Kenapa ?

Tuesday, January 24, 2012 Edit This 0 Comments »
Abang datang mendekat selepas naik basikal baru. Aku tanyakan padanya, best tak ada basikal baru. Dia tersenyum senyum. Aku tanya, kenapa tak ucap terima kasih pada aku ? Dia pun tergelak... dan mengaku terlupa.

Aku tanyakan dia, basikal lama dia...

Dia cakap... "Kenapa basikal abang tu... bila abang makin besar... basikal makin kecil ?"

Huk alaaaa...

"Bukan basikal makin kecil la abang... basikal tu tak berubah... abang jer makin besar !"

Aku belikan basikal BMX utk abang. Untuk dua adiknya aku belikan basikal apatah namanya... samada just sticker atau jenama tak tau la... tapi sticker tu tulis OSCAR la...

Harga 3 bijik basikal tu... RM660.00

Aku juga perbaik basikal kakak dan ika. Utk perbaik, abis la seratus ringgit...

Hmmm....
Posted by Picasa

0 comments: