Baju merah itu...

Wednesday, February 01, 2012 Edit This 2 Comments »
Kelmarin, hubby bercerita... hal semasa di surau. Hal teguran seorang yang lebih mengetahui bab agama pada orang yang tidak tahu.

"Ustaz pun tak kesah, tapi dia tu sinis jer pada orang. Kalau orang terasa, orang tak datang dah belajar"
"Orang datang belajar sebab orang tak tahu... tapi kalau tegur tak berhikmah, semua orang lari"

Aku dengar sahaja luahan dia, sambil nyampuk skit skit.

Selepas dia bangun dari kerusi dan aku basuh gelas yang dia minum tu, aku panggil dia.

"Abang... saya nak cakap skit. Saya suka kalau abang tegur macam abang tegur supaya saya beli baju ada lengan tu. Kalau abang tegur macam tu, saya tak sakit hati !"

Aku terangkan semula kaitan apa yang dia rasa bila orang menegur dengan tidak berhikmah. Orang yang mendengar, tentu kecik hati.

Bukan apa, dulu suami menegur aku, atas tiket dia sebagai suami. Kekadang aku kecik hati... dan aku akan diam atau boikot sehari hari. Yer la... kalau dah cakap "Ni pakai baju apa nih ? Tak berjenis langsung bla bla bla !!!" . sedangkan aku rasa aku dah pakai paling cantik dah... dan aku seharian memilih, tetiba dapat komen macam tu... tak kecik hati ker ?

Bila aku cakap/melawan, aku bukan nak melawan apa yang dia kata sebenarnya, tapi lebih kepada menunjukkan aku ada perasaan. Tidak salah suami menegur isteri. Cuma caranya sahaja. Tapi, kekadang suami tidak faham... menganggap, itu haknya untuk memberitahu dan menyuarakan pendapat tanpa mengambil kira sensitiviti isteri.

Rasanya suami aku dah berubah kebelakangan nih... biarpun ada juga ayat ayat pedas, tapi sekurangnya dia beritahu apa yang lebih baik... bukan dia komen menghina atau menjatuhkan aku tanpa beritahu apa yang dia nak !

Baju merah ??  Itu baju aku beli lepas dia tegur baju tidor seksi kaler cream tanpa lengan aku tu... dia suruh aku beli baju tidur seksi tapi ada lengan... nice jer dia tegur aku... so, aku pun semangat la nak beli yang lain... hahahaha....
Posted by Picasa

2 comments:

Irfa said...

hahaha
sweet la akak ni :)
kisah baju tido rupanya
ingat jersi bola

izawani said...

Ekekeke... tah hapa hapa jer kan... baju yang kita beli khas utk dia... kita dah terbelek belek sehari kat kedai tu... baju tido la...

Baju bola wat aper !!!