What u give u get back...

Thursday, February 02, 2012 Edit This 4 Comments »

"Kekadang sedikit masa yang kita luangkan untuk membantu seseorang, Allah lapangkan dan senangkan kita kemudian hari... Jadi, ringankan tangan... bantulah apa yang kita terdaya...."

Ini status yang aku tulis di FB.

Ini ceritanya...

Suatu hari, aku dok diopis dengan bosan tak ada orang nak nyembang, tak berapa banyak kerja yang kritikal serta yang perlukan cabaran memikir.

Tetiba ada call memberitahu yang ada seseorang menanti teman sepejabat aku... dah lama dia menanti, tetapi member ni tak siap siap berbincang lagi.

Jadi, aku tanya, apa yang boleh aku bantu. Dan aku suruh budak tu datang mengadap aku.

Alamak... orang Arab la... abis la mata hitam aku jadi biru sat lagi.

So, gedebak gedebuk citer itu ini... rupanya dia nak minta bantuan ngajar dia mengenai sedikit basic coding untuk buat arahan select insert delete dalam form bla bla bla menggunakan dot net aspx.

Tapi, semasa dia bertanya awal tu... katanya dia nak belajar cara buat connection ke DB. Terheran-heran la aku, sebab connection ke db sangat mudah dan ianya akan dibuat secara otomatik selepas kita set sedikit dalam workspace dia.

Selepas meneliti apa yang dia tak faham dan apa yang dia nak, maka fahamlah aku, rupanya dia tak pernah tahu bagaimana nak buat insert update delete dalam form dot net tu.

Aku pun bantulah... senang saja. Aku bagi arahan yang paling senang dan basic. Kiranya budak darjah satu pun boleh buat lepas belajar skit tu.

Dia cakap la... tak sangka mudah sahaja buat benda tu. Dia dah cuba dapatkan bantuan dari merata orang... dah setahun dia cuba, tapi tak ada orang nak bantu dia.

So, aku cakap kat dia... aku tak kesah, sapa nak datang belajar dengan aku, selagi aku ada masa dan aku tahu, aku akan bantu. Ilmu kalau disimpan, bukan buleh dapat dividen pun, kan ? Hahahaha... lawak dak ?

Aku suruh dia datang waktu yang lain untuk sambung belajar, sebab kalau aku bagi banyak sangat, nanti dia pening. Lepas lepas tu dia diam tak datang rujuk aku apa apa pun. Tak apa la... aku pun dah lupa mengenai dia.

Tetiba kelmarin dulu, dia msg aku cakap dia suggest aku utk lead satu projek (rahsia la... projek yang aku cakap dalam entry sebelum ini la). Bukan leader project tu... tapi just lead bahagian programming/coding. Aku tanya kenapa pilih aku ? Dia kata sebab dia tahu aku expert programming/coding. Dia kenal aku. Dan satu lagi ayat tak bley blah... dia kata aku sangat baik/nice.... hahahaha... Baikkah aku ? Entah la...

Dia tak mau buat coding, mungkin dia fikir, dah ada orang lain pandai, wat per nak rebut... but share la... dia buat bahagian dia yang dia expert... baru la bagus... kan ?

Gitu la citernyer...

Aku tak tahu pasal bayaran ker apa ker. Tapi, aku harap, ada sesuatu untuk aku pada sesuatu yang aku buat. Misalnya memudahkan career path aku... buat aku lebih dikenali dalam organisasi aku sendiri. Sebab sebelum ini, orang luar lebih mengetahui kebolehan aku berbanding orang dalam (maksud aku, jabatan asal aku !). Apa salahnya aku bantu dan menunjukkan apa yang aku boleh buat pada mereka biarpun tanpa bayaran... kalau ada rezeki lain nanti... tentu adalah !

Buat kerja kerana ada udang sebalik batu ??? Hehehe... betul... Itu aku sebagai manusia. Tapi aku tak minta secara paksa. Ikut saja arus... apa yang Allah beri, itu adalah rezeki aku.

Ok...

Good luck to me !
Posted by Picasa

4 comments:

Arena said...

Tahniah kak. Dpt sambung belajar. Syukur.

izawani said...

Terima kasih arena...

Nanti nanti bantulah akak nih. Akak tak reti sangat nak tulis tulis research/paper tau...

Bantu kami tolong kami... kami nak sambung ngaji... huhuhu...

Ada apa apa suggestion untuk research ? Kalau memang akak tak berupaya, kena la beralih kepada coursework plak...

Zareda Norman said...

mula mula nak ucap tahniah.. Kemudian nak cakap.. Sabar itu manisnya kemudian kan..

Zar pun sdg diuji di pejabat tapi sabar jer lah.. Tu yg tutupblogsekejap sbb kaum kerabat dia ramai yg baca blogzar.. Kecoh je

Apapun.. Baik dibalas baiklah kan.. Klu x di dunia insyaallah cukuplah dengan redha allah dalam setiap pekerjaan kita... :-)

izawani said...

Betul zar... sabar jer la. Nak jadi orang besar, kena banyak bersabar... banyak ranjau duri.

Kalau jadi orang kecik senang... orang tak pandang, tak banyak sakit jiwa...

Cuma sedih kalau jadi orang kecik... orang pandang sebelah mata jer...

Terima kasih atas ucapan...