Zahir Tak Terucap
Thursday, January 26, 2012 Edit This 0 Comments »
Pernah dengar lagu ni ? Sila ke http://www.youtube.com/watch?v=f8c7YJNFhHM .
Bagi aku lagunya biasala... tapi liriknya ingin aku tekankan di sini. Ini biasa terjadi dalam hidup kita, semasa muda, kita yang tidak pandai berkata-kata, mengharap orang memahami apa yang kita rasa.
Pernah terjadi beberapa kali dalam hidup aku, bila aku tidak berani meluahkan apa yang aku rasa... mereka berlalu dari hidup aku... tanpa rasa bersalah !!! Aku ? Membalut luka sendiri....
Aku tidaklah pernah menyalahkan mereka... kerana kesilapan aku juga, yang tidak tahu bagaimana nak berterus terang. Bila masing masing telah berkahwin... masa berlalu berdekad lamanya, baru terbongkar apa yang terpendam dulu.
Dan sebenarnya, ternyata... kekadang, kita tidak bertepuk sebelah tangan...
Cuma, Allah telah mengatur hidup kita. Apa yang dia berikan adalah yang terbaik... jodoh kita telah ditetapkan lama duluuuu....
Sebab itu, dalam perhubungan aku dan hubby, bila masing masing tidak pernah membongkar rahsia hati, aku beranikan diri untuk bertanya... "Jika saya suka awak... bagaimana ?"
Memang akhirnya dia ternyata jodoh aku.... hingga saat ini... biarpun banyak perkara yang berlaku... jodoh kami tetap utuh. Adakah jodoh kami berlandaskan kasih sayang atau tanggung jawab ? Tidak pula aku dapat tafsirkan.
Jika aku dapat membaca rahsia hati suami aku... dan apa yang diluahkan sama seperti apa yang disimpan dalam hati... alangkah bahagia aku sebagai isteri. Tapi... bila SETAN mencucuk hati aku... mula aku rasa sangsi...
Aku tanya pada seorang teman... apa perasaannya ? Lagu ini dia suruh aku dengar, dia kata... jika aku mendengar lagu ini, itu adalah perasaannya.
Bila membaca patah patah liriknya, rasa sedih hati aku... tetambah bila aku fikirkan apa yang aku lalui dulu... liku liku hidup aku... bila aku diabaikan kerana orang ketiga... berkali kali dalam hidup aku... oleh teman yang aku fikirkan memahami aku dan tahu aku sayangkan dia... hinggalah kepada suami...
Adakah suami aku tahu aku sangat sangat sayangkan dia ? Dan ... adakah dia turut sama sayangkan aku sepenuh hati dia ? Tidak ada orang ketiga, tidak bermakna dia sayangkan kita sepenuh hati !!! Kerana bila berjumpa orang lain yang dia betul sayang... kita yang ada tidak lagi memberi makna ! Arghhhh... aku tak ingin jadi perempuan tanpa maruah...
Seperti kata abang aku... "Perasaan itu datang dengan sendiri... layanan kita akan berbeza mengikut perasaan kita !"
Jadi... layanan suami/isteri pada kita mengikut apa yang dia rasaaaaaaa... bukan mengikut apa yang dia cakap !!!
Zahir Tak Terucap
Nyata bukan khayalan
Apa yang aku alami
Kau menjelma setelah menghilang
Kini berdiri di lamanku
Teramat getir keadaan ini
Nak kubiarkan tak sampai rasa di hati
Andai kusambut itu bererti
Berdosanya diriku ini
Aku terpaksa kuburkan
Walaupun kasihku ada
Harus kuterima hakikat
Dia masih memerlukanmu
Nyata bukannya khayalan
Apa yang aku alami
Kau menjelma setelah menghilang
Mengharap suatu yang tak mungkin
Terbongkar kini
Yang dulu terkunci
Namun semua itu
Sudah tak bererti
Silapnya kita saling memendam
Sukar meramal perasaan
Aku sememangnya ada
Menyimpan kasih padamu
Cuma zahir tak terucap
Kerna dibayang rasa sangsi

0 comments:
Post a Comment