Search This Blog

Monday, July 30, 2012

Saturday, July 28, 2012

Start buat kuih...

Kelmarin seharian kami dok Perlis.  Tinted keter dan modified sana sini.  Amboiiii... sayang hubby... dia buatkan semuanya untuk keter wira aku nih.  Dah lama aku minta dia tinted keter tu sebab panas sangat bila bawak gi kuliah dan balik tengah hari pi kerja pulak.  Macam nak terbakar tangan aku.  Lepas ni semangat skit nak naik keter wira yang buruk berwajah baru tu... isk... macam aku ler...

Lepas tinted keter, kami makan makan kat Perlis...  berbuka posa kat restoren.  Sampai dua jag air dek dahaga sangat.

Hari ini sesi buat kuih.  Semangat budak budak kat umah ni nak buat kuih.  Kali ini aku beli tepung siap almond london sahaja.  Kuih lain yang aku beli tak berapa nak laku.  Aku beli 8 bungkus.  Sebungkus buleh dapat seratus lebih.  Siap la dia tanya, nak jual ker ? Ekekeke... sapa la nak beli kalau dah bulat bulat tu ada kecik ada besar suka hati jer diorang bentukkan.

Mereka sedang buat kat dapur tu.  Aku main tenet... malas skit nak masak masak nih...

Ohhh... bila hubby tak ada kat umah, aku beli jer.  Bila dia ada kat umah jer aku masak.  Memang la tak berapa sedap, tapi malas la nak masak.  Penat jer, padahal makan skit jer.  Patut la anak beranak aku ni tak besar sangat.... semua makan skit skit jer bila berbuka.  Tak ada sorang pun makan jenis penuh melimpah sepinggan.  Semua makan skit jer... hmmmm.... tak best nampaknya air tangan aku nih...

Tak apa la... nanti besor jugak la kalau jarang masak pun.  Hehehehe....



Tuesday, July 24, 2012

Yey yey... keter dah siap cat !



Keter macam baru kan ? Hehehe...   Aku dah cakap dengan hubby nak pakai keter ni, aku suruh tinted cermin depan, dia kata tak bley taruk lagi sebab roadtax tak mati lagi... adoiiii la...  Kalau tak tinted, tangan aku rasa macam terbakar bila bawak tengah hari... panas berdengung... Rasa macam ada kanta kat atas tu, lepas tu pancar kat tangan kita... perit betul.

Baru check semula... adoiii... pintu bahagian penumpang tak boleh bukak pulak...  Ada la sirket dia yang rosak nih... sambung tak abis !

p/s:  Sebelum ni, keter wira ni warna gold !
Posted by Picasa

Sunday, July 22, 2012

Tudung syria aku...

 
Dah la aku uduh... hmmm... satu ni jer tudung syria aku nih... Tak berapa nak terletak skit kat paler aku... mungkin sebab jenis jahitan tudung tu kot... tak berapa nak selesa pakai...

Errr... tak lawa tak lawa....
Posted by Picasa

Pegi JB dan di KLIA...

Aku pegi Johor, dok kat hotel Bluewave. Murah, tetapi best jer bilik dia... tengok la sendiri...
 
 
 
 

Kami makan asam pedas... giler... ulang 3 ke toilet kali malam tu.  Ayam penyet dia aku tak rasa...

Seberang sana tu Singapore... 
 
 

Kat sini la aku pegi
Kat KLIA, kami transit 2 jam.  So, bosan bosan, aku bukak la laptop.  Dah abis bosan, ingat nak pi toilet, lepas tu dengar plak tukar pintu... Adoiiiii... geram aku lompat lompat kat situ... lantak la... sapa nak perasan pun. Tapi, ada hikmah rupanya. 

Sambil aku jenjalan tanpa pakai spek (tak cun la konon kalau pakai spek), lalu ternampak la sorang budak comel yang macam biasa aku nampak.  Anak siapakah itu ???  Terteleng teleng aku melihat budak kecik tu.

Tetiba terdengar soraa memanggil nama aku.... hahahaha...

Terserempak la dengan IRFA... bagus dok ado...

Lepas berpeluk peluk ... sembang tak hingat... lepas tu pegi la kat gate memasing.  Agaknya KLIA suka tukar gate ni supaya orang buleh terserempak agaknya ? Hehehehe....

Adoi... aku lupa plak nak bergambar dengan mereka....  Terutama dengan si comel tu.... alahai...

Aku geram geram jer nak gigit pipi budak comel tu... tapi kalau gigit karang, mak dia marah... so, tahan jer la.... hahahaha...

p/s : Sebenarnya aku tak boleh pakai spek secara berterusan.  Kalau pakai juga, nanti perut aku meragam kerana pening... dan akan muntah macam yang berlaku semasa hala ke JB tu... so, better la rabun dari pening dan muntah !

Wednesday, July 18, 2012

Flower Boy Ramen Shop

Aku sekarang giler dengan citer nih... NTV 7 pukul doblas... adoiii... sib baik ada PVR... tapi dia tak rakam otomatik episod tak macam yang astro punya drama bersiri.  Comel betul

Jung Il-Woo
Cha Chi-Soo


Lee Chung-Ah
Yang Eun-Bi


PLOT : http://asianwiki.com/Flower_Boy_Ramen_Shop

Utk tengok, sila ke http://www.dramacrazy.net/korean-drama/flower-boy-ramyun-shop-episode-list/

----

Plot

Cha Chi-Soo (Jung Il-Woo) is the only son for a family that owns Korea's largest food conglomerate named Chasung. Chi-Soo comes back from New York without telling his father. He looks for a place that his father would not know about, but it isn't easy to hide from his dad. Chi-Soo hears that one of his friends works a part-time job in the Norangjin area. When he arrives there he is followed by people who works for his father. Chi-Soo rushes into the restroom, but in there is Yang Eun-Bi (Lee Chung-Ah). Eventually, Chi-Soo goes home to talk with his father. He persuades his father not to send him back to America and in return Chi-Soo promises to go back to school.
Yang Eun-Bi (Lee Chung-Ah) is 25-years-old and a senior in college studying physical education. She believes that teaching is the best type of job to have. You don't have to worry about getting fired and it's popular with guys. To become a teacher Yang Eun-Bi studies for the teacher certification examination in the Norangjin area. One day, she stops by to see a fortune teller (Kim Hye-Soo). While getting her fortune read she picks out a card with the fate bell ring and kissing. Meanwhile, she goes to the restroom and suddenly Chi-Soo rushes into the restroom. Eun-Bi hears bells ringing, but she already has a boyfriend who is about to be discharged from the army. They met the day before he joined the army and she has waited for him faithfully for 2 years. Yang Eun-Bi tries not to think about the man she met in the restroom.
On the day of her boyfriend's discharge, Eun-Bi goes to see him, but he has already left. The next day, Eun-Bi goes to school. At the university festival that is occurring that day Eun-Bi sees the guy from the bathroom at the festival. Eun-Bi assumes Chi-Soo is a student at her university. Suddenly, Eun-Bi also sees her boyfriend and one of her schoolmates together. Eun-Bi becomes enraged and throws a water ballon at them. Eun-Bi then walks away and gets into a car which Chi-Soo is in. She pleads with him to drive. After driving away, Chi-Soo parks his car and Eun-Bi begins to cry. Chi-Soo tells her that he doesn't like women crying and lets her get out of his car.
Eun-Bi decides to focus on becoming a teacher and meeting a good guy. On the way to a teaching session at a high school run by food company Chasung, she meets Chi-Soo again. Eun-Bi assumes Chi-Soo works for the company. She then almost falls down in front of a passing car when Chi-Soo saves her. Eun-Bi, believing he might be the good guy in her future, asks Chi-Soo to date her. Then Eun-Bi sees a bunch of guys wearing the same uniform as Chi-Soo and realizes he is a high school student at the same school where she will intern as a teacher ...

Tuesday, July 17, 2012

Selamat menyambut bulan puasa...

 
19hb aku akan pergi ke JB.  20hb ada presentation/demo.  Sebab pergi berperang tak cukup hulubalang.  Sangat tidak selesa.

Kata orang, jika silap gaya, kita akan kelihatan bodoh !

Tapi, untuk pengalaman, aku pergi juga.  Jika difikirkan, sangat malu untuk menunjuk sesuatu barang yang kita tahu tidak begitu berkualiti berbanding barang orang lain.... tetapi fikirkan semula, sekurangnya, kita tahu apa kehendak pengguna supaya kita boleh perbaiki lagi barangan kita.

Dari pengalaman, aku tahu, kami pergi ini hanya untuk memenuhi permintaan.  Tidak ada peratusan langsung untuk pihak di sana bersetuju mendapatkan produk kami....

Kami akan cuba secara perlahan untuk berubah dan memperbaiki lagi...

Jika ada sesuatu yang baru yang kami boleh buat sendiri, kan best... tanpa bergantung pada produk sedia ada....

Hmmm... faham ker ? Tak faham kot...  Tapi, kalau bos aku baca, tentu dia faham !

Selamat berpuasa kepada semua.  Tahun lepas aku bersahur sendirian kat hotel.  First day puasa tahun lepas kat tempat orang...  Tahun ini, hubby siap marah marah kalau tak sambut puasa dengan dia... dan anak anak kami.  Hmmmm... aku dah lupa, tapi dia tetap ingat hari dia bersahur tanpa aku... huhuhu...

p/s : Itu tanda dia sayang ker ?
Posted by Picasa

Laksa Teluk Kechai...


Laksa kat sini femes....
 

Anak kecik 2 orang tu makan telur jer...

Komen aku... laksa ni tak leh masuk dengan tekak aku.  Rasa laksa dia pelek skit... macam laksa perlis gitu... ala ala macam tepung... atau entah... Kuah dia pulak tak seperti laksa biasa.... dia taruk kelapa yang dikisar halus... ala ala cam sambal kelapa la kot... Rasanya juga tidak seperti laksa biasa... sedikit cair (tak banyak ikan).  So, aku bukanlah penggemar laksa Perlis atau Telok Kechai nih... Aku tengok ada orang bungkus berbungkus bungkus bawa balik.  Sedap agaknya... 
Kedai tu jual laksa... laksam pun ada... dan juga sate...  Air ada jugak la... 
Kedai sebelah kedai laksa ni lengang tak ada orang langsung... huhuhu... macam kena langgar garuda !
 
 

Lepas tu kami ke Tesco.... tak ada kerja, jenjalan bawa anak main main kat tempat permainan tu.
Posted by Picasa

Pandang depan belakang dan atas...

Ada quote semalam aku baca... dalam paper... menarik kata-katanya, tapi aku dah lupa full quote tu... dan dari siapa.  Tapi lebih kurang berbunyi

"Jika kita pandang kedepan hanya ada kegelapan, dan kebelakang penuh dengan kepahitan, pandanglah ke atas... kerana Allah sentiasa bersama kita..."

Entah la...rasanya tak betul ayat tu.... aku dah lupa... nanti aku cari semula dan taip semula quote sebenar.

Tapi menarik...

Terjemahla sendiri....

Monday, July 16, 2012

Jika esok hati berbunga lagi....


Ada ketikanya aku mau waktu berhenti.

Sepatutnya waktu berhenti.
Di kala hati bersulam cinta.
Sewaktu rindu menyapa
Ketika diri di hargai dan di ambil peduli
Masa masa begini tidak lama.
Sekejap saja hadir nya.
Sementara saja.
Bila berada di ruang sepi,
aku berpaling ke belakang,
merindui hari semalam.
Menjejaki kenangan.
Hati menangis.
Jiwa kekosongan.
Jika esuk hati berbunga lagi,
aku mau waktu itu berhenti.


Aku ambil sebijik dari blog Aku lah Jentayu itu, kerana itu perasaan aku sekarang... isk !

Thursday, July 12, 2012

Result Sem 1

Mengecewakan jugak la... isk...

Apa-apa hal pun, syukur jer la... tak fail... hehehe... kan ?
Posted by Picasa

Wednesday, July 11, 2012

Aduhai anakku...


Adik (Izzat / Najmi), Abang (Izzat / Hakimi) dan Kak Ya (Izzati / Amalia) 
Di tadika, anak anak aku dipanggil dengan nama Izzat bagi lelaki dan Izzati bagi si Amalia tu.  Tak kesah la.  Aku nak citer hal Amalia tu.... penat betul la.  Lately ni dia sangat suka menangis kalau pegi tadika.  Aku tak tau nak buat camna lagi.  Dia sanggup kena tinggal kat Kedai Rajen dari pegi tadika.  Meraung meraung jugak, tapi dia keras hati betul... Adoiiii....

Sampai satu masa, aku geram sangat... aku cubit cubit peha dia.... Sampai luka luka bibir aku yang geram nih....

Hmmm....

Agaknya dia ikut sebijik perangai aku....

Dia ok... tapi susah menyesuaikan diri.  Kalau dia tak leh menyesuaikan diri, dia akan tarik diri... 

Dia akan jadi seperti aku suatu masa nanti.... LONE RANGER selalu... 

Sebenarnya aku tiada masalah dengan lone ranger aku tu.... tapi orang lain jer yang bermasalah... kekadang kata aku ni yang sombong ker itu ker ini ker.... Entah la...

Aku hanya bimbang jika dia begitu juga bila sekolah nanti... Adoiii... camna nak buat ? Nak berentikan dia tadika, bulan depan si Ika dah abis kontrak, nak balik Indonesia dah...  Tak leh jugak.

Antar balik kampung kang, padan muka aku !!!  Isk !!!
Posted by Picasa

Monday, July 9, 2012

Rumah untuk disewa...


Area Changlun, berdekatan dengan UUM, Sintok, Kedah. 
Sewa bilik sahaja sekarang. 

Telah diiklankan dalam I-BILIK waktu ada kekosongan.
Posted by Picasa

Sunday, July 8, 2012

Bertuah betul...

 

Tempat rebus telur...
 
 
 

Tengok la muka si Najmi  dan Amalia tu.... alahai... nak print pun susah la... 
 
Posted by Picasa

Beli tiket sehala... naik dua hala... boleh ker ?

Saja naik pegi balik...

Budak sorang ni tuntut janji sampai sudah... nak jugak jugak naik LRT / keretapi... 

Senyum yang menawan sangat la tu....  

Kanak kanak ribena sibuk menunggu train... 

Hehehe...  

Sibuk nengok kat luar... 

Sampai kat ujung destinasi, kami tak turun... lepas tu patah balik... 

Anak anak konker train... hehehe... tah hapa hapa...

Ramai dak orang buat cam kami ? 
Posted by Picasa

Kolam air panas Sg Klah - Sungkai Perak...

Siri gambar gambar jer la... malas nak cerita...  pakai kamera digital samsung...

 
 
 
 
 
 
 
Posted by Picasa