hubby yang tak balik balik, aku jalan2 dalam kampus dan tahan keter orang untuk keluar ke bandar. dalam kampus mana ada bas memalam kan terutama masa cuti semester.  tak malu betul aku waktu tu.  bila aku ingat sekarang ni, terasa pulak malu.... ekekeke malu yang terlewat...
lepas tu kami lalu plak kat rumah ngasuh kakak masa dia kecik.  teringat senyuman kakak tu yang sangat suka gelak mengekek.  dia dah meninggal... alfatihah untuk kakak tu.  
aku juga teringat citer lama masa baca blog irfa pasal citre melayu hal somi tipu isteri nak balik mesia.  aduh.... rasa panas jer dada aku bila ingat saat tu, kena tipu idup2.
kita tau dia tipu dan dia reka macam2 citer yang kita tak tau macam mana nak hadapinya kerana kita rasa kita  hanya patut bersabar.
hahaha... pelek bukan ?
cubalah berkahwin dengan lelaki yang kita cuba untuk cintai selepas berkahwin... itulah rasanya... 
tapi sebagai perempuan yang ada harga diri, jangan sesekali buat macam aku... aku tak nasihatkan jadi macam aku.  kita harus bersama dengan org yg hargai kita.  tapi kalau dah ada anak berderet... kena fikir 4 juta kali hal harga diri kita. kerana sebaik baik suami kita, ianya mesti ayah kepada anak kita... kerana bila anak kita bahagia, yang lain akan menyusul ?  betul ke ? 
entah... aku pun sedang praktikkan... dan cuba sayang somi aku dengan sepenuh hati ni.



Wednesday, March 20, 2013

Bz sangat...

Aku bizi dengan memacam perkara yang aku sesaja buat bz.  Kalau nak relex pun buleh jugak... tapi rasa macam tak best pulak bila tak berusaha selesaikan masalah 'keselowan' sistem yang aku buat nih.

Ok...

Minggu lepas aku perang skit skit dengan hubby.  Citernya aku nak nasihatkan dia supaya dia dapat membeli barang dapur secara bulk pada awal bulan/dapat gaji supaya aku tak payah nak pesan pesan pada dia bila barang abis.

Dan seperti biasa dia tak mau dengar dan ambil ringan apa yang aku nak katakan.  Bila dia start gelak gelak cakap aku berleter, darah aku naik la.  Ilang abis hormat aku pada dia, mula la aku nak marah marah.  Bila aku start marah, dia pun kata la aku tak hormat dia... bla bla bla panjang lebar la dia cakap yang aku tak boleh sebut kat sini...

Dua tiga hari aku buat tak tau pada dia.  Tak bercakap... kalau bercakap pun atas urusan  yang sangat penting atau urusan anak anak.

Lepas tu, aku tengok la dia beli la barang dapur... e.g.  bawang besar... beli satu guni (guna kecik la!), gula pun ada la dua paket... dan entah apa lagi aku tak perasan.  Tapi ada la improvement... kan ?

Nanti aku nasihat lagi...

Sepatutnya dia lebih prihatin pada keperluan.  Banyak la yang kena nasihat... tapi aku tak tau cara terbaik nak nasihat dia tanpa dia permainkan kata kata aku atau dia tersinggung.

Bukan apa... salah satu word defence dia adalah... dia tak banyak duit...

Aku cakap... aku tak minta dia beli beg tangan... aku tak minta dia beli kasut... aku hanya minta dia beli  barang keperluan... tapi aku tak sempat nak bercakap secara slow talk sebab dia sudah marah !

Sebenarnya perkara ni mudah saja... kalau kita budget awal bulan, berapa barang yang kita kena beli setiap bulan... dan allocatekan siap siap duit tu, senang la...
Kalau beli barang skit skit... abis beli... abis beli... leceh laaaaaaaa !!!

Bukan aku tak bley beli sebenarnya... tapi sebab aku dah beli banyak barang.  Hanya beberapa perkara sahaja yang aku letak tanggungjawab pada dia... dan aku mahu dia laksanakan tanpa ada alasan !!!

Apa apa pun, syukur pada Tuhan kerana dia tak uji aku dengan masalah kewangan.

p/s : Sebenarnya hubby ada utang keter dan lain-lain yang besar jumlahnya.  Jumlah utang tu memakan lebih separuh dari gaji tetap dia.  Tapi itu bukan alasan untuk dia lepaskan semuanya atas bahu aku... kan ??? Sebab dia ada gaji tak tetap yang boleh cover semua tu... aku rasa la.  





Monday, March 18, 2013

Men and Women...

Salam semua,

Aku sedang baca : http://khalidrafiq.weebly.com/uploads/2/6/0/3/2603611/why_men_dont_listen_and_women_cant_read_maps.pdf


Sedikit kelakar... buleh jadi bahan bacaan lucu sambil tambah pengetahuan.

Men marvel at the way a woman can walk into a room
full of people and give an instant commentary on
everyone; women can't believe men are so unobservant.
Men are amazed how a woman can't see a red flashing
oil light on the car dashboard but can spot a dirty sock
in a dark corner 50 metres away. Women are bewildered
by men who can consistently parallel park a car
in a tight spot using a rear-view mirror, but can never
find the G-spot.
If a woman is out driving and gets lost, she'll stop and
ask for directions. To a man, this is a sign of weakness.
He'll drive round in circles for hours, muttering things
like, 'I've found a new way to get there' or 'I'm in the
general area' and 'Hey, I recognise that petrol station!'

Tapi aku bizi pulak, jadi kena la berenti.  Nanti free free aku baca lagi.

Sebenarnya aku sedang memahami kenapa lelaki dan perempuan berbeza dan bagaimana aku nak menghadapi situasi ni dengan senang hati.  Aku sedang perang dingin dengan hubby sebab aku masih marah pada dia bila dia buat lawak saat aku sedang serius.  Gitu la... biarpun kami tidak lah bergaduh gugang gugang, tapi aku akan ke bilik bila dia di ruang tamu.  Bila di meja makan, aku makan dengan dia, tapi meja sangat sunyi sepi... sebab anak makan dulu dari kami.

Aku tak ada tensen sangat dengan keadaan ni... biasa la.

Setiap pagi hubby dan aku bersalam... tapi kurang mesra... dan tiada lagi goodbye kiss... pun aku dah tak kesah... Malam tadi, aku tidor sangat awal... dia masuk bilik pukul berapa pun aku tak sedar, tapi bila aku tengok jam, pukul sebelas lebih pun dia masih tengok TV (atau TV tengok dia... entah !)


Aku rasa keadaan ni akan berakhir sedikit masa lagi... bila saja aku boleh solat...

CEH !!!


Sunday, March 17, 2013

Anak anak !

Assalamualaikum,

Lama juga aku tak bercerita hal anak anak lain dalam blog yang tajuknya PERMATA nih.  Lately citer pasal si Amalia saja.

Sebenarnya perkembangan lain... Si Izawani Aina darjah 6 sibuk dengan tuisyen dan segala aktiviti dia... pancaragam la... sukan la... itu la... ini la.  Heran aku, dah nak pekse tahun ni, patutnya sekolah kurangkanlah aktiviti utk budak darjah 6.  Tak faham aku.  Yang aku sendiri ni plak, pandai komplen jer, hari Khamis lepas mesyuarat PIBG tak masuk pun... isk...

Aku juga kena ajar dia membantu aku kat rumah... tapi dia masih fikir yang aku ni kena buat semua kerja sebab aku ni MAMA.  Amboiii... apa dia fikir mama dia ni bibik ker ?

Si abang plak... darjah 3... macam biasa.  Sekarang ni suka sangat dengan seluar kecik BOXER plak.  Tak mau pakai dah seluar dalam kecik.  Mulanya aku tengok dia dah pakai seluar kecik kecik dulu tu as seluar dalam, lelama tu aku pun beli la boxer plak utk dia.  Seronok sangat dia bila aku beli boxer.  Agaknya pengaruh kawan kawan atau mungkin dia dah besar dan malu skit nak pakai underware kecik masa mandi kat cafacare.

Oh ya... kakak dah darjah 6... bentuk tubuh dah semakin kearah kewanitaan.  Si abang plak, masih macam tu lagi... mandi bugel kat umah dan masih lagi terayun ayun kehulu hilir tanpa rasa malu.

Aku masih cuba buat mereka berdua lebih bertanggung jawab... tetapi tiap hari la kena marah dengan aku.

Amalia... darjah 1, aduh... aku tak tau kalau hari ini dia masuk sekolah.  Tapi rasanya mungkin tidak.  Masih suka nangis dan suka menjerit... Kalau menangis tu macam kena pukul sampai patah riuk... biarpun kami tak sentuh skit pun. Aduiii la...

Si Najmi... 6 tahun, budak ni memang rajin sangat dalam serba serbi.  Sangat teliti dan sangat manja.  Tangan dia yang melecur kena panas... tapi dia tak tau pun kena apa bila aku tanya... masih berbalut dengan kain kasa dan bandage sampai hari ini biarpun dah seminggu dah... auta jugak nih.

Bila hari cuti, budak budak ini akan menghuru harakan rumah.  Tunggang langgang rumah dibuat mereka kalau aku masuk rehat dalam bilik.  Kalau aku dok kat luar nak rehat, mereka akan buat aku rasa nak menyelam dalam air... bagi tak dengar sora mereka yang menjerit jerit macam dok kat pesta.  Lepas tu, kalau aku yang menjerit, mereka akan diam sekejap... lepas tu... bisik bisik sekejap... lepas seketika... menjerit lagi... aduiiii laaaaaaaa....

Sib baik hari Jumaat ada aku upah tukang cuci.  Jadi clear skit rumah hari Jumaat tu.  Sabtu tunggang langgang balik.

Semalam aku merajuk dengan hubby, jadi, seharian aku dok dalam bilik malas nak bersembang dan buat kerja lain selepas memasak.  Pagi ni aku bangun, tengok rumah macam tongkang pecah.  Rasa aku nak jer marah pada hubby... tapi dek kerana aku ni masih mogok dengan dia... aku diamkan ajer sambil kemas kemas rumah... Adoiii...

Gitu la kerenah bila anak ada 4 orang... kecik kecik....

Bior jer la ... kan ????

Seram plak fikirkan cuti hujung bulan nih kan ?




Thursday, March 14, 2013

Habis proposal defense..


Salam semua....

Adeh...  pagi tadi masa fikirkan nak kena bentang proposal dan nak kena defense, skit punya takut aku. Masa tu nak rasa sakit perut nak terkenc... nak terb... hahahaha.... Tah hapa hapa...

Pepagi aku datang awal sangat nak prepare.  Masuk jer bilik tu, aku bukak lampu, pasang komputer, tetiba masuk plak sorang panel, suruh aku present terus !

Ha... kau...  Aku pun terus redah gitu ajer la.  Lepas tu dia keluar mesyuarat !

Lepas tu, masuk panel kedua, kena present lagi sekali...  Sampai aku rasa nak mengah dah.

Apa apa pun, mereka komen berkaitan dengan elemen research aku yang kurang tu.  Tak per... nanti aku perbaik lagi.  Aku bukan orang akademik, jadi memang la aku tak reti sangat bab bab research nih.  LR aku kurang menyengat skit la.  Asik buat difinisi, orang bukan nak tau.

Gitu ler lebih kurang.

Lagi satu, aku dah sampai stage solution/prototype, bukan proposal... so, konfius skit aku dan panel panel tu... sebab nak bentang proposal, tapi dah buat solution.  Orang tak boleh nak tolak proposal sebab proposal tak cukup masa dah... bulan 5 nanti kan nak hantar...

Apa apa hal pun, lepas la satu beban atas paler aku.  Kalau tak, asik dok fikirkan pasal benda nih jer.

Bulan 5 hantar dissertation dan pekse subjek INFOSEC.  Lepas tu perbetulkan dissertation sampailah bulan 7.  Lepas tu abishhhhhhhhh.... yahooooooo... buleh la grad.....

Berangan la dulu yer !!!

Hubby aku siap tanya, tahun ni aku grad.  Aku tanya dia, nak masuk ker ? Dia kata nak dok kat luar jer, nak bagi bunga !  Hahahaha... sangat semangat jer !


Wednesday, March 13, 2013

Apa apa ajer...

Salam lagi sekali,

Konon bz, tapi bohong... hahahaha...

Aku masuk blog budak ni tadi,

http://findingtwolines.blogspot.com/2013/03/kalau-takde-anak-siapa-nak-doakan-kite.html

Since, aku pernah TTC dlm jangka waktu yang lama... aku tahu apa dugaannya.  Bila ada dugaan anak sekarang ni, aku perlu fikirkan zaman aku tak ada anak tu, bagaimana rasanya, sebab kekadang aku terlupa.

Tapi, aku nak citer kat sini, tak pernah sekali dalam fikiran aku untuk ada anak disebabkan nak doa dari mereka atau nak mereka jaga aku.  Tidak !!!

Entah kenapa yer ? Tak tau la... mungkin sebab aku fikirkan reallity... mana la anak nak ingat sangat kat mak bapak ? Alangkan idup pun kadang terbiar, dah mati... agaknya terus mereka suka hati... Mintak mintak tidak la yer !

Aku lebih fikirkan nak anak sangat sebab aku nak bahagia... nak ada sesuatu yang milik aku !!!

Sebenarnya aku terlupa.... tak ada suatu pun milik aku.  Anak tu milik Tuhan dan milik diri mereka sendiri !

Tau tak kenapa aku cakap macam tu ?  Anak tu ada dugaan dan juga dia tak semestinya dengar cakap kita.... huhuhuhu....

So, korang... jangan la pulak cakap kat aku,  'anak saya baik jer !!!!', 'itu la... manjakan anak sangat !'.  Selagi kita tak pakai kasut orang tu, kita tak tau kasut dia ketat ker longgar !  Pepandai jer aku buat falsampah !

Hehehehe... dugaan hidup kita memasing tetap ada... Tuhan akan bagi sorang sikit atau banyak.  Suka hati Tuhan nak bagi banyak mana dugaan... tanda rasa sayang dia pada kita.

Jadi, berbahagia pada siapa yang diberi dugaan yer !!!  <--- untuk diri aku !




Bz konon...

Salam semua,

Ada yang rindu ? Ekekeke...  perasan femes !

Ok, lately aku bz dengan kerenah si Amalia yang tak mau masuk sekolah.  Bersiap sakan, sampai sekolah banyak akai... banyak alasan.  Penat kami dua suami isteri kena tipu tiap hari dengan dia.  Penat juga aku memukul dan mencubit dia sampai lebam dan berdarah mulut dan hidung...

Memang satu cabaran dan juga satu dugaan buat kami suami isteri.

Tapi tak apa... aku akan harungi cubaan ni dengan tabah... adehhh... hari hari terbakor jer tahan sabor nih tau dak ?

Kami akan usahakan sampai berjaya.... pujuk dah pujuk, marah dah marah, pukul dah pukul, tektik bagi hadiah dah buat, tektik suruh cikgu bagi hadiah pun dah buat, bagi air penawar dah buat, berdoa pun dah buat.  Nampaknya, Tuhan masih nak uji lagi...

Tak apa... ujian kecik jer nih.

Dia pandai membaca.  Dia pandai menulis... cuma meniru tulisan la.  Menulis dalam erti kata mengeja dan menulis sendiri, belum lagi.  Itu kelemahan dia skit.  Tak apa... sebab dia baru darjah satu.

Esok aku kena buat PROPOSAL DEFENSE / kena defense proposal aku ... betul ker ejaan ni ? Lantak la.  Dah berabuk aku mengarang bahasa inggeris proposal tu ( padahal banyak copy and paste jer)... Esok ni tak tau la biru ker coklat mata aku bila kena speking omputih nih.

 Aku punya dissertation title  :

A service oriented architecture (SOA) for data integration (DI)  in Health Management System (HMS)

A SOA for DI in HMS .... pendek camni kan ker senang...

Aku rasa macam yakin nak defense tajuk tu, tapi aku cuma gabra tang nak speaking nih jer.  Tak apa la... CAIYOK CAIYOK !!!

Doakan aku yer !!!