Jangan membiarkan cinta di depan mata layuuu...

Monday, January 30, 2012 Edit This 3 Comments »

Perempuan : "Alangkah bertuahnya jika berani meluahkan isi hati... saya cemburu dengan dia "

Lelaki : "Ohhh itu maksud awak. Masa dia cakap dia nak saya jadi teman hidup dia, memang saya agak tergamam pasal tak sangka ada perempuan yang berani memulakan dulu luah isi hati. Yer la... zaman tu mana sama dengan sekarang. Rata-rata perempuan waktu tu pemalu sangat. Tapi saya fikir, why not, kerana saya pun ada hati pada dia walaupun hati saya sebenarnya lebih kuat pada awak. Saya pula bodoh sangka awak tak ada perasaan pada saya. Sangka saya, awak just nak jadi 'teman tapi mesra'. Heeeiii... geram lak bila kenangkan kebodohan saya tu. If I could turn back time..."

Hmmm...

Aku sedang berfikir...

Adakah suami aku ada yang lain bila aku cakap "Saya suka awak !" tu...
Adakah dia juga berperasaan seperti di atas, memilih aku kerana .... kerana apa yer ?

Arghhhh....

Tak ada ker orang yang betul betul cinta dan sayang kat aku ???

Sedihkan bila fikirkan tak ada orang yang sanggup hidup dan mati kerana kita... sanggup buat apa sahaja untuk membahagiakan kita... dan dan dan... memacam dan la...

Adakah cinta tu hanya satu angan... bukan realiti ? Berpijak lah dibumi nyata... tiada cinta yang benar benar seperti laila majnun... atau shah jehan dan sapa sapa saja tu. Kalau mereka hidup sampai tua pun... tentu agaknya salah sorang akan curang. Cinta mereka kelihatan hebat sebab dihalang atau sebab kematian !

Jadi, adakah kita sanggup kehilangan atau dihalang untuk membuatkan cinta membuak buak dan menggebu lantas membiarkan cinta di depan mata layuuu ???

Wahai Hati... hargailah cinta yang ada... biarpun hanya sekelumit !
Posted by Picasa

3 comments:

Irfa said...

hehe..lain macam je bunyi :)

diana said...

awat macam sedih ja ni...?

izawani said...

Irfa... biasa la... kan mood up and down... tapi akak sedang menerapkan sesuatu positif dalam hidup...

Nak redha...

Diana... tak sedih la... cuma sedih kalau tak ada yang betul betul sayang kita...
:)