Pelukan itu perlu...
Friday, January 27, 2012 Edit This 0 Comments »
Aku sertakan dua artikal rujukan aku
http://www.anamarzablog.com/2011/12/definasi-pelukan-bagi-suami-dan-isteri.html
http://drzubaidi.com/blog/?p=2554
Sebelum itu, jika anda perasan, saya telah setting blog ini 18sx. Jadi, rasanya aku bebas bercakap berkaitan dengan hal hal dewasa. Sesiapa yang tidak selesa, sila klik icon X di kanan browser anda.
Aku copy and paste sedikit dari petikan dari link di atas :
"Pelukan ibarat baja yang sangat diperlukan oleh pokok. Tanpa baja, pokok mampu hidup, namun ia tidak subur. Daunnya menjadi kuning dan mudah gugur. Pokok itu tidak menghasilkan bunga atau buah.
Pelukan adalah tanda luahan kasih sayang antara suami dan isteri. Ia memperbaiki hubungan yang retak dan menyuburkan kasih sayang antara suami dan isteri.
Bagi pasangan yang agak berat untuk menyatakan “Saya sayang awak..” dengan perkataan, pelukan adalah cara alternatif terbaik untuk melafazkannya.
Pelukan bukan setakat perkongsian emosi saja, malah lebih dari itu. Pelukan boleh menunjukkan sokongan emosi ketika suami atau isteri sedang menerima ujian getir perjalanan hidupnya.
Pelukan juga melambangkan rasa gembira atau kesedihan. Jika kita memilih pasangan kita untuk dipeluk, bermakna pasangan kita itulah orang yang mempunyai hubungan fizikal dan emosi yang rapat.
Jangan hairan, seorang suami atau isteri lebih gemar memeluk anak dari pasangan masing-masing. Saya pernah diberitahu oleh seorang pesakit yang mengalami sakit kepala akibat stress, memberitahu suaminya tidak pernah memeluknya kecuali sebelum melakukan hubungan jima’.
Mereka sudah mempunyai empat orang anak tetapi masih kekok untuk berpelukan bagi menyatakan kasih sayang. Saya mengesyaki mereka belum lagi dapat menjalankan hubungan emosi walau sudah lama bergelar suami dan isteri."
Kes di atas bukan kes aku, tapi entah kenapa, ada sedikit kebetulan di situ.
Dalam kehidupan aku sendiri, aku malu untuk meluahkan apa sebenarnya yang aku harapkan dari suami. Dan jika suami tidak laksanakan, setelah aku minta, aku akan cuba menerima itu adalah sikapnya.
Demi Allah, aku telah lama cuba menerima. Lebih kurang 7 tahun pertama perkahwinan kami, aku anggap... dia tidak sudi memeluk aku kerana dia ada yang lain di hatinya. Selepas lebih kurang 7 tahun berikutnya... setelah dia mengaku tiada yang lain dalam hatinya selain aku sebagai isterinya, aku menerima itu sebagai sikapnya pula.
Yer... kami telah berkahwin hampir 15 tahun. Bulan depan, genap 15 tahun perkahwinan kami, aku rasa aku tidak lagi boleh menerima seadanya sikap yang begitu.
Ianya merosakkan aku. Menjatuhkan aku. Merendahkan harga diri aku. Membuat aku rasa sangat kecil dan tidak dihargai sebagai isteri.
Sungguh... aku bukan minta berperasaan begitu. Aku bukan mengada... rasanya cukup lama aku cuba menerima 'seadanya' itu.
Oleh kerana aku sangat tertekan dan bimbang jika rumah tangga aku runtuh dek kerana masalah yang sangat simple ini, aku meluahkan masalah aku pada seseorang... bukan lelaki yer... perempuan.
Katanya, untuk menyedarkan suami kita, kita perlu bertindak tegas. Dia kata, ugut suami kita... Aku bukan tidak pernah ugut... tapi aku rasa pendekatan begitu tidak sesuai untuk aku yang selalu mengalah dengan suami dan selalu bimbang jika dia marah.
Ugutannya boleh berbunyi begini... "Abang jangan sampai saya mencari orang lain untuk memeluk saya. Jika abang tak suka saya, abang fikir saya tak boleh cari orang lain ? Adakah saya ini terlalu buruk untuk tidak dipandang lelaki lain ?"
Jika ditambah lagi "Disaat orang lain berharap untuk mencium dan memeluk saya, adakah sangat sukar bagi abang untuk peluk saya untuk menunjukkan abang sayang saya ? Kecuali abang mengaku tidak sayangkan saya... senang untuk saya bertindak !"
Kata dia, biarlah suami marah... mengamuk... kerana nanti bila dia bersendirian, dia akan berfikir juga.
Adakah suami aku akan begitu ? Akan berfikir semula ? Atau egonya tinggi ? Tak berani rasanya aku menggunakan kaedah ugutan.
Lalu dicadangkan kaedah kedua, menulis surat. Hmmm... menulis surat dah tidak sesuai dizaman paperless nih. Aku telah copy and paste url di atas dan minta suami aku membacanya.
Aku sangat berharap agar suami aku berubah dan memahami kehendak aku. Aku bimbang jika aku hanyut... kerana aku sayangkan dia dan aku sayangkan anak-anak kami...
Dulu aku janji pada diri aku... untuk menerima seadanya dan menerima takdir jika sampai bila bila dalam hatinya tiada tempat untuk aku. Tapi, nampaknya aku terpaksa mungkir janji aku sendiri... kerana sebuah harga diri !
Aku harap... usaha aku ini berhasil dan kebahagiaan akan menyinari hidup aku... Hidup ini terlalu singkat untuk menjadikan derita sebagai hiasan. Aku tidak ingin berpura pura lagi... biarpun diluar sana, aku masih lagi berpura pura... Aku sangat berharap, tindakan aku ini memberi kesan positif.
Aku ingin bahagia... dalam erti kata sebenar... dan dihargai sebagai seorang isteri...
Aku ingin suami aku menyayangi aku dan mempamerkan dengan perbuatan dan membuat aku merasainya!!!
Oh... selain dari meminta... aku juga telah cuba tunjukkan pada dia yang aku sayangkan dia. Aku luahkan apa yang aku rasa... seperti aku suka pada dia, pada tubuh dia... bla bla bla... ayat ayat yang lebih peribadi... Aku ingin dia tahu... aku sayang dia... dan aku nak dia rasa yang aku sayang dia !!

0 comments:
Post a Comment