Alhamdullilah...

Tuesday, January 31, 2012 Edit This 3 Comments »
Setelah aku diuji, akhirnya aku sedar sendiri. Betapa besar rahmat Allah untuk aku. "Selalu aku terfikir, kekadang kita kecewa bila kurang jelas melihat (rabun), tetapi... kita tidak sedar... betapa bertuahnya kita kerana kita dapat juga melihat... dan bertuahnya kita kerana kita tak juga rabun warna." <--- satu kiasan.

Bila fikirkan betapa aku sedih itu dan ini... sebenarnya, tak ada apa sangat kekecewaan yang aku rasakan berbanding nikmat yang Allah beri.

Betapa Allah sangat sayangkan aku sebagai hambanya.

Jika kita sesat... kembali semua ke pangkal jalan. Ingati orang sekeliling kita... yang menyayangi kita sepenuh hati. Apa apa yang melukakan pun, jika kita bersabar... Allah akan beri lebih baik pada kita...

Bila kita bandingkan dengan mereka yang lebih... kita tentu rasa kurang. Bandingkan dengan mereka yang kurang... tentu kita akan rasa hebat !!!!

Oh... ayat motivasi utk diri aku sendiri !

Esok 1hb, mereka akan bermesyuarat utk menentukan keputusan samada aku diterima atau tidak untuk sambung master dalam waktu terdekat ini. Esok juga aku akan bermesyuarat dengan satu team untuk satu "Project **** " camtu la lebih kurang... Aiceh... kena rahsia plak. Esok juga, orang HEA akan bentangkan mengenai sistem pengijazahan yang telah aku buat pilot test tu, samada mereka sudi terima atau tidak.

Harap... 2hb nanti aku dapat semua result yang BEST... dan 3 hb nanti... sempena hari ulang tahun kelahiran aku, aku akan rasa BEST... arghhhh... tak sabar !!!!
Posted by Picasa

3 comments:

Irfa said...

ha kan bagus cam tu :)
eh kalau dekat boleh kita potong kek sesama
akak 3 feb
saya 1 feb
hehe

Zareda Norman said...

Saya 16 feb.. Heheh tapi anyway semoga semuanya bestbest belakananti

izawani said...

Itu la... eh... heppy birthday irfa... semoga panjang umur murah rezeki...


Zar.. 16hb tu wed annivarsary kami... alahai....